Pantai Teluk Chempedak, Kuantan dan Jom Heboh


Awal pagi ahad, 29 Mac ini aku berkesempatan untuk menjalankan aktiviti kegemaran aku iaitu berenang-renang di Pantai. Pantai yang menjadi pilihan kali ini adalah Pantai Teluk Chempedak, Pahang. Wah, dalam jam 8.00 pagi aku dah terdampar kat pantai ini. Meriah, oleh kerana hujung minggu kot, orang dah macam agak ramai.






Tanpa membuang masa dan sementara cuaca belum sepanas-panas nya, aku memulakan misi aku, mandi laut dan tak dilupa bergambar-gambar. Ha ha. Mujur laut kat T.C ni tak bergelora sangat, kerana biasanya Mac masih lagi bergelora.

Hampir 2 jam setengah bercanda di Pantai T.C. ni, aku kembali semula ke Kuantan. Wah, jalan raya di sekitar kuantan mula sesak. Rupanya ada Jom Heboh hari ni di MPK2 tu. Setelah pusing2 sekitar Kuantan (untuk rekod , tahun ni dah 2 kali aku ke Kuantan (Sg. lembing dan T.Chini), maka tak banyak sangatlah benda yang aku nk tgk, sekadar pusing2 bandar kuantan yg agak tenang di hari minggu).

Sambil menunggu perjalanan pulang ke Kajang, aku pun menghabiskan sisa masa yang ada dengan berkeliaran di Jom Heboh (yg dibuat di tengah panas terik). hu hu.
Yang pasti aku suka ke Kuantan ni, makan dia murah dan sedap (mmm, Terengganu pun sama).
Penat dan puas, aku berangkat pulang dengan minda kembali agak berserabut setelah tenang kerana esok adalah Isnin, kerja dan kerja dan kerja lagi.............)


OKlah, bertemu di ZooM akan datang.

EARTH HOUR




EARTH HOUR.

2030-2130 28.03.09

Kali ni, sempatlah aku menyaksikan K.L. bergelap seketika demi komitmen terhadap Earth Hour.

Malam tu, aku berada seketika di Dataran Merdeka (sementara menunggu bas untuk ke Destinasi berikutnya).

Sepanjang Earth Hour, di Dataran adalah mini konsert yg dirasmikan oleh Datuk Bandar. Antara pengisianya ialah sajak, nyayian, tarian dan sebagainya untuk 'contribute" to EH. Yang menariknya semua persembahan dibuat dalam suasana gelap dan ditemani beberapa cahaya lilin sahaja.

Puas menikmati encore by Zainalabidin, ikon alam sekitar tu, aku bergegas ke Puduraya untuk meneruskan agenda hujung minggu aku, berangkat ke destinasi berikutnya...

Jalan-Jalan Cari Makan>>


Hari ini (Sabtu), 28 Mac 2009, setelah berhempas pulas dengan tugas2 yang tidak pernah putus, aku dan beberapa kawan baik (KM, CH, IN, MZ) berkumpul pada hujung minggu ni bagi melaksanakan aktiviti kegemaran iaitu 'windows shopping', shopping dan makan-makan.


Perjumpaan kali ini tidak dapat dihadiri oleh LE, LN, HD kerana sibuk dengan komitmen masing-masing. IN ditemani oleh MY dan AN. kiranya MY dan AN penghibur lah sepanjang berjam-jam pusing-pusing sekitar The Curves, IKEA dan Garden MidValley. Rasanya sudah lama juga tidak berjalan ke tempat2 sebegini. Yelah bila RM tak banyak, rasanya tak best nak jalan2. he he.

Aktiviti makan yg pertama dimulakan dengan 'brunch' di ThaiExpress. Wow, makanan dia pun boleh tahan juga lah. tapi masih sedap lagi Rak Thai dan Amarin yg kat MidValley tu. Kemudian, masuk kedai, keluar kedai, tapi tak beli pun, sekadar berangan.

Next stop: IKEA, well as usual, i just dreaming all of these beautiful deco. hahah.
Penat pusing IKEA, minum petang di Coffee Beans. Ni pun rasanya dah lama tak minum kopi yg agak mahal ni. He he. Tapi Starbucks dah berkurun aku tak minum since before boikot hari tu. hahaha.

