Zoom Malaysia : Cameron Highlands

Kesempatan cuti Tahun Baru Cina (26 dan 27 Januari 2009) diluangkan dengan mengunjungi Cameron Highlands (CH). Rasanya kali terakhir ke sini adalah kira-kira 8 tahun yang lalu. Kali ini, perjalanan ke sana adalah melalui jalan Simpang Pulai-Pos Slim – CH. Boleh tahan jugalah jalannya. Namun, ianya masih baik daripada jalan Tapah – CH.

Nampaknya, kemeriahan terasa di CH kali ini berikutan ramainya orang mengambil kesempatan bercuti di CH. Memang agak sukar bergerak bebas (walaupun berkereta) kerana trafik yg sesak dan jalan yang boleh tahan sempitnya, haha. Kali ini, kehadiranku ke CH bersama 3 lagi rakan baik disambut dengan kemeriahan orang-orang yang turut bercuti di sini. Memang menyeronokkan tengok gelagat orang di CH. Lebih dramatik, hotel penginapan kali ini (di Brinchang), juga adalah di hotel yang sama kira-kira 8 tahun lalu. Ha ha.


Semua orang akui CH terkenal dengan teh, bunga dan strawberi. Maka, kesempatan kali ini diisi dengan mengunjungi Rose Centre, Ladang Teh Boh, Bharat, Cactus Valley, Strawberry Park dan gerai-gerai bunga, strawberi serta barang2 berasaskan CH (t-shirt, key-chain dsbnya), pasar malam di sekitar Brincang, Kea Farm dan Tanah Rata. Memang seronok melihat kemeriahan di CH walaupun memang masa terhad dan jalan raya yang bersusun dengan kenderaan.


Sebenarnya, perkara yang ditunggu oleh ku dalam kehadiran ke CH kali ini adalah melawat Boh Tea Centre di Sungai Palas. Sedikit fakta mengenai Boh di CH: Sungai Palas menempatkan Tea Centre yang mengandungi dewan pameran, kedai cenderamata dan kedai Teh. Pusat ini dibuka pada tahun 2007. Di sini, pengunjung boleh juga melihat bagaimana daun teh diproses sehingga menjadi teh. Kilang yang terdapat di sini dibuka untuk dilawat oleh pengunjung. Permandangan di sekitar ladang teh Boh Sungai Palas ni memang mengasyikkan dan amat mesra kepada jurugambar (hahaha). Jangan lupa untuk bergambar dan bergambar dan bergambar lagi.


Di samping itu, silalah minum teh di kafe dia yang terus menghadap ladang teh. Reka bentuk pusat teh di sini memang menarik dari segi pembinaannya (Rujuk Gambar). Pada ketinggian lebih 1,500 meter, suasana di sini memang damai, tenang dan dingin. Itulah serba sedikit mengenai Sungai Palas dan Boh Tea Gardens. Oh ya, tidak dilupa, jalan nak sampai ke Pusat ni memang berliku-liku (muat untuk satu kenderaan bagi sehala) – tapi permandangannya memang ‘stunning’ dan ‘spectacular’.


Setelah penat bergambar sana sini di sekitar CH, maka, aku pulang semula ke ibu kota dengan harapan untuk kembali lagi ke CH di masa akan datang.

Nostalgia Sungai Lembing

Selain ke Tasik Chini, kesempatan aku ZoOM Malaysia: Kuantan pada 24 Januari lalu diisi dengan melawati salah satu lagi destinasi yang aku teringin nak menjejakkan kaki, iaitu Sungai Lembing. [aku tak tahu lah orang lain macam mana kan]. Yang pasti aku kenal nama Sungai Lembing ini juga melalui mata pelajaran Geografi (mata pelajaran kegemaran aku) masa sekolah dulu. hahaha.


