Lunch @ Souq, Putrajaya

Sudah lama aku tidak keluar makan tengah hari di luar lingkungan Kompleks E dan Alamanda.
Kesempatan kali ini, makan tengah hari bersama-sama teman rapat yang telah lama tak berjumpa, bergossip dan kemaskini status masing2. Almaklumlah sekarang ni semua sibuk dengan komitmen tugas masing2.

Kali ini, gerai Nando's dan SecRep menjadi mangsa untuk makan-makan. haha,
Some of photos of me with them @ Souq, Putrajaya, 3 March 2009.



Amarin - Heavenly Thai

Ahad lalu, aku dan beberapa rakan karib berkesempatan ke Amarin, kat Mid Valley. Sudah lama aku tak makan-makan di restoran kegemaran ini. mmm, kat restoran ni, memang terkenal dengan makanan Thai. sudah pastinya, Tom Yam dan segala macam makanan Thai ada di sini. Ketika menikmati hidangan sambil menyaksikan hujan di luar KL yang mencurah-curah. Ingatkan ke Mid Valley hari tu nak tgk movie, Slumdog Millionair, tapi 'sold out', maka, kami tgk cerita yang ntah apa-apa, Sex Drive, oklah citer tu.

Wah, SALE di sana sini, tapi kitaorang cuma 'windows shopping' jer. hehe. Tapi memang meriah suasana rakyat Malaysia membeli belah ketika hujung minggu.....

Melaka

Melaka


Rasanya sudah agak lama tidak berkesempatan untuk bercuti di Melaka. Sabtu lalu, aku berpeluang ke Melaka. Kebetulan, hujung minggu lalu, Karnival Jomheboh TV3 tu diadakan di MITC Melaka. Maka, alang-alang berada di Melaka, aku dan beberapa rakan sempatlah jalan2 sekitar Jomheboh tu. Rasanya dah berkurun (semenjak zaman belajar), tidak melibatkan diri (mengunjungi), carnival sebegini.


Sekitar Jomheboh tu sempatlah menziarah gerai2 yang ada, melihat gelagat artis/personaliti TV3 yang beramai-ramai di MITC ni. Macam-macamlah persembahan yang ada disetiap gerai, yang pasti setiap gerai banyak gunakan artis/personality bagi rancangan2 tertentu untuk menarik perhatian pengunjung ke gerai mereka.


Selain ke Jomheboh, kesempatan ke Melaka kali ni diisi dengan bersiar-siar sekita kota Melaka (bandaraya bersejarah,). Sempat lah meninjau keadaan Melaka pada masa ini yang sudah jauh berbeza, terutamanya setelah mendapat pengikiktirafan UNESCO-World Heritage Site tu. Sungai Melaka pun semakin bersih, Bandar dan tempat tumpuan pelancong semakin ceria.


Yang pasti, kunjungan ke Melaka kali ini tidak dilepaskan dengan menikmati makanan laut di Perkampungan Ikan Bakar Terapung di Umbai. MMM, banyak jugaklah makan makanan laut malam tu. Hehe.


Kesimpulannya, kunjungan ke Melaka kali ini amat bermakna dan berkualiti pada aku kerana agak berminggu lah jugak tak kuar jalan-jalan.


p/s: gambar akan dimuatnaik kemudian

Dear Blog

I apologize for neglecting you over the last week. I’ve been crazy busy with the assignments. Life is good but I just haven't had anything really exciting to blog about lately.
It is a wonderful weekend, though I say it myself. I went to Kuala Lumpur last Sunday, and surprisingly, there's final leg of Le Tour De Langkawi 2009. So, i really missed to capture all those wonderful moments because of I have no camera. Hence, i just seized the day by strolled around Merdeka Square.

Puteri Gunung Ledang Musical

Ahad lalu (8 feb 2009), aku bersama dua rakan baik berkesempatan meluangkan masa untuk menonton PGLM Musim ke-3 di Istana Budaya, KL. Kelihatan ramai orang pada sesi pementasan pada petang itu. Tiket 'sold out'. Mujur, kami telah membeli tiket berminggu awal.

Nampaknya, pada musim ke-3 PGLM ini, terdapat beberapa perubahan yang ditambahbaik, terutamanya dari segi ilusi, muzik yg lebih segar, tarian yang lebih bersemangat. Walau pun dah tgk PGLM musim2 sebelum ini, memang tidak menjemukan menyaksikan PGLM ini sekali lagi.

Yang pasti, teater ni memang menghiburkan. Nak komen lebih2, aku ni bukan penggiat teater,kesimpulannya, memang berbaloi lah datang tengok PGLM ni.