Dari Mutiara Damansara kami ke midvalley tu. Ramainya orang. Kami ke pameran kamera, so, boleh lah berangan memiliki SLR, masuk butik2 mahal2 di Gardens, hahaha. Boleh berangan je lah. Tak mampu nak beli. hahaha.

Sakan berjalan, akhirnya ke MJ dan JJ. Itulah 'departmental store' yg mampu dibeli barang2 nya. haha.

Makan berikutnya: Belanga Midvalley. Makanan melayu yang menyelerakan, kuih-muih some more. Very affordable price.

Finally, just before 8.30pm (That EARTH HOUR), we leaved Midvalley with wonderful memories on 28thMarch09.
****************************

> Apa Khabar?

Sudah lama tidak mengemaskini kan blog ini.
Lantaran kerana sibuk dengan komitmen tugas yang tidak pernah putus-putus.
Nampaknya aku kena berehat, menenangkan minda dan melakukan pelbagai aktiviti kegemaran aku seperti melakukan 'windows shopping', bersiar-siar di gigi pantai, makan kat restoran kegemaran dan macam-macam lagi.

Kesempatan hari dapat makan tengah hari bersama-sama kawan baik sentapz sungguh menggembirakan, almaklumlah sudah lama tidak berjumpa. Terima kasih kepada sahabat2 baik di Putrajaya, KM, CH, MZ, IN.......
Harap-harap hujung minggu ini, aku dapat merehat kan semula minda ku........

Adakah aku harus ke Kuantan untuk menikmati permandangan pantai di Teluk Chempedak, adakah aku harus ke Lumut untuk ke Pangkor, adakah aku harus ke Kuala Sepetang untuk makan mee udang banjir, adakah aku harus ke Bukit Larut demi menyaksikan bunga tulip versi Malaysia, adakah aku harus balik ke Terengganu bagi menikmati makan malam bersama keluarga, adakah aku harus ke Penang untuk berjumpa dengan kawan baik aku di sana sambil makan jeruk buah pala, adakah aku harus ke Sogo,KL - membeli belah di sana (i hate to go that place, especially during the weekend. the reason, there's a lot of people), adakah aku hanya duduk di rumah - tengok tv, atau adakah aku harus ke ofis untuk menyambung kerja-kerja..................Banyaknya pilihan.....

Harap2 aku dapat membuat pilihan yang betul untuk aktiviti hujung minggu ini.......



MATTA Fair Kembali Lagi.....

Hari ini, awal-awal pagi lagi aku dah keluar dari rumah menuju ke PWTC. Saje keluar awal pagi kerana tak mahu bersesak-sesak dengan ramai orang yang akan menuju ke MATTA Fair 2009 tu.

Seperti biasa, kegemaran utama aku di MATTA Fair ini adalah meninjau pakej-pakej murah, harga tiket, mengumpul goodies bag, katalog pelancongan, singgah dari satu gerai ke gerai yang lain. Ha ha. Aku sebenarnya jarang membeli sesuatu pakej/tiket semasa MATTA ni. Selalunya aku akan dapatkan maklumat berkaitan dari agen-agen yang berlambak tu. Ini adalah kerana aku ni jenis yang susah nk merancang sesuatu percutian betul-betul dari awal melainkan aku dah benar-benar pasti dengan cuti aku. haha.

Kali ini, gerai-gerai utama termasuklah Tourism Australia, Korea, Turkey, Hong Kong, China dan semestinya Zoom Malaysia. Wah, dalam kelembapan ekonomi sekarang, rakyat Malaysia masih lagi mampu bercuti dan melancong, tak kiralah dalam atau luar negara kan. Memang meriah hari ni, ingatkan datang kol 10 pagi tak ramai lagi orang, wow, sudah ramai orang masa tu.

Persembahan yang dibawakan untuk MATTA Fair kali ini juga tidak kurang menariknya. Antaranya persembahan artis dari Filipina, tarian Thailand dan SpongeBob yang dibawakan oleh Tourism Australia.

Selepas puas aku berkeliaran di sekitar MATTA Fair tu, aku cepat-cepat pulang semula ke rumah. Taknak tersangkut dalam hujan dan kesesakan sana sini.

mmm, malam ni Man U lawan Liverpool.