Seperti yang kita sedia maklum bahawa Sungai Lembing ini terkenal dengan perlombongan bijih timah. Di sini bijih timah dilombong melalui terowong bawah tanah. Kesempatan berada di sini diluangkan dengan melihat tinggalan lombong, melawat muzium (yang bercerita mengenai kegemilangan sungai lembing) dan melawat kawasan sekitar yang mempunyai kedudukan geografi yang menarik, panorama yang mengasyikkan. Pekan sungai lembing yang macam pekai koboi, tapi memang menarik, kawasannya berbukit, kemudian landskap diserikan dengan sungai mengalir mengikut rentaknya sendiri.

Sedikit fakta mengenai Sungai Lembing, yang aku petik dari 'pamplet' yang diperoleh ketika berada di Muzium Sungai Lembing.
- Sungai Lembing pernah menjadi sebuah bandar yang terkaya dan pengeluar utama bijih timah di Pahang.
- Bandar ini diibaratkan El-Dorado Timur bagi negeri-negeri Tanah Melayu kerana di sinilah letaknya sebuah 'perkampungan' masyarakat Inggeris iaitu di lembah Sungai Kenau.
- Sejarah perlombongan bijih timah di sini dipercayai bermula dari zaman pra-sejarah lagi dan ianya pernah diusahakan secara insentif oleh Pahang Consolidated Company Limited' dari 1906 sehingga zaman kejatuhannya pada 1986.
- Lombong di sungai lembing pernah diiktiraf sebagai antara lombong bawah tanah terbesar di dunia.
- Terowong terdalam kat sini adalah Myah, 700 meter ke bawah dasar bumi.
- Panjang keseluruhan terowong di sekitar sungai llembing adalah hampir 322 km.

(Itulah serba sedikit fakta mengenai sungai lembing).

Ketika di sini, sempatlah jugak aku bergambar2 dan melihat muka-muka lombong yang tinggal. Kiranya kawasan ni memang kompleks perlombongan yang betul2 terancang. Terowong yang tinggal sekarang dah tak selamat untuk diterokai / dilawati kerana telah lama ditinggalkan dan tanah runtuh sering berlaku. Aku tak tahulah kalau2 ada yang betul2 berani nak mencari 'harta' dalam terowong tu. haha.

Itulah serba sedikit nostalgia Sungai Lembing.

p/s: kalau berkesempatan, sila lah ke sini, ianya lebih kurang 42 km dari Kuantan.
(macam buat promosi je aku ni, hahah, mmmm, teringin nk tengok Kapal Korek lah pulak...)

Ada Apa Di Tasik Chini ?

Kesempatan berada selama 24 jam di Kuantan pada 24 Januari lalu telah aku isi dengan mengunjungi tasik air tawar yang bernama Tasik Chini.
(Maklumat lanjut mengenai Tasik Chini:

http://www.pahangtourism.com.my/tropical/attractions/lakechini.html)


Ada apa di Tasik Chini? Aku pun tak tahu macam mana aku terdorong untuk pergi ke Tasik ini. Bermacam cerita yang kita dengar mengenai tasik ini termasuklah lagenda naga Tasik chini. Dan kebelakangan ini media ada melaporkan bahawa tasik chini telah mati dan tidak se-gah dahulu. Aku mengenali tasik chini ni ketika belajar Geografi masa sekolah dulu, yang diakui pada masa itu, tasik ini sungguh cantik dan bermacam2 flora dan fauna termasuk lah bunga teratai yang berselerak di sekitar tasik itu. Tapi kali ini, kunjungan pertama aku ke tasik ini sementara ianya belum lupus, menyatakan sebaliknya, iaitu mengiyakan laporan2 yang kita baca di dalam media.


