Pulau Pangkor

26 - 27 September 2009

1. Dah lama tidak ke Pangkor.

2. Kali ini aku menginap di Lumut, kerana di pangkor, malam nya amat membosankan. Lagi pun, Lumut sekarang dh ada waterfront yang meriah pada waktu malam (siap layang tgk orang berkaraoke lagu raya lagi, he he).

3. Aku buat 'daytrip' ke Pangkor, pergi pagi dan beberapa jam lepas tu balik semula ke Lumut.

4. Feri ke Pangkor masih sama seperti yang pernah aku naik beberapa tahun dulu.

5. Sebenarnya Pangkor ni takde aper pun, he he. Saje je aku ke pulau ni nk mandi laut.

6. Sampai di jeti Pangkor, aku sewa motorsikal. hhhmm, not bad RM15 utk 3 jam (lebih daripada cukup utk aku rempit ronda satu pangkor). Yang aku suka ttg pangkor adalah jalan dia yg eksotik, sempit dan berliku-liku (odw ke teluk dalam), best untuk rempit.

7. Pekan Pangkor makin moden, banyak bangunan baru naik. Bazar dia makin meriah.

8. Aku pusing2 pulau dan mandi laut kat pantai peranginan pangkor kt pasir bongak dan teluk nipah tu. hu hu. Terbakar aku mandi dibawah cahaya mentari.

9. Puas di Pangkor, aku kembali semula ke Lumut.

10.Mungkin di masa akan datang aku perlu datang ke Pangkor Laut pula.


Hard Rock Cafe, Hard Rock Hotel, PENANG

Tarikh : 25 September 2009

Mengambail kesempatan cuti rehat yang masih berbaki, aku menaiki bas dari kajang ke penang.

Misi ke penang kali ini adalah untuk ke Hard Rock Cafe / Hotel Penang yang baru dibuka pada 19 September 2009. Selain itu, peluang tidak dilepaskan untuk memborong dvd kat Pasar malam di Batu Feringgi tu.

Kiranya HRC/HRH Penang ini boleh dianggap sebagai tarikan baru pelancong ke Penang terutamanya kepada penggemar jenama HRC ini. Boleh tahan juga besar HRH dan RockShop kt Penang ini.

Wow, promosi pembukaan HRH ni, RM368 utuk 2hari1malam. kiranya standard 5 bintang, hu hu.

Setelah puas bersiar-siar dan membeli apa2 yang patut, aku bergegas ke butterworth untuk ke Lumut bagi meneruskan misi menghabiskan masa di Pulau Pangkor pula.

Malamnya, aku menaiki bas ke Lumut.

Nota: seronok juga cuti2 malaysia dengan menaiki bas ekspres.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Salam Aidilfitri 2009.
Maaf zahir batin.
Semoga kedatangan Syawal kali ini membawa seribu makna dan Ramadhan ditinggalkan dengan penuh keinsafan. Semoga dipanjangkan umur supaya diketemukan kembali dengan Ramadhan yang akan datang.

Dengan ingatan tulus ikhlas,
Gme

Buka Puasa @ Cyberview Lodge, Cyberjaya

14 September 2009

1. Akhirnya selepas beberapa hari merancang, grup kitaorang dapat juga berbuka puasa bersama-sama, walaupun ada ahli yang tidak dapat menghadirkan diri atas sebab lokasi, komitmen lain dan sebagainya.

2. Bertempat di Verandah restaurant tu, kami ambil seat di luar restoran, open air, senang nk kecoh2 dan borak2 sakan (memang sakan pun kami borak, bising gile, tapi semua orang sibuk menikmati hidangan maka tak kisahlah kalau nk berbising-bising pun).

3. Dengan harga serendah RM70++, memang banyak juadah menarik di restoran ini. Tambahan pula, suasana di dalam CVL ini mendamaikan. Menambahkan lagi mood untuk melantak.

4. Kesempatan juga diambil untuk setiap ahli grup iaitu aku, Kam, Chaer, Hardsard, Kak Maz dan Kak Ins untuk bertukar-tukar pendapat, gosip dan perkembangan terbaru mengenai diri masing-masing, almaklumlah lama tak jumpa.

5. Lepas makan, lepak2 di laman CVL tu. Tapi sayang, coz malam, kalau siang lagi seronok untuk bergambar. Penyudahnya adalah sesi muhasabah diri di chalet CVL yang menarik dan berpatutan harganya itu.

Nota: Harap maaf, gambar kurang jelas. Kak maz, sori kerana tiada dalam foto di mana gamabr2 ini diambil ketika kak maz pulang seketikan. Segala kesulitan amatlah dikesali.


Sejenak di Kuching, Sarawak

11 -13 September 2009

1. Kuching pada hujung minggu ini sangat berjerubu. Aku ke Kuching dalam misi untuk mengisi masa lapang berhujung minggu di sini. Kalau minggu lepas aku di Kota Kinabalu, maka kali ini aku sekali lagi ke Borneo.