Beijing - Part III

Hari ini merupakan hari terakhir aku di Beijing.

Satu lagi destinasi utama yang mesti aku jelajahi adalah Forbidden City @ Imperial Palace. Lokasi nya adalah dekat dengan Tiananmen Square je. Hampir 3 jam aku pusing2 dan merayau dalam kota larangan ni. Memang besar. Taman dia pun menarik dengan pokok2 antik yang berusia ntah berapa tahun tu.




Tengah hari aku mula meninggalkan pusat bandar Beijing untuk ke Beijing Capital International Airport, bagi penerbangan pulang ke KLIA. Memang besar lapangan terbang ini.

Setelah hampir 50jam berada di Beijing, maka, aku meninggalkan Beijing dengan seribu kenangan. Walaupun ralat kerana beberapa tempat menarik tak sempat dikunjungi seperti Ming Tombs, Zuhai Park, Capital Museum dan sebagainya. Mungkin, kunjungan ke Beijing di masa akan datang aku akan masukkan tempat-tempat ini dalam senarai harus dikunjungi.

Namun, secara keseluruhannya, aku merasa puas kerana, walaupun kunjungan ini singkat tetapi aku telah berjaya sampai ke tempat-tempat yang memang aku idam kan sejak dulu untuk menginjakkan kaki.

Semoga bertemu di lain destinasi.

Beijing - Part II

Hari berikutnya, aku meneruskan misi meneroka kota Beijing dengan menaiki Beijing Subway.
Tambang subway ni memang murah, 2Yuan bagi setiap perjalanan tak kira jauh atau dekat. Tapi, memang perjalanan guna subway ni murah, tapi kena pastikan tempat yang hendak ditujui memang dekat dengan stesen yang berkaitan.
Oh ya cuaca kat Beijing pada masa ni agak sejuk, penghujung winter lah kata kan. Tapi memang sejuk dan kering, serta mendamaikan. Perjalanan di kota Beijing ni kalau guna bas pun ok juga. Tapi memang mencabar lah, kerana susah nak jumpa bas yang tulis bahasa, selebihnya semua guna bahasa Mandarin.

Kali ni, aku meneruskan ke destinasi ke Temple Of Heaven. MMM, taman sekitar temple ni, awal2 pagi penuh dengan warga beijing bersenama, bertai chi, dan sebagainya. Binaan temple ni memang menarik, tapi aku rasa biasa je, tak de lah terkagum sangat. Seterusnya, aku meneruskan perjalanan ke Lama Temple.
Tapi sampai kat sini aku tak masuk pun, sekadar pusing2 dan bergamba2 depan pintu masuk je. Malas nak masuk, ramai orang, dan ala temple biasa je.


Seterusnya, aku bertolak ke destinasi wajib setiap kali aku ke luar negara, iaitu Hard Rock Cafe Beijing. MMM, selepas pusing2 dan bergambar serta membeli T-Shirts kegemaran, aku meneruskan misi mencari mencari beruang panda.
Kali ini aku menuju ke Beijing Zoo. Wah, zoo ni memang besar, macam-macam binatang ada. Walau bagaimanapun, tarikan utama adalah Beruang Panda.
Akhirnya dapatlah aku melihat panda itu, walaupun panda itu comot.


Petangnya, aku kembali bersiar-siar di Tiananmen Square. Memang besar dataran ni. Boleh muat sejuta orang kot. Oh ya, kawalan keselamatan kat sini agak ketat. Mungkin sebab tumpat tumpuan orang ramai kot. Maka, ramailah polis dan pengawal2 berkawal sekitar dataran ni. Lupa nak cerita, bahawa kat Beijing ni, setiap kali nak naik subway, semua beg kena imbas ala2 macam kat airport tu.


Seterusnya aku bersiar-siar di sekitar The Eggs, suasana hampir malam, kat sini memang cantik melihat reka bentuk kejuruteraan The Eggs ni. The eggs ini merupakan national theater of performing arts, china. Sekitar Tiananmen Square dan The Eggs ni, banyaklah bangunan-bangunan utama China seperti Great Hall of People.


Malam nya, aku terus bersiar-siar di Olympics Park, menikmati malam di situ dan seterusnya menikmati keseronokan melihat orang2 membeli belah di sekitar Wangfujing.


