Port Dickson




25 Julai 2009.

Aku teringin mandi laut. Maka, aku ke Port Dickson. Tak rancang pun nk ke sini, mujur ada kawan yg boleh join.

Tapi laut kt PD dah terlalu biasa. Maka, kali ini di PD aku cuba buat menda lain selain mandi laut (walaupun, akhirnya aku mandi laut juga).

Aku berkesempatan ke Muzium Tentera Darat. Kali pertama aku masuk Muzium ni. Selalunya tgk tepi jalan je kan. Apa yang menarik? Dalam muzium ni ada terowong bawah tanah. Selain itu, dalam muzium ini adalah kereta kebal, helikopter, trak tentera dan sebagainya. Di samping itu, terdapat bahan pameran di galeri yang penuh dengan maklumat yang berinformasi mengenai Tentera Darat dan sumbangan serta pencapaiannya. Remaja atau budak2 sekolah atau pun orang dewasa boleh lah datang muzium ni. Sekurang-kurangnya boleh mengetahui sejarah.
Maklumat lanjut mengenai Muzium Tentera Darat: http://armymuseumpd.gov.my/

Selain ke muzium, aku ke Tanjung Tuan. Iaitu ke Rumah Api di Hutan Lipur Tanjung Tuan tu. Tak sangka lak jalan dari pintu masuk ke rumah api tu agak jauh (coz tinggal kereta kat depan pintu masuk, ingatkan tak leh bawak masuk keta). Maka, kiranya berjaya buat jungle trekking lah. He he. Exercise. Puas di kawasan rumah api yang bersejarah tu, aku bergegas ke pantai telok kemang (yang penuh dengan manusia) untuk mandi.

Sebelah malam, lepak di dataran telok kemang tu, ada live band, layan sekejap. Berhibur.


Itu je zoom PD kali ini.

Malaysia XI vs Manchester United


20 Julai 2009.
Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur


Setelah terlepas aksi pertama pada 18 Julai 09, malam td aku berpeluang untuk menyaksikan Malaysia XI vs MUFC. Oklah juga dengan stadium dipenuhi dengan lautan penyokong berbaju Merah. Seperti diduga, Malaysia akan tumpas, tapi mujurlah tidak dengan jaringan yang begitu besar.

A famosa resort, melaka






















Tarikh : 17 - 20 Julai;

hujung minggu ini aku bersiaran dr sini, atas xtvt rasmi. Semua senior officer kt sini turun padang, tapi tak sempat nk 'mingle' ngan semua orang. Hu hu. Sempat lah merayau ke bandar Melaka dan menyaksikan Carnival di Afamosa ni, yg penuh dengan perarakan binatang-binatang (kesian pula aku tgk binatang tu berarak).




The Merchants of Bollywood


Tempat: Istana Budaya, K.L.

Malam td, balik dari genting h, aku sempat ke IB. Saje layan teater musikal. Kali ni, khas dari Bollywood lagi. He he. Secara keseluruhannya, masa layan teater ini, seumpama berada dalam studio perfileman bollywood. Ye lah, sarat dengan tarian-nyanyian (lips singing)-tarian lagi, penuh dengan warna-warni. Ntah berapa ribu kostum yg diaorang tu tukar2. Tapi penari-penari dia memang berkelas Bollywood sebenar. Itulah resipi Bollywood.


@ Awana Genting H


14 - 16 Julai 09.

Bersiaran dari Awana Genting atas urusan kerja. Kali ini, sempat juga menyelit masa dengan mengunjungi 1ST World Plaza bersama-sama rakan2 ofis.

My Best Friend's Wedding @ Melaka

Lokasi: Merlimau, Melaka,
12 Julai, 1300 hrs

Hari ni aku meluangkan masa menghadiri kenduri kawen kawan baik aku, Hassilah (since Form 1 kt smss dulu) http://hassilahsalleh.blogspot.com

Seronok lihat kawan2 kawen. Mentelaah lagi kawen dengan classmate sendiri (he he). Kat majlis tu, sempat lah aku jumpa dengan kawan2 SMSS yg dah bertahun aku tak jumpa.