Tapi memang tasik ini berpotensi untuk dipulihkan (ntah ye ke tidak?),. Walau bagaimanapun, setelah menempuh perjalanan hampir 1 jam setengah dari Kuantan, aku tidak membuang masa dan menyewa bot yang ada kat tasik tu, untuk meninjau dan menikmati panorama yang ada di tasik chini ini. Ha, aha. Selama sejam lebih sempatlah aku berpusing2 sekitar 12 tasik yang membentuk tasik chini. Tiada teratai, bak kata pemandu bot yang aku naiki tu, teratai dah habis dirempuh banjir hari tu, dan mungkin bulan 6 atau 7 , ianya kembali ada. Tapi menurut beliau, teratai di sini tidak semeriah dulu. Mungkin banyak yang layu di tasik chini kot.


Sambil meninjau sekitar tasik tu, sempatlah jugak pakcik tu bercerita mengenai naga tasik chini tu, orang-orang kat tasik ni selalu terserempak dengan imej naga tu ketika lepas hujan atau rebut petir, aku sekadar mendengar je, malas nak bertanya lebih2. haha. Yang pasti suasana di tengah2 tasik tu, memang agak tenang, airnya takde lah jernih sangat. Haha.

Lepas pusing2 tasik, aku dibawa melihat ke sekitar kawasan orang asli di sekitar tasik ni. Orang asli kat sini dari suku jakun. Lepas pusing2 dan bergambar kat sekitar tasik ni, maka aku pun pulang semula ke Kuantan. Maka, itulah yang aku dapat di Tasik Chini, heheh, “Oh, itu rupaya tasik chini,”.


Harap2 kunjungan aku ke sini di masa akan datang bakal menjanjikan panorama yang lebih menarik dan berseri-seri. Kembalikan seri Tasik Chini……

ZoOM Malaysia : Bukit Tinggi

Sabtu (17 Januari 2009):


Memandangkan hujung minggu ini, aku tidak perlu terbang jauh, maka, kesempatan berhujung minggu kali ini diisi dengan aktiviti jalan-jalan di Colmar Tropicale. Perjalanan kali ini disertai oleh diriku dan 3 orang kawan. Colmar Tropicale terletak di Bukit Tinggi, Pahang (sekarang kawasan resort ini dinamakan Berjaya Hills ) Ianya lebih kurang 45 minit berkereta dari K.L. Colmar Tropicale ini bertemakan perkampungan Perancis. Resort ini mengambil replikasi daripada perkampungan Colmar di Alsace, Perancis. (http://wikitravel.org/en/Colmar).



Suasana di resort ni memang ceria dengan permandangan bangunan dengan ala-ala Eropah tu. Mungkin biasa je kot. Takpe, nanti bila sampai ke ‘real’ Colmar, baru aku boleh bandingkan. Yang pasti suasana di Colmar ni memang dingin dan tenang. Apabila sampai (setelah menaiki jalan yg berliku-liku, untuk sampai ke puncak), kelihatan lah ada ramai gak orang di resort ni, almaklumlah hujung minggu.


Sebenarnya, nampak cam tak banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan di Colmar ni melainkan bergambar, bergambar dan bergambar lagi. Kawasan dia memang macam kampung kecil. Makanan kat sini memang mahal, jadi lebih bawa makanan siap-siap dan makan dengan kawan-kawan dekat dalam kereta. Oh ya, tiket nak masuk Colmar ni adalah sebanyak RM10. Selepas puas bergambar kami menaiki bas khas untuk mendaki bukit, menuju ke Taman Botani dan Taman Jepun (di dalam hutan tropika).


Taman Jepun ni memang cantik, susun atur dia memang menarik dan mendamaikan. Go green. Dalam taman ini, suasana kehijauan tumbuhan, pokok-pokok begitu mendamaikan. Penat bergambar sana sini, kami meneruskan perjelajahan Go Green – ala-ala environmentalist ke Taman Botani (yang terletak berdekatan dengan Taman Jepun ni).


Dalam Taman Botani ni, banyak spesies tumbuhan ditanam. Pokok Umbrella, Tapak Gajah, Bintangor dan sebagainya. Banyak boleh belajar dalam Taman ni. Pelbagai jenis tumbuhan boleh dilihat/diteliti dan macam-macam lagi.