Tamat untuk bahagian ini.

Beijing - Part 1

Tempat pertama yang aku kunjungi sepanjang berada di Beijing ini adalah Great Wall of China
Great Wall yang aku kunjungi ini adalah yang berada di Badaling dan Juyongguan.
Perjalanan dengan kereta sewa dari tengah bandar Beijing sejauh 70km. Sepanjang perjalanan dapat lah menikmati coutryside of Beijing. Dapatlah tengok Hutongs (rumah lama dan tradisional Beijing). memang mengasyikkan.




Selepas hampir beberapa jam di Great Wall, aku meneruskan perjalanan ke Bird's Nest
dan Water Cube kedua-dua tempat tu terletak di Olympics Sports Centre. Bird's Nest dan Water Cube ini merupakan binaan dengan rekabentuk kejuruteraan yang mengagumkan. Selepas Olympics 2008, kawasan sekitar stadium ini menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar China.


Kemudian, dari kompleks olimpiks ni, aku meneruskan perjalanan ke Wangfujing. Kawasan ini merupakan antara kawasan membeli belah utama di Beijing. Memang meriah kat sini. Dari semahal-mahal barang hinggalah semurah-murah barang berada di sini.

Tamat hari pertama. (07/03/09)



Penerbangan Bersama Air China & Beijing Capitol International Airport

Ntah apa yang mendorong aku untuk terbang ke Beijing pada 7 Mac 2009 yang lalu. Kali ini, penerbangan aku ke luar negara bukan daripada syarikat penerbangan yang sebelum ni aku biasa naik. Penerbangan aku ke PEK dari KUL adalah menggunakan CA (Air China). CA merupakan salah sebuah syarikat penerbangan yang tergolong dalam 'Star Alliances'. Sepatutnya, servis bagus lah kan. Secara keseluruhannya, penerbangan aku KUL-PEK-KUL kali ini adalah 'average'. MH (Malaysia Airlines is far more better than CA), tapi oleh kerana harga berpatutan dan waktu yg sesuai, maka aku naik CA.

Dalam penerbangan KUL-PEK-KUL, tiada IFE yang menarik. Seating untuk kelas ekonomi, biasa je (nothing to impress me). F & B - biasa je. Perjalanan 6 jam lebih memang membosankan. Krew kabin yang kurang ramah dan sebagainya.
Apa-apa pun aku sempat berborak-borak panjang dengan rakyat Malaysia yang ada dalam kedua-dua sektor penerbangan itu (nak hilangkan bosan kan, hahaha).

Lagi satu perkara bila terbang sana dan sini, aku suka perhatikan lapangan terbang. Semestinya umum mengetahui bahawa Beijing Capital International Airport (BCIA) ada T3 yang besar gedabak tu. Memang terminal tu amat besar. Mengikut fakta, T3 BCIA ni sahaja lebih besar daripada kelima-lima Terminal kat London Heathrow. Wow. Memang reka bentuk Terminal ini amat menarik dan mengagumkan. Namun, terminal besar, belum tentu, servis yang ditawarkan adalah setimpal. He he.

Tiba di PEK, CA yang aku naik tu mendarat di 'remote space bays'. Oleh itu, terpaksa 'transfer' ke main gate melalui bas. MMM, adakah T3 ni tak cukup 'aerobridge'. Ini kali pertama aku mengalami pengalaman sebegini. He he. Tapi aku tgk bukan CA yg dari KUL je. Ada beberapa penerbangan lain yg mendarat dan 'parking' jauh dari aerobridge.

T3 BCIA - memang besar. Rasanya lepas Olympics 2008, memang RRC terus menerus memperbaiki perkhimatan awam nya. Pengangkutan awam ke pusat bandar Beijing juga bagus.




Gema dan Rasa, DFP @ KLCC


Tarikh : 4 Mac 2009
Tempat: DFP, KLCC
Masa: 2030hrs

--------------------------------

Malam tadi, aku bersama beberapa kawan baik, Chaer, Kamilah, Le'an, dan Lee berkesempatan meluangkan masa ke Dewan Filharmonik Petronas @ KLCC untuk menyaksikan pertunjukan Gema & Rasa.