Itu je kot entry kali ini.

Jalan-Jalan Cari Makan: SABAK @ Gombak



11 Julai 2009, 2130 hrs

Pulang dari GH, sempat singgah makan malam di restoran sabak ni. wow, buffet steamboat dia cuma RM25 je. Ala carte dia pun sedap juga. Restoran ini mengambil nama sempena nama pantai sabak di Kelantan tu. Makanan di sini sememangnya best. Kalau lalu MRR2 tu boleh lah singgah ke restoran ni.


~Adios~

Genting Highlands


Tarikh: 11 Julai 2009

Rasanya sudah lama tak berkumpul bersama-sama dengan semua ahli Sentapz@X-D. Kesempatan cuti berhujung minggu diisi dengan aktiviti bersantai di Genting Highlands. Kali ini semua ahli Sentapz hadir iaitu GM (aku), CH, KM, MZ, LN, LE (kebetulan berada di semenanjung), IN (plus IN jr), YT dan HD (tqvm, kerana sanggup berkorban dr perlis utk turun menjayakan perkumpulan kali ini).

Seawal 6.00 pagi, semua sudah berkumpul di rumah YT. Dr situ terus ke Gombak, bfast kat area taman melati. Seterusnya, jam 9.20 menaiki bus Go Genting dari Terminal Gombak utk ke GH.

Sampai di sana, cuaca berkabus tebal, tapi sempatlah main mainan2 yg ada, di samping melaksanakan aktiviti wajib, bergambar sakan.

Puas berlibur sampai malam, kami seterusnya turun semula ke Skyway utk pulang.

Seronok bersama perkumpulan kali ini tidak dapat digambarkan dengan kata2. Di masa akan datang, aktiviti berlibur seperti ini akan diadakan dengan lebih kerap, di lokasi lain pula.


Beberapa gambar kenangan di GH seperti di atas entri ini.



Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik

Tarikh: 5 Julai 2009.
Tempat: Taman Negara Tunku Abdul Rahman, Sabah Aktiviti: bersantai, berenang dan snorkeling di Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik






































Hari yang Panjang

Sudah lama aku tak buat aktiviti giler.

Penat masih belum hilang. Tapi aku memulakan amazing race aku untuk hari ini seperti berikut:

0300 hrs - bertolak dari Legend Water Resorts ke LCCT

0345 hrs - dah lama tak ke LCCT ni, wah, cam ada perkhemahan sekolah2 je, ramai nye orang tidur bergelimpangan di LCCT ni. Siap ada yang bawak sleeping bag lagi.

0650 hrs - berlepas ke Kota Kinabalu , AK5100 (dah lama rasanya tak naik AirAsia ni, semalam siap ada cabutan bertuah dalam kapal terbang some more)

0920 hrs - tiba di BKI

1000 hrs - letak barang di bilik CH kt promenade dan terus memulakan xtvt. Manukan-Sapi- Mamutik.

1600 hrs - bertolak dari Manukan ke Jesselton Point.

1630 hrs - 1830 hrs - makan petang, shopping baju + seluar

1945 hrs - berlepas dr BKI ke KCH dengan MAS

2100 hrs - tiba di KCH dan terus pergi cari tempat makan malam, transit dan sebagainya.

0400 hrs - bertolak dari hotel ke Airport

0600 hrs - KCH to KUL by MAS

0740 hrs - tiba di KUL

0830 hrs - masuk ofis di putrajaya, hu hu (cam malasnya nk buat kerja)

Bertemu lagi di episod akan datang.



The Legend Water Chalets, Port Dickson


Tarikh: 3 - 5 Julai 2009

Hari tu (Jumaat), lepas menjalani ujian kecergasan di UPM, aku bergegas ke P.D, untuk bersiaran di tugas rasmi kt Legend Water Chalets ni. Kali pertama sampai kat sini, sebelum ini tak pernah dengar pun nama tempat ini.

Keseluruhannya chalets ni bagus juga. Ada balkoni untuk memancing. Kolam yang selesa. Tapi takde pantai untuk bercanda di pantai. haha.