Dari Taman Botani- kami kembali semula ke Colmar untuk bergambar sesi petang pula. Ha, ha. Lepas bergambar di situ, kami meneruskan perjalanan ke Rabbit Park (terletak di luar pintu masuk Colmar). Kat taman ni, banyak lah juga arnab nya yang boleh di pegang-pegang dan seterusnya boleh posing dengan arnab ni.


Selepas hampir 5 jam di Colmar, Berjaya Hills ni, kami pun pulang.


Maka, tamatlah aktiviti ZoOM Malaysia pada kali ini.

Semoga bertemu lagi.

Penang: Koleksi Kenangan


jom merangkak dalam Terowong


suasana dalam kem


lorong-lorong


terowong


meriam


bilik2 di kubu



dekat Kota Cornwalis (aku tak masuk pun dalam dia)




dekat Marina (kurang kapal berlabuh di sini pada hari ini)




dekat Gurney Drive




Pokok kat 'Entrance Kebun Bunga"



Rumah P. Ramlee



Atas Rumah P. Ramlee




Bunga ni Wangi bau dia



Akuarium


Ikan dalam akuarium


dalam Muzium Perang


sedang memerhatikan bahan yg ada dalam Muzium Perang


suasana dalam salah satu bilik bawah tanah kat Muzium Perang


Muzium Perang lagi...


depan Muzium Perang


kat Kok Lek Si


Kereta Kabel



Monyet di kebun bunga

Jalan-Jalan Ke Pulau Pinang


Hujung minggu lalu (10 dan 11 Januari 2009) aku berkesempatan bercuti di Pulau Pinang.
Walau pun, dah beberapa kali ‘outstation’ ke Pulau Pinang, rasanya kali ni betul-betul dapat bercuti di Pulau Pinang.

Perjalanan aku ke Pulau Pinang kali ini, adalah dengan menaiki bas dari Hentian Puduraya (hentian yang sentiasa penuh ngan orang tu kan) ke Butterworth. Agrh, nampaknya sampai di Butterworth, keadaan hentian bas nya masih sama, sempit, tak terurus dengan baik dan sebagainya. Mungkin hentian sementara kot. Malas aku nak komen lanjut.

Selepas sarapan pagi, aku menaiki feri untuk ke George Town. Mmm, feri masih kelihatan seperti dulu. Sampai di George Town, aku terus menuju ke hotel, dengan harapan dapat daftar masuk awal. Mmm, mujur Hotel Traders (dekat KOMTAR tu) dapat menerima kehadiran aku kan (ye lah, siapa yg taknak bisnes kan, aku cuma bayar dan dapatlah masuk hotel kan). Haha.



Setelah berehat dan menghilangkan penat. Aku memulakan langkah di Pulau Pinang dengan menuju ke destinasi kegemaranku setiap kali ke Pulau Pinang iaitu Batu Feringhi, semestinya bukan kerana pantainya tetapi kerana ‘Sidewalk Night Baazar @ Pasar Malam ) kat situ. Banyak jugak lah aku borong kan DVD kat situ. Mmm, memang meriah seperti biasa kat situ. Sebelum ke Pasar Malam tu, aku sempat singgah ke Toy Museum. Kat depan pintu masuk dia, ada kata muzium seumpamanya yang terbesar di dunia. Ntah betul ke tidak. Tapi mula2 aku tak perasan pun ada muzium kat area Copthorone Orchird Hotel ni. Dalam muzium ni banyak lah jugak mainan2 yang dipamerkan. Tapi ToyR’Us lagi banyak kot mainan dia. Hehe.