Gema dan Rasa ini merupakan pertunjukan tarian, nyanyian, deklamasi yang dijayakan oleh Petronas Performing Arts Group. Persembahannya yg dibawakan meliputi gerak tari baru yang dikembangkan secara kreatif daripada gema rentak Melayu asli, inang, joget, greak etnik Borneo, India Klasik dan sentuhan 'oriental' tari Cina dengan iringan muzik komposisi baru daripada komposer PPAG.

Secara keseluruhannya, persembahan ini menghiburkan, di tambah lagi tempat (DFP) itu sendiri yang memang ada klass. Persembahan malam tadi ditonton hampir penuh keseluruhan DFP tu. Teringat pada sajak pembukaan persembahan tu, yang bait-bait nya lebih kurang berbunyi " dalam gema ada rasa, dalam rasa ada gema, bila bergema, maka lahirlah rasa....."

#selesai persembahan, kami bersiar-siar sekitar suria KLCC yang dah nak tutup, bergambar dan sebagainya, dan kemudian terus menikmati makan malam di nasi lemak antarabangsa, kampung baru.



Lunch @ Souq, Putrajaya

Sudah lama aku tidak keluar makan tengah hari di luar lingkungan Kompleks E dan Alamanda.
Kesempatan kali ini, makan tengah hari bersama-sama teman rapat yang telah lama tak berjumpa, bergossip dan kemaskini status masing2. Almaklumlah sekarang ni semua sibuk dengan komitmen tugas masing2.

Kali ini, gerai Nando's dan SecRep menjadi mangsa untuk makan-makan. haha,
Some of photos of me with them @ Souq, Putrajaya, 3 March 2009.



Amarin - Heavenly Thai

Ahad lalu, aku dan beberapa rakan karib berkesempatan ke Amarin, kat Mid Valley. Sudah lama aku tak makan-makan di restoran kegemaran ini. mmm, kat restoran ni, memang terkenal dengan makanan Thai. sudah pastinya, Tom Yam dan segala macam makanan Thai ada di sini. Ketika menikmati hidangan sambil menyaksikan hujan di luar KL yang mencurah-curah. Ingatkan ke Mid Valley hari tu nak tgk movie, Slumdog Millionair, tapi 'sold out', maka, kami tgk cerita yang ntah apa-apa, Sex Drive, oklah citer tu.

Wah, SALE di sana sini, tapi kitaorang cuma 'windows shopping' jer. hehe. Tapi memang meriah suasana rakyat Malaysia membeli belah ketika hujung minggu.....

Melaka

Melaka


Rasanya sudah agak lama tidak berkesempatan untuk bercuti di Melaka. Sabtu lalu, aku berpeluang ke Melaka. Kebetulan, hujung minggu lalu, Karnival Jomheboh TV3 tu diadakan di MITC Melaka. Maka, alang-alang berada di Melaka, aku dan beberapa rakan sempatlah jalan2 sekitar Jomheboh tu. Rasanya dah berkurun (semenjak zaman belajar), tidak melibatkan diri (mengunjungi), carnival sebegini.


Sekitar Jomheboh tu sempatlah menziarah gerai2 yang ada, melihat gelagat artis/personaliti TV3 yang beramai-ramai di MITC ni. Macam-macamlah persembahan yang ada disetiap gerai, yang pasti setiap gerai banyak gunakan artis/personality bagi rancangan2 tertentu untuk menarik perhatian pengunjung ke gerai mereka.


Selain ke Jomheboh, kesempatan ke Melaka kali ni diisi dengan bersiar-siar sekita kota Melaka (bandaraya bersejarah,). Sempat lah meninjau keadaan Melaka pada masa ini yang sudah jauh berbeza, terutamanya setelah mendapat pengikiktirafan UNESCO-World Heritage Site tu. Sungai Melaka pun semakin bersih, Bandar dan tempat tumpuan pelancong semakin ceria.


Yang pasti, kunjungan ke Melaka kali ini tidak dilepaskan dengan menikmati makanan laut di Perkampungan Ikan Bakar Terapung di Umbai. MMM, banyak jugaklah makan makanan laut malam tu. Hehe.


Kesimpulannya, kunjungan ke Melaka kali ini amat bermakna dan berkualiti pada aku kerana agak berminggu lah jugak tak kuar jalan-jalan.


p/s: gambar akan dimuatnaik kemudian