Cuti Hari Wilayah 2009

Kesempatan cuti hari Wilayah hari tu diisi dengan aktiviti merayau di Kuala Lumpur. Rasanya dah lama tak meluangkan masa berjalan2 sekitar Ibu Kota.
(Teringat kat slot kat KLfm, KL kl, kenangan lalu kuala lumpur).

Pagi: merayau di Taman Tasik Titiwangsa, tgk aktiviti hari Wilayah.

Tengah hari: Jalan-jalan kat Dataran Merdeka. Kebetulan ada pameran kerja ATM. Oleh tu, sempat lah aku pusing2 tgk pameran kenderaan tempur milik ATM yang berderet dipamerkan atas jalan tu. Meriah suasana kat sini.


Keterangan gambar: Permandangan kt Dataran Merdeka, 1 Februari 09

Petang: Layan tenis, perlawanan akhir Australian Open. MMM, Gembira kerana Nadal menang.


Malam: Gi Auditorium Perdana RTM bersama 3 org lagi rakan.(BTW, ni kali pertama seumur hidup aku masuk Audi ni). mmm, biasa-biasa je audi ni. Dalam tv nampak cam besar. Kesempatan gi RTM ni adalah utk menyaksikan persembahan Zoom In @ RTM bersama Nitrus feat. Pesawat dan One Buck Shot.
Saje memberi sokongan kepada band tempatan, mentelah lagi vokalis Nitrus tu kawan sekerja kitaorang. hu hu.


[Bersama vokalis nitrus: gambar ni kabur (no thanks to my camera)]


Nostalgia Kapal Korek

Kalau minggu lepas semasa berada di Sg. Lembing, aku teringin nak tengok kapal korek. Maka, kesempatan berhujung minggu kali ini digunakan untuk membuat day-trip ke Ipoh. Pada hari sabtu lalu, 31 Januari 2009, dengan mencuba menaiki perkhimatan shuttle train ke Ipoh, maka sampai lah impian aku ke Ipoh (setelah menaiki perjalanan keretapi yang agak menarik (menarik ke? adakah ianya macam kat Europe, heheeh, tapi memang menarik, permandangan KUL-iPOH-kUL).

Sampai di Ipoh, dengan menaiki bas Kinta ke Tg. Tualang, setelah hampir sejam lebih dalam bas, maka tiba lah aku ke Warisan Kapal Korek ni. Difahamkan kapal korek yang ada kat sini merupakan satu-satunya kapal korek yang tinggal di Malaysia (kerana yang lainnya mesti sudah dicabut-cabut dan dijual kat kedai besi buruk, hehe, aku lawak je). Tapi, memang kapal korek yang ada di sini merupakan yang terakhir ada di sini.

Apa lagi setelah sampai di kapal korek ni, dengan berbayar RM5 , aku mengambil peluang untuk bergambar, bergambar dan bergambar lagi di sampai meneroka kapal ini yang dah hampir nak tenggelam ala-ala kapal Titanic.. Nampaknya kapal ini kelihatan seperti asal, ruangan dalaman dia masih kelihatan seperti dahulu kala dan kadang-kadang kelihatan menyeramkan. Difahamkan kapal ini dibuka kepada umum bermula tahun lalu, maka mungkin tidak ramai yang tahu akan kewujudan tempat ini. Tempat ni pun sedang dinaikkan traf dari segi kemudahan, maklumat dan sebagainya. Kelihatan juga pada waktu aku sampai, orang lain juga (tourist) sampai di sini untuk menyaksikan sendiri kapal korek yang telah mengorek bijih-bijih timah di Malaysia. Sememangnya negara kita terkenal dengan bijih timah. Maka, dengan adanya kapal korek yang dijadikan live museum ni, maka, generasi akan datang lebih mengetahui apa kah itu kapal korek. [aku sebelum ini pun, hanya mengenali kapal korek melalui buku sahaja]. hu hu.


Selepas meluangkan masa hampir 2 jam di sekitar kapal korek ini, aku pulang semula ke Ipoh via Batu Gajah, untuk menaiki keretapi bagi perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Tamat ZoOM Malaysia untuk minggu ini. Sememangnya banyak lagi tempat yang aku ingin pergi seolah-olah aku tidak pernah sampai ke sesuatu destinasi dan sebetulnya memang banyak lagi yang terdapat di Malaysia yang harus diterokai.

Apa lagi. Jom melancong dalam negara (luar negara pun boleh), semuanya ada di sini....