Ahad, perjalanan aku jalan-jalan di Pulau Pinang hari ni ditemani oleh rakan karibku. Kami memulakan perjalanan pada pagi tu dengan menuju ke Bukit Bendera. Mujur sampai awal dan tak ramai orang. Akhirnya impian aku nak naik kereta kabel ke Bukit Bendera tu tercapai (hehe, aku tak pernah sampai ke Bukit Bendera sebelum ni). Setelah penat jalan2 dan ‘posing’ kat atas Bukit Bendera tu kami turun dan seterusnya menuju ke Kok Lek Si Temple. Mmm, kat atas tu, kitaorang gambar2 jap dan terus turun. Dah lah panas atas tu. Hu hu.







Kemudian, perjalanan diteruskan ke Balik Pulau. Ingatkan nak mencari gerai jual laksa kat situ. Tapi kedai tu tak buka lagi. Maka, kami pun jalan2 melihat keindahan alam kat situ, tambahan pula, jalan sekitar tu boleh tahan bengkang-bengkok nya. Balik Pulau ke Bayan Lepas dan Batu Baung. Jalannya menakutkan juga. Sama tinggi ngan pokok durian yg banyak gak kat situ.


Di Batu Maung, kami menuju ke War Museum. Sebelum ini, aku tak tahu pun ada Muzium Perang kat sini. Muzium ni dulu nya kawasan kubu perang zaman British dan Jepun dulu. Mmm, klasik gak tempat ni,’live museum”, siap ada terowong, bangunan kompleks zaman perang, kesan bom, telaga dan sebagainya. Kat bawah ni, beberapa gambar mengenai muzium tu. (mm, aku siap terloncat lagi kerana terserempak ngan ular lagi atas tangga kat muzium ni. Heheh)


Lepas mejelajah kawasan kubu tu, kami meneruskan perjalanan ke Akuarium. Sini sebenarnya pusat penyelidikan. So, dapat lah tgk ikan2 dalam akuarium ni. Hu hu. Dapat lah tgk spesis2 ikan dan batu karang yang diternak/diselidik di sini.


Lepas ke Akuarium, kami meneruskan perjalanan ke bandar GeorgeTown dan menuju ke Rumah P. Ramlee. Kat situ, pusing2 dalam rumah tu dan bergambar. Lepas tu, kami meneruskan perjalanan ke Kebun Bunga (Botanical Garden).


Kat Kebun Bunga tu sempatlah pusing2 dan mengeluarkan peluh, sambil tgk orang lalu lalang dan tidak dilupa, monyet2 yang banyak di situ. Ohya, Taman ni ada bunga yang best bau dia. Apa ntah nama dia.


Dari Kebun Bunga, kami ke Persiaran Gurney, sekadar lalu dan tengok2 je. Mmm, Gurney Drive ni biasa je. Dari situ, kami menuju ke Padang Kota. Hari dah petang dan menuju ke malam. Pusing2 dan tgk2 orang kat Padang Kota tu, bergambar depan Fort Cornwalis tu (tak masuk pun, dah tutup masa tu, bukan prioriti pun, hehe). Lepas berlegar kat Padang Kota tu, kami meneruskan perjalanan ke Jetty. Mmmm, maka tamatlah perjalanan aku di Penang pada kali ni. Terima kasih diucapkan kepada rakan karibku, Suhana yang sudi menemaniku sepanjang perjalanan kali ni.

p/s: Suhana, aku masukkan beberapa gambar yg ada muka kamu dalam blog aku ni. Jangan marah ek. He he. Semoga bertemu kembali.

untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai War Museum, berikut dimasukkan maklumat mengenai yg di Google kan. Boleh lah click kepada link yg disediakan untuk mengetahuinya.

