Gema Zafana @ Istana Budaya


Tarikh: 26 - 29 Disember 2009
Tempat: Istana Budaya, Kuala Lumpur

1. Kali ini aku berkesempatan menyaksikan pertunjukan Gema Zafana ini sebanyak 3 kali, iaitu pada 26, 28 dan 29 Disember 2009.

2. Gema Zafana 2009, yang dibawakan oleh Yayasan Warisan Johor adalah kesinambungan daripada Gema Zafana 2004. Kali ini, persembahan adalah lebih segar, kontemporari, dengan irama zapin yang ala2 remix. Berbeza pada 2004, Gema Zafana lebih menceritakan asal-usul dan jenis-jenis zapin. Tahun ini, banyak juga zapin diperkenalkan dengan irama yang lebih segar. Kelincahan penari-penari zapin memang menarik.

3. Artis undangan adalah Ramli Sarip, Azlina Aziz dan Dato' Rahim Razali. Vokal mereka tidak perlu dipertikaikan lagi. 2004 dulu ada CT.

4. Kronologi pertunjukan Gema Zafana 2009 dimulakan dengan asal-usul zapin, kerajaan Melaka berundur ke Pagoh, zapin datang dari negara Arab, siap ada zikir, salawat dsbnya. Kemudian, pemulaan dari kelahiran, bercukur jambul, adat berkhatan...Semua diserikan dengan gerak tari zapin yang memukau. Selepas tu, perjalanan persembahan diteruskan dengan alam remaja, dewasa, perkahwinan, meminang, kahwin dan seterusnya pergi berjuang.

4. Selepas bahagian 1, seterusnya pertunjukan diteruskan dengan adegan dalam istana, kemudian dimasukkan tarian cina dan india (1Malaysia). Kemudian, muncul Dato' Rahim Razali bersajak menasihatkan generasi muda. Zapin diteruskan dengan lagu mentera semerah padi, menunjukkan kemodenan negeri Johor. Adalah lagu pasal Kota Iskandar dan medley muzik2 rancak dan diserikan macam2 zapin, adalah dalam lebih sepuluh (10) minit kot, penari2 ini berzapin ala2 kontemporari dan macam remix, memang rancak. Seronok melihat aksi dan kelincahan mereka. Sebagai ancore, semua penari berkumpul di pentas IB yang bertingkat tu, bertari zapin diiringi dengan zapin budi, memang meriah, warna warni pentas tu. Lepas tu, semua penonton dijemput berzapin atas pentas tu.

5. Kesimpulannya, memang puas menonton Gema Zafana 2009. Rasanya, ini pementasan terakhir yang aku pi layan kat I.B. ni dalam 2009, yang mana tahun ini banyak kali aku ke I.B. Bersedia untuk tahun 2010 yang lebih menarik dengan pelbagai pementasan yang lain.