Cuci The Musical (again)

October 27th, 8.30 pm, Istana Budaya.


Malam tadi ke Istana Budaya lagi. Menyaksikan Cuci the Musical sekali lagi. Pementasan malam tadi masih lagi seperti pementasan terdahulu, mantap, bertenaga dan sebagainya. Satu kekurangan yang aku nampak (walhal aku ni bukan pecinta seni budaya atau sastera sangat pun) adalah peralihan antara lagu dan tarian yang kadang-kadang tak sesuai. Kelihatan juga penari yang over excited. Mungkin sebab malam tadi aku duduk betul2 di barisan pertama, kedudukan tengah lagi.
Maka, dapat tengok semua kelibat pelakon + penari yang beberapa kali betul2 berada dekat dengan kami. He he. Apa-apa pun tak rugi menyaksikan teater ini sekali lagi. Beberapa gambar kenangan malam tadi.

































CUCI The Musical

25 Okt. 09, 3pm

Hari ini aku ke Istana Budaya lagi. Kali ini, tgk CUCI the Musical lak. Sedikit ulasan aku terhadap teater ini:


- jalan cerita diadaptasi dr filem Cuci
- lakonan mantap group cuci, aflin, ac, awie, haans, vee, adibah noor,
- tarian bertenaga
- vokal mantap, esp: adibah
- rekaan set yg menarik, siap ada real gondola tengah2 stage.

Tak rugi bayar untuk menonton muzikal ini.


p/s: I will put Natrah, Cicakman The Musical and Gema Zafana for my 'must see' list in November and December. I am also thinking of going to watch Cuci again, like what i did for Gamat early this month.

A Famosa Resort, Melaka

23 - 25 Oct

Berada di sini utk bengkel. Rasanya ini kali ke-4 aku ke sini pada tahun ni. What a boring life !

Rehat seketika

Rasa seperti sudah lama tidak mencoret dalam blog aku ini.
Sebenarnya tidak ada bahan nak dikongsikan bersama. Di samping itu, kebelakangan ini jadual kerja aku yang tidak menentu yang sentiasa penuh dengan tekanan sana sini.
Seharusnya aku menghadiri terapi tekanan. He he.

Sambil-sambil itu juga, aku sedang memikirkan aktiviti berikutnya bagi mengatasi tekanan mental yang aku alami ini.....

Muzikal Gamat

Tarikh : 4 Oktober 09, jam 8.30 malam, Istana Budaya, KL

Daripada tenis, aku bertolak pula ke IB untuk menyaksikan Muzikal Gamat.

Muzikal Gamat ini memang menggamatkan. Diserikan dengan Amy Mastura selaku Ibu Gamat, dan barisan pelakon kanak2 yang comel-comel belaka. Teater ini kelihatan sangat comel dan kiut-miut. Dialog bermesej. Costume bertemakan alam lautan yang sungguh menarik.

Jalan cerita teater muzikal ini ringkas dan sarat dengan mesej menjaga alam sekitar, sayang kan keluarga, kesihatan, gaya hidup sihat dan sebagainya. Ianya mengisahkan kehidupan dasar laut yang penuh suka duka. Dan kehilangan anak Gamat menyebabkan ibu gamat risau. Gamat telah hilang kerana mengitkut kehendak hatinya untuk menjelajah taman laut yang cantik. Sedikit sinopsis:

"pada suatu hari, ketam bunga, ketam batu dan bintang keluar bermain di taman laut. Tiba-tiba mereka tersesat ketika lena dan seronok bermaik.Mereka terjumpa dengan mat (Gamat) yang sedang ke taman plankton tanpa pengetahuan ibu bapanya sedangkan Ibu gamat dan bapa gamat menyuruh Mat duduk di rumah sahaja.

Di karang puaka, kurita sakit terkena sisa toksik yang dibuang manusia ke laut. kurita mengarahkan pengikutnya, obor-obor untuk menangkap ibu gamat bagi mengubati penyakitnya. malangnya obor-obor tersalah tangkap mat. Kurita sangat marah dan bertambah sakit.

Apabila ibu gamat sedar anaknya hilang, dia berjumpa dengan Buntal.Mereka mengajaknya berjumpa dengan belut laut yang memberi petunjuk kepada Ibu gamat untuk mencari anaknya. Dalam perjalanan, mereka berjumpa dengan pelbagai penghuni laut seperti kuda laut, ikan barakuda yang berani dan umang-umang serta landak laut yang nakal.

Akhirnya, Mat berjaya ditemui. Kurita dan obor-obor telah ditangkat dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka dikenakan hukuman membersihkan Taman Laut dan berjanji tidak mengganggu penghuni laut yang lain."

~Dipetik daripada buku program Muzikal Gamat.

Keseluruhannya teater ini menghiburkan. Lakonan Amy serta pelakon2 lain memang hidup dan menarik.

Banyaklah kumpulan2 dalam teater ini yang penuh dengan kostum yang warna warni, kumpulan Buntal, Penyu, Sotong, Sotong Katak, Udang Kara, Belut, Ketam, Umang-Umang, Obor-Obor, Kuda Laut, Barakuda, Landak Laut, Kurita, Tiram.

Memang kiut bila tgk mereka semua menari2 ala2 dalam lautan dengan memakai kostum masing-masing.

Kepada yang berminat, sila lah ke IB, pementasan adalah sehingga 12 Oct 09.


ATP Proton Malaysian Open 2009

4 Oktober 09, 2.30 petang, Stadium Putra

Hari ni ke stadium Putra, tgk final Malaysian Open. Ini kali pertama ATP 250 world tour diadakan di malaysia. Meriah gak. Final menemukan pilihan pertama,davydenko dn pilihan ke2, verdasco.

Daydenko menang 6-4, 7-5. Suatu permainan yg menarik.

Peminat tenis pun ramai gak yang datang, maklumlah bukan senang nk tengok bintang ternama datang bertandang ke Kuala Lumpur.

Semoga ATP 250 World Tour akan terus menghangatkan sukan tenis Malaysia pada tahun depan
.




Jamuan Raya @ Ofis

Jumaat, 2 Oct 09

Biasalah, semua sekarang ni dlm mood raya. Hari ni ada jamuan raya kt ofis aku. Buat pertama kali setelah >3 tahun kt sini, ini kali pertama aku berbaju melayu ke ofis. hu hu. Sabar je lah.

Nampaknya fiesta makan2 lepas raya ni berterusan. Maka, lepas ini kena kembali aktif supaya kekal sihat dan tidak obes... he he.

Itu je nk citer hr ni.