"War Museum - Penang



This Penang War Museum was erected on the original defence complex built by British early dated before world war-2 due to importance to protect Penang Harbour from sea attack. It was known well that Penang was not being prepared to Japanese invaders. Most of the defense were consisted of light machineguns and several Bofors anti-aircraft and most of these guns were located to protect Butterworth airfield. An additional, one firing range observation tower, several Anti Aircraft gun pit with underground tunnels, one searchlight battery, logistic centers, halls, offices, ventilation shafts, sleeping quarters, cook houses as well as medical infirmary enough to accommodated one regiment. At least several pillboxes were built to protect from sea landings. These complex was constructed on 20 acres of land, it is an integrated fortress on Bukit Batu Maung or Bukit Punjab. The British Royal Engineers and a work force comprises of local laborers blasted and dug into the hill to create a fort.

The British knew Penang Island as Fortress Penang, but in reality it only had 4 anti-aircraft guns and a motley garrison of some 500 untrained troops. On December 16, British forces evacuated due to Japanese bombing the island and seized many ships and boats in the harbour the day before. At dawn on December 17, the Japanese came ashore from small boats and seized the island without losing a soldier. They were intrigued to discover the radio station in Penang was not destroyed by the British before they departed, and used it to broadcast propaganda to Malaya and Singapore

From under Japanese Occupation, it was used again to protect Japanese shipping from Allied attack mainly from British and American Subs. After ww2, it was abandoned. Many of the fittings were stripped and scrap. Two large batteries guns were missing. At least after 60 years, Penang Government decided to restored the complex and proposed as Penang War Museum.

The entrance fee is RM15 per person.

http://www.tourismpenang.gov.my/

"


Berkelah di Putrajaya.

Tarikh: 9 Januari 2009 (Jumaat)
Tempat: Depan Perbadanan Putrajaya, Putrajaya

Setelah dirancang dengan begitu singkat, maka aktiviti berkelah ini berjaya dilaksanakan.

Aku dan kawan2 bersetuju untuk membuat 'potluck' di putrajaya pada malam ini. Ye lah dah selalu sangat makan2 kat alamanda je. Tapi memandangkan semua tak sempat masak (kecuali kak intan, maka kebanyakan makanan semua diimport dari Alamanda, haha). Ni, mesti orang akan kata dah kerja kat Putrajaya, berkelah pun kat Putrajaya jugak ke dan kenapa bukan Port Dickson ke, Danga Bay ke, Mersing ke. Aghh, tak pe lah kat mana2 kan. Janji dapat berkelah ngan kawan, berkongsi cerita, gosip, perkembangan terkini dan sebagainya. Maka, itulah antara objektif utama sesi berkelah kali ni. mmm, dan kiranya siri pertama perkumpulan ramai2 utk 2009 ni. hehe.

Nampaknya sesi berkelah pada malam ni meriah gak ngan macam2 makanan. Sumbangan makanan adalah seperti berikut:

(i) Gme : Sedozen donuts Big Apple
(ii) Kam: Kek Secret Recipe's
(iii) Chaer: Seekor Ayamas
(iv) Lee: Air dan Minuman sewajarnya
(v) Lean:Jajan dan
(vi) tetamu khas - kemunculan semula, kak intan - spageti spesial




Kemeriahan aktiviti berkelah pada malam ni diserikan dengan kehadiran 2 orang puteri Kak Intan. memang meriah keletahnya.


p/s; aktiviti berkelah kali ini tidak dapat dihadiri oleh Kak Maz dan Hardsard yang mempunyai komitmen masing2. Semoga mereka dapat 'join' aktiviti Sentapz yang berikutnya.

Hari ke-3 di tahun 2009


Sedar tak sedar, hari dah masuk hari ke-3 di tahun baru, 2009. Apa agenda menarik bagi tahun baru ni? Aku bertanya kepada diriku sendiri apa yang telah aku capai sepanjang tahun lalu. Yang pasti masih terdapat beberapa agenda utama 2008 yang harus dilaksanakan pada tahun 2009. hu. hu.