2. Apa yang menarik di Kuching? Kedatangan aku kali ini ke Kuching seolah-olah aku tidak pernah sampai ke Kuching. Kali ini, aku berkesempatan untuk ke Kampung Budaya Sarawak yang terletak dekat dengan Damai dan Gunung Santubong (tapi permandangan pada hari itu amatlah berjerebu, maka kaki gunung pun samar-samar sahaja). Di kampung budaya, seseorang boleh melawat rumah-rumah masyarakat etnik utama di Sarawak iaitu rumah panjang Bidayuh, rumah panjang Iban, Penan Hut, rumah panjang orang Ulu, rumah tinggi Melanau, rumah bandar Melayu dan rumah Cina. Seronok dapat melihat keunikan rumah-rumah di sini. Di samping itu, pengunjung dihiburkan dengan pertunjukan kebudayaan Sarawak.

3. Selain ke Kampung Budaya, aku berkesempatan ke Tasik Biru (sebuah tasik bekas lombong emas di Bau). Dari Bau, aku ke Serikin, sebuah kampung yang dekat dengan sempadan Kalimantan. Pelik dalam hutan yang jauh ini, ada penempatan dan siap ada kedai jual barang-barang etnik, macam-macam ada. Kebanyakan penjual adalah dari Indonesia. Pasar ini meriah pada hujung minggu. Perjalanan ke sini memakan masa hampir 2 jam berkereta.

3. Dari Serikin, aku pusing sekitar bandaraya Kuching, ke Muzium Kuching (walhal aku tak minat pun masuk muzium), ke padang Merdeka, india Street dan semestinya kuching waterfront. Di situ, bermacam2 kedai cendera mata dilewati. Ingatkan nak sekali lagi ke Muzium Kucing, tak tak sempat (dan aku malas nak berjalan lebih-lebih kerana berjerebu). Di samping itu, aku berjaya menaiki sampan menyeberang sungai sarawak itu. Dengan RM0.50 aku menyeberang ke kampung Gersik di seberang sungai.

4. Apa yang perlu dibeli? Seperti juga di semenanjung, suasana Ramadhan yang berada di hujungnya ini sungguh meriah sekali dengan gelagat orang ramai menyediakan persediaan untuk berhari raya. Aku sempat ke The Spring, salah satu pusat membeli belah yang baru di Kuching. Selain Riverside dan Tun Jugah, kiranya The Spring ini boleh tahan jugalah. Aku seperti juga orang semenanjung yang selalu ke kuching, tidak sah kalau tidak membeli buah tangan, iaitu kek lapis dan ikan terubok. Maka aku ke kek lapis Dayang Salhah di Kg. gersik dan ke Pasar Satok mencari ikan terubok. He he.

5. Penginapan singkat aku di Kuching kali ini adalah di TuneHotels. wow, Harga hotel ini sungguh menjimatkan (lagi awal tempahan, lagi murah, konsep AirAsia). Terletak betul2 depan Hilton Kuching, maka Tune Hotel menjanjikan penginapan 5 bintang pada harga 1 bintang. Lokasi menarik.

Itu sahaja entri untuk kuching.






Bersiar-siar di Kota Kinabalu

Tarikh: 4 -6 September 2009

Apa yang telah aku lakukan di dalam kunjungan singkat ke Kota Kinabalu kali ini bagi memanfaatkan masa yang ada.

1. Mengunjungi One Borneo, hypermall terbesar di Borneo. Sempat juga aku menonton wayang dan berbuka puasa di sini. Cakap mengenai berbuka puasa, suka aku bila dapat berbuka kt satu restoran seafood yang ada dlm One borneo ini, RM21 untuk buffet seafood. Not bad.

2. Bersiar-siar dambil menikmati permandangan di Teluk Likas. Berjalan-jalan dan menikmati udara laut di sekitar Waterfront.

3. Membeli-belah di Pasar Filipina. Tapi kali ini aku tak membeli belah sakan pun kat pasar ini, walaupun dalam mood nk beraya kan. Mungkin dh selalu sangat ke pasar ini, jadi aku rasa barangnya pun sama je. Cuma, aku suka melihat gelagat orang ramai di pasar ini. Meriah.

4. Mencari makanan untuk bersahur di sekitar ruang medan selera (bulan puasa ini penuh dengan gerai yang menjual macam-macam jenis juadah) sungguh menyeronokkan. Kelihatan makanan laut yg di - grill seperti udang, sotong, ketam, ikan dan lobster, wow, semuanya besar-besar dan harga berpatutan. Yang pasti aku suka makan makanan laut di K.K ini.

5. Masa juga diisi dengan mengunjungi pasar malam di sepanjang jalan (di belakang Le Meridien). Nampaknya kalau siang, pasar filipina tu meriah, kala malam, kawasan ini pula yang meriah. Banyak hasil-hasil kraftangan yang dijual termasuklah mutiara, kristal dan sebagainya.

