Santai di Alamanda

Rasanya dah lama tak menikmati segelas kopi Starbucks.

Malam ini, aku sempat bersantai seketika di sini. Bersama Ch dan Km, kami sempat mengemaskini aktiviti masing2. Km akan terbang jauh dalam tempoh beberapa hari ini. Semoga selamat pergi dan kembali semula ke Malaysia.

Di samping itu, santai kali ini juga berbincang mengenai my next Europe trip. Wow, harap2 semuanya berjalan lancar.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Zoom Malaysia: Langkawi




22-24 Mei 2009.
Lokasi : Sekitar Langkawi.

Sudah lama aku tidak ke Langkawi.

Inilah kali pertama aku ke Langkawi setelah ia mendapat status Geopark.
Kesempatan cuti hujung minggu kali ini diisi dengan mengunjungi Langkawi. Ianya memang trip secara ad-hoc, mujurlah beberapa orang kawan baik aku semenjak di UKM sudi menemani dan memastikan trip ke Langkawi kali ini berjaya.

Aktiviti utama di Langkawi kali ini mungkin berkisar kepada santai dan sempoi, di samping pusing-pusing2 pulau tersebut. Kiranya peluang bersama kawan2 baik aku itu digunakan sepenuhnya untuk mengemaskini status dan perkembangan hidup masing2. Antara 'highlights' aktiviti di Langkawi pada kali ini adalah seperti berikut:

(i) Dapat menikmati mandi di Tasik, Laut dan Sungai (Air Terjun).
[Air Terjun Temurun, Durian Perangin, Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah, Pantai Chenang]

(ii) Menikmati lunch di The Loaf.

(iii) Cuci mata di Pantai Chenang, Tanjung Rhu dan Tengkorak. Tengok burung helang (kawi).

(iv) Melawat tempat wajib, Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Pasir Hitam, Laman Padi.

(v) Membeli belah di Jetty, Airport dan Pekan Kuah.

(vi) Lepak sekitar Telaga Harbour.

(vii) Menikmati panorama petang di Gunung Matchincang, naik kereta kabel, lepak di Oriental Village.

(viii) Makan nasi lemak RM1, berjemur di Dataran Lang, ke Telaga Air Hangat yang sedang mengalami renovasi.

(ix) Bersantai di motel sambil bercerita. Pasar malam di Kuah. Sarapan pagi di tepi jalan dekat gerai kawasan beras terbakar.

Dan macam-macam lagi (rasa cam tak pernah berada di Langkawi). Tapi rasanya 48 jam di Langkawi ini sungguh bermakna. Rasa macam sekejap, namun hampir semua tempat dijejaki. Mungkin di masa akan datang akan terus meneroka khazah Geopark tersebut, i.e, meninjau Kilim, masuk Gua dan sebagainya.

Semoga bertemu di destinasi Zoom akan datang.

##snippets

Beberapa hari ni aku berserabut sangat.
Tensen ngan PC aku yg dah hilang semua data mengenai kerja2 aku selama 3 tahun lebih. Hu hu.
Geramnya kepada individu-individu yang tidak bertanggungjawab yg telah menyebabkan PC aku hilang segala-galanya (sama ada mereka bersalah atau tidak, yg pasti aku memang geram dan susah nk maafkan).

Seumpamanya terpaksa bermula dari A to Z. Hu hu. Banyak nk kena masukkan balik dalam PC ni. Arrgh, tidak.........Tensen.....


Lambatnya hujung minggu. Tak sabar aku nk bergelak ketawa dengan kawan-kawan setelah seminggu mengalami kemurungan melampau.....

The Loaf, Pavilion

Hari ini, 16 Mei 2009, aku berkesempatan keluar jalan-jalan di Pavilion.
Rasanya dah lama tak keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan baik. Hari ini hanya Kak Ins, Kak Maz dan Chaer sahaja (Kam tak dapat Join, ada hal lain kot).
Kira dapat lah juga aku 'updates' perkembangan terkini diriku dengan kawan2 Sentapz ni. Yelah rasanya dah lama tak jumpa mereka semenjak ke Middle East hari tu.

Apa yang menarik di Pavilion pada hari ini? Hari ini kami berpeluang makan kat The Loaf ni. Ini kalai pertama aku makan kat restoran roti yang terkenal ini. The Loaf Pavilion ni kiranya cawangan The Loaf yang kat Langkawi tu. (Maklumat lanjut: http://www.theloaf.net/)

Wah kiranya sempatlah merasa bagaimana sajian berasaskan roti-moti ini dihidang dalam bentuk yang sungguh menarik ala2 'fine dining'. Tapi kami makan ala-ala tak 'fine dining' pun. Ha haha. Terima kasih yang tak terhingga kepada Kak Maz yg sudi membawa kami ke sini dan seterusnya menaja di sini, (semoga rezeki terus berkekalan dan dipermurah kan selalu)

Setelah puas makan-makan, kami pusing Pavilion tu. mmm, banyak nya branded items, tapi aku sekadar mampu berangan je lah. Tak mampu lagi nak membeli belah sakan di sini. Haha.

Larut malam, aktiviti jalan-jalan diteruskan dengan lepak kat OldTown Kopitiam kat Kerinchi. Dah lama aku tak kuar jalan2 hingga larut malam. MMM, terima kasih kepada kawan2 yang sudi melayan segala cerita ceriti terkini.

Beberapa gambar yang sesuai untuk dilayan. Zassss.............