Keterangan Gambar: Lokasi: Nyhavn, Copenhagen




Ringkasan hidupku untuk tahun 2008:

Keluarga : Syukur kepada Allah - Tuhan Sekalian Alam - kerana menganugerahkan rezeki kesihatan
dankesejahteraan kepada diri ku dan keluarga. Sememangnya keluarga dan kesihatan
adalah nikmat yang tidak terhingga;

Kerjaya : Perjalanan kerjaya ku masih lagi panjang. Masih banyak onak dan duri. Sepanjang 2008
menyaksikan aku terlalu banyak "ups and downs" kat ofis ni. hu hu. Namun, aku berjaya
mengharungi, terima kasih kepada sokongan moral daripada keluarga, rakan sejawat, dan
rakan-rakan sekeliling;

Persahabatan : Sepanjang tahun 2008, aku banyak mendapat kawan baru, kembali berhubung dengan
kawan lama termasuklah kawan sekolah, universiti, tempat kerja, kawan maya dan
sebagainya. Memang bagus berkawan ramai. Dapat berkongsi pengalaman, cerita dan
sebagainya. Terima kasih kepada Friendster, Facebook, Tagged dsb segala macam
medium untuk bersosial di internet tu. Yang secara tidak langsung dapat kembali
mengeratkan hubungan; Namun, aku masih lagi mencari someone special, namun
rasanya semua 'special'. hehe

Perjalanan: Seperti biasa, hobi utama aku adalah berjalan menjelajah dunia. Expand my boundaries.
Tak kisah lah berjalan atas tugas rasmi atau pun 'leisure', dalam atau luar negara, yang
pasti aku suka berjalan, kerana dapat menghilangkan tekanan (walaupun kekadang tu
berjalan yang menyebabkan lagi banyak tekanan. Terima kasih juga kepada 'affordable
air travel' yg turut menyumbangkan kepada minat aku. ni. Secara keseluruhan, pada
tahun 2008, aku berjaya sampai ke beberapa destinasi baru dalam hidup aku di samping
menambahkan bilangan kali ke sesuatu destinasi. Antara kota yang sempat aku singgah
adalah:
(i) Stockholm, Sweden
(ii) Oslo, Norway
(iii) Copenhagen, Denmark
(iv) Manila, Philipines
(v) Ho Chi Minh, Vietnam
(vi) Singapore

Tidak dilupakan juga pada tahun 2008, aku berjaya sampai ke pulau idaman ku, Pulau
Perhentian. hu hu.

Ni kalau bercerita bab-bab berjalan-jalan, rasanya memang banyak aku boleh ceritakan.
Takut tak habis bila bercerita.he he.

Rasanya tu je kot yg boleh aku ringkaskan mengenai hidupku di tahun 2008. Memang banyak perkara yang ingin dikongsikan. Tak pe, kita buka buku baru.

Kiranya memang banyak lah "wish list" untuk tahun 2009 ni. haha.
Antara agenda utama dan harapan adalah seperti berikut:

(i) tahap kesihatan yang sempurna;
(ii) kebahagiaan keluarga, kawan dan sebagainya;
(iii) kerjaya dan kewangan yang terus stabil;
(iv) menambah bilangan kawan, kembali berjumpa ngan kawan2 yang dah bertahun tak jumpa;
(v) terus menjelajah pelusok bumi (ntah bila impian aku nk tgk Northern Lights 'in person' kat Tromso, Norway, akan tercapai, i'll go for it...);
(vi) menemui cinta;
(vii) memiliki SLR kamera, VAIO dan segala bagai gadgets yg canggih2 tu;
(viii) sambung belajar (alamak otak cam dah berkarat??? dah lama tak belek buku);

(ix) menyaksikan Australian Open di Melbourne, French Open di Roland Garros, Wimbledon di SW19, US Open di Flushing Meadows, tgk EPL di Old Trafford, Emirates, Stamford Bridges) - banyak nya,
"boleh capai ke ni"
(x) dapat menaiki A380...
dan macam-macam lagi lah...... Semoga berjumpa di lain entry