6. Naik ke bukit bendera dan menikmati permandangan kota kinabalu. Menarik permandangan dari atas bukit ini.


MV Doulos (The Floating Book Fair)





1. Kapal MV Doulos telah berlabuh di pelabuhan Kota Kinabalu. Pada malam 5 September 2009, kami berkesempatan untuk mengunjungi kapal ini. Berbanding dengan pada waktu siang, kunjungan ke kapal ini pada waktu malam lebih menyejukkan (tapi terasa juga bahang panas bayu malam). Suasasa di sekitar kapal ini sungguh meriah.

2. Apakah MV Doulos? MV Doulos ialah tuan rumah kepada kedai buku terapung yang kedua terbesar di dunia dengan membawa setengah juta buku untuk dijual pada harga yang berpatutan, 6,000 tajuk buku yang berkualiti dipamerkan yang merangkumi subjek seperti pendidikan, perniagaan, masakan, sukan dan koleksi buku kanak-kanak.[Sebenarnya banyak buku mengenai Jesus dijual dalam kapal ini, adakah ini satu agenda tersembunyi? No speculation]

3. Doulos telah dibina pada tahun 1914, iaitu 2 tahun lebih muda daripada Titanic (1912). Kiranya, kapal MV Doulos ini merupakan kapal penumpang yang tertua yang masih beroperasi hingga kini (sekarang beroperasi sebagai "the floating bookshop"). Doulos dikendalikan oleh 350 orang krew sukarelawan yang mewakili lebih daripada 45 negara yang berlainan. Hingga kini, lebih 21 juta orang dari 104 buah negara telah mengunjungi kapal ini.

4. Kapal ini berlabuh di pelabuhan Kota Kinabalu sehingga 20 September 2009. Masuk adalah percuma. Berada di atas kapal ini memang menyeronokkan. Sempat juga aku membeli beberapa buah buku novel fiksyen, sekadar untuk mengisi masa lapang.

5. Sekiranya anda semua berada di Kota Kinabalu sehingga 20 September ini, jangan lupa untuk mengunjungi kapal ini. Maklumat lanjut mengenai MV Doulos boleh didapati di http://www.doulos.org/




Tip Of Borneo

5 September 2009

1. Aku dan bersama-sama 3 orang lagi kawan berkesempatan untuk ke Tip Of Borneo di Simpang Mengayau, Sabah. Terima kasih kepada kawan yang sedia ada di Sabah (Lahad Datu) yang sanggup turun ke Kota Kinabalu (dgn keretanya lah kami bergerak pada percutian singkat di Sabah kali ini).

2. Perjalanan berkereta dari KK ke Kudat mengambil masa lebih kurang 3 jam. Keadaan jalan raya untuk sampai ke Tip Of Borneo ini ada yang elok, kurang elok dan langsung teruk. Muka bumi Sabah yang sebegini telah mempengaruhi keadaan jalan raya di sini. Mungkin tiada penambahbaikan atau sebaliknya. Namun, perjalanan ke Tip Of Borneo memang menyeronokkan, sambil menikmati alam sekeliling.

3. Bandar/pekan kecil yang dilalui sepanjang jalan ke Tip of Borneo ini sungguh eksotik dan tersendiri. Kelihatan sawah-sawah padi dan juga ada kawasan yang berkelapa sawit. Melalui jalan Tuaran, melintasi Kota Belud, jalan Kota Marudu dan ke Kudat, merupakan sesuatu yang menarik. Banyak nama-nama kampung yang pelik dan unik di sepanjang perjalanan seperti Topokan, Paka-Paka, Kawang-Kawang Rosok, Matunggong dan Molongkolong.

4. Tiba di Simpang Mengayau, kawasannya adalah berteraskan pertanian. Jarak Tip of Borneo dari simpang jalan utama ke Kudat lebih kurang 13 km (harap2 betul??). Sepanjang jalan itu, kelihatan kelapa sawit dan kelapa. Apa yang menarik ketika hampir sampai di Tip of Borneo, ada satu kawasan itu, pokok2 kelapa seolah-olah dibakar. Luas pula kawasannya. Oh ya, perjalanan anda semua akan menjadi lebih lancar sekirang berkenderaan pacuan 4 roda. Ada jalan berturap dan ada yang sebaliknya.

5. Tip of Borneo. Wow, permandangan di sini sungguh mengujakan. Pertemuan Laut Sulu dan Laut China Selatan di titik hujung pulau Borneo ini menghasilkan panorama lautan yang menarik. Ketika sampai, air laut pasang, ombak memang kuat. Suasana berangin dan sungguh mendamaikan. Kelihatan tanjung serta pantai berhampiran Tip of Borneo dengan ombak yang memutih. Tebing batu yang unik menambahkan lagi ciri menarik Tip of Borneo ini. Di sini, ada gerai makan serta gerai cenderamata. Kebetulan cuaca cerah dan peluang tidak dilepaskan oleh kami untuk bergambar sepuas-puasnya.

6. Beredar dari Tip of Borneo, kami bersiar-siar seketika di bandar Kudat dan seterusnya bertolak pulang ke Kota Kinabalu dan tiba kira-kira jam 4 petang.