Selamat Hari Guru, 16 Mei 2009

Esok 16 Mei 2009, merupakan hari guru.
Teringat kepada semua guru-guru yang pernah mengajar aku sehingga berjaya menjadi aku yang hari ini. Tak sangka dah bertahun tinggalkan zaman persekolahan. Kini, bila bekerjaya adalah juga jumpa guru-guru yang pernah mengajar dulu.
Teringat juga masa sambutan hari guru di sekolah, guru-guru menyanyikan lagu hari guru....


GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Pengalaman Baru

Setelah hampir 10 hari berkelana di bumi yang tidak pernah aku sampai, akhirnya aku pulang ke Malaysia dengan pelbagai pengalaman, pengetahuan serta kenangan yang baru. Pengalaman manis dan pahit (tak banyak lah kot) telah mengajarkan bermacam2 tafsiran yang sukar ditulis dalam bentuk ayat yang puitis.

Sememangnya perjalanan aku kali ini memang tak dirancang dan diduga. Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, aku dapat menjejakkan kaki ke bumi Mekah (serta bumi/tanah2 lain di Middle East ini) pada kali ini. Di samping itu juga, dengan izin-Nya, perjalanan aku yang penuh dengan dugaan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Bumi Sana'a, Cairo, Jeddah dan Mekah telah meninggalkan seribu kenangan buat diriku. Insya-Allah, aku akan berkunjung lagi ke bumi ini, dengan izin Allah S.W.T. Moga rezeki terus berkekalan dan berpanjangan.

*tamat*
Entri berikutnya adalah kembali kepada kehidupan aku sebagai "explorer", kini di bumi Malaysia, bumi bertuah.

Kingdom of Saudi Arabia


Dari Cairo, aku berkelana ke Jeddah, Arab Saudi. Ini merupakan kunjungan pertama aku ke bumi Saudi ini. Cuaca panas tidak menghalang untuk aku terus menghirup udara di bumi bertuah ini. Jadual aku di KSA ini agak padat dan membataskan aku untuk terus mengekplorasikan Jeddah ini.

Selain menghadiri aktiviti rasmi di Jeddah, aku berkesempatan untuk melakukan ibadah umrah di Mekah. Sememangnya pengalaman di sana adalah terlalu peribadi dan sungguh tidak dapat digambarkan. Tenang. Damai. Kagum. Rendah diri. Terharu. Sayu. Syukur kepada Allah SWT kerana mempermudahkan segalanya.

Suatu perasaan yang lain apabila dapat bersama umat Islam yang lain dari pelusok dunia sama-sama mengunjungi MasjidilHaram ini.

Insya-Allah aku akan ke sini lagi (dan berziarah juga di Madinah) di masa akan datang.

#gambar-gambar adalah sekadar untuk memperlihatkan keadaan di Mekah dan bukan untuk sebarang tujuan lain. Sungguh mendamaikan apabila berada di sini.

Cairo, Arab Republic of Egypt

Dari Sana'a, aku ke Cairo untuk 50 jam berikutnya.
Wah, pengalaman naik EgyptAir, sungguh mengharukan. He he. Lupakan tentang itu, di Cairo, aku berkesempatan untuk melihat dan mengunjungi Piramid agung di Giza tu. Sungguh menarik piramid tu, tersergam di depan mata.Oleh kerana kekangan masa dan tugas rasmi, aku tak berlama di Piramid ini.

Selain, pengalaman bersiar-siar sekitar pinggir sungai nil di Cairo sungguh mendamaikan. Aku juga telah sempat mengunjung muzium mesir yang terkenal dengan pameran mumia dia. Sempatlah masuk dalam muzium tu dan tgk mumia tu. Selama ini asyik tgk kat TV je kan. Kalau sesiapa yg datang ke muzium ni, dinasihatkan bawaklah kameraHP supaya dapat ambil gambar. Kamera tidak boleh dibawa masuk kedalam muzium.

Banyak sebenarnya boleh dikunjungi di Cairo ini. Cuma masa membataskan segalanya. Cairo ini sungguh padat dan ramai orang. Ianya mempunyai keunikan tersendiri. Aku juga sempat ke utara Cairo di Mansourah. Kawasan ini pun cantik juga ala-ala dah nk Meditrainean style. Kalau ke Iskandariah lagi lah cantik.

Walaupun singkat berada di Cairo, tapi aku rasa puas kerana dapat melihat dengan mata kasar, apa itu piramid. Memang bumi mesir ini penuh dengan sejarah tamadunnya yang terkenal itu.

Sana'a, Republic of Yemen

Aku tiba di bumi Sana'a dengan pelbagai imaginasi.
Wow, setibanya di lapangan terbang, sungguhlah unik. (BTW, lapangan terbang antarabangsa dia berpuluh tahun kebelakangan daripada kebanyakan lapangan terbang di Malaysia). Tapi, Sana'a ni memang unik.

Perjalanan dari lapangan terbang ke hotel, aku dapat melihat suasana hidup di Sana'a ini. Kelihatan semua nya berwarna coklat, binaan bangunan yg berbentuk segi empat. Dihiasi pula dengan kehidupan masyarakat Sana'a yang masih dengan pakaian tradisional mereka. Hotel yang aku diami ini menghadap ke arah bandar Sana'a, suatu permandangan yang menarik di samping berlatar belakangkan bukit (ala-ala gunung) batu berwarna coklat. Ianya merupakan keadaan biasa di sini, memandangkan bumi Yemen ini banyak gunung batu.

Kesempatan berada 48 jam di Sana'a diisi dengan melihat downtown Sana'a, mengunjungi Sana'a Old City serta Masjid Presiden. Sememangnya kalau ikutkan masa dan keadaan mahunya setiap pelusuk Sana'a diterokai.

Suatu perkara yang biasa di sini adalah makanan yang berasaskan kambing. hu hu.
Merasa lah aku makan kambing di bumi Sana'a ini.