Muzikal Gamat

Tarikh : 4 Oktober 09, jam 8.30 malam, Istana Budaya, KL

Daripada tenis, aku bertolak pula ke IB untuk menyaksikan Muzikal Gamat.

Muzikal Gamat ini memang menggamatkan. Diserikan dengan Amy Mastura selaku Ibu Gamat, dan barisan pelakon kanak2 yang comel-comel belaka. Teater ini kelihatan sangat comel dan kiut-miut. Dialog bermesej. Costume bertemakan alam lautan yang sungguh menarik.

Jalan cerita teater muzikal ini ringkas dan sarat dengan mesej menjaga alam sekitar, sayang kan keluarga, kesihatan, gaya hidup sihat dan sebagainya. Ianya mengisahkan kehidupan dasar laut yang penuh suka duka. Dan kehilangan anak Gamat menyebabkan ibu gamat risau. Gamat telah hilang kerana mengitkut kehendak hatinya untuk menjelajah taman laut yang cantik. Sedikit sinopsis:

"pada suatu hari, ketam bunga, ketam batu dan bintang keluar bermain di taman laut. Tiba-tiba mereka tersesat ketika lena dan seronok bermaik.Mereka terjumpa dengan mat (Gamat) yang sedang ke taman plankton tanpa pengetahuan ibu bapanya sedangkan Ibu gamat dan bapa gamat menyuruh Mat duduk di rumah sahaja.

Di karang puaka, kurita sakit terkena sisa toksik yang dibuang manusia ke laut. kurita mengarahkan pengikutnya, obor-obor untuk menangkap ibu gamat bagi mengubati penyakitnya. malangnya obor-obor tersalah tangkap mat. Kurita sangat marah dan bertambah sakit.

Apabila ibu gamat sedar anaknya hilang, dia berjumpa dengan Buntal.Mereka mengajaknya berjumpa dengan belut laut yang memberi petunjuk kepada Ibu gamat untuk mencari anaknya. Dalam perjalanan, mereka berjumpa dengan pelbagai penghuni laut seperti kuda laut, ikan barakuda yang berani dan umang-umang serta landak laut yang nakal.

Akhirnya, Mat berjaya ditemui. Kurita dan obor-obor telah ditangkat dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka dikenakan hukuman membersihkan Taman Laut dan berjanji tidak mengganggu penghuni laut yang lain."

~Dipetik daripada buku program Muzikal Gamat.

Keseluruhannya teater ini menghiburkan. Lakonan Amy serta pelakon2 lain memang hidup dan menarik.

Banyaklah kumpulan2 dalam teater ini yang penuh dengan kostum yang warna warni, kumpulan Buntal, Penyu, Sotong, Sotong Katak, Udang Kara, Belut, Ketam, Umang-Umang, Obor-Obor, Kuda Laut, Barakuda, Landak Laut, Kurita, Tiram.

Memang kiut bila tgk mereka semua menari2 ala2 dalam lautan dengan memakai kostum masing-masing.

Kepada yang berminat, sila lah ke IB, pementasan adalah sehingga 12 Oct 09.