Imbasan 2009

Sekejap rasanya masa berlalu.

Hari ini, 31 Disember 2009. Esok, akan bermula tahun 2010.

Apa yang menarik sepanjang tahun 2009? Terlalu banyak perkara suka, duka, menarik, tidak menarik dan sebagainya berlaku pada aku di tahun 2009. Banyak aktiviti yang rancang, tidak dirancang telah berjaya dilaksanakan. Semuanya memberikan kenangan yang tersendiri.

Berikut adalah imbasan antara perkara-perkara yang menarik buat aku di tahun 2009. Yang tidak menarik tu, biarlah ianya menjadi kenangan peribadi, pengalaman yang bakal membantu serta mematangkan langkah hidup di masa akan datang.

(i) Hiburan: Tahun 2009 ini aku banyak meluangkan masa di Istana Budaya dengan menyaksikan teater/pementasan seperti Puteri Gunung Ledang Season 3, Cuci The Musical, The Merchants of Bollywood, Gamat dan Gema Zafana. Selain itu, aku sempat juga mengunjungi beberapa tapak hiburan Jom Heboh di Melaka, Kuantan dan Lumut.

(ii) Cuti-cuti 1Malaysia: Banyak Untuk Dilawati, Banyak Lagi Untuk Diterokai!
Tahun 2009 ini merupakan tahun yang paling banyak aku berjalan/bercuti dalam negara.
Beberapa tempat menarik telah berjaya ku jejaki seperti Tasik Chini, Sungai Lembing, Pulau Kapas, Langkawi, Pulau Pinang, Kuching, Miri, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Cameron Highlands, Bukit Tinggi, Port Dickson, Kota Kinabalu dan beberapa tempat lagi... beberapa kenangan menarik adalah seperti;
a. menikmati ikan bakar di kawasan Kilim, Langkawi;
b. menikmati bayu petang di Tip of Borneo;
c. melihat keunikan budaya di Sarawak, keunikan pekan Sarikin;
d. menjelajah muzium perang di Pulau Pinang;
e. mandi laut di Pulau Kapas, Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Pantai Chenang, Langkawi;
f. menaiki kapal-kapal TLDM di Lumut, serta mengunjungi LIMA 2009;
g. menaiki jambatan gantung di Sg. Lembing;
h. makan umai di Miri;
i. berlari-lari di Cameron Highlands;
j. makan makanan laut di Kota Kinabalu; dan
sebagainya.

(iii) Perjalanan Ke Luar Negara: Tahun 2009 ini aku sempat ke luar negara seperti berikut:
a. Beijing, Republik Rakyat China: dapat jugak merasa udara musim sejuk di Tembok Besar
China, melihat Panda bermain-main di Zoo;
b. Sana'a, Republik Yemen: menyaksikan keunikan masyarakat Yemen, kota penuh misteri
Sana'a;
c. Cairo, Egypt: menikmati udara di persisiran Sungai Nil, menyaksikan keunggulan
kejuruteraan binaan piramid;
d. Arab Saudi; pengalaman paling manis dan berharga semestinya menunaikan Umrah di
sana (rindunya pada bumi suci itu);
e. Dubai, UAE: melihat bangunan tertinggi di dunia, melihat keunikan hotel Burj Al-Arab, dan
semestinya pengalaman berpanas di Dubai;
f. London & Manchester, United Kingdom; akhirnya dapat juga aku kembali mengunjungi
bumi UK. Tidak puas rasanya berada di sana. Teringat kenangan berlari-lari mengejar bas
di Victoria Station, menyaksikan Changing Guards di Buckhingham Palace dan bersiar-siar
di pinggir Thames River;
g. Paris, Perancis; sememangnya ini merupakan antara kota yang aku suka. Rindunya pada
Eiffel Tower;
h. Amsterdam, Netherlands:kota penuh keceriaan. Suka aku pada kehebatan canal-canal di
sini;
i. Prague, Czech Republic: ini merupakan kota yang juga penuh seni... teringat pada satu kedai di kawasan Old Prague, di mana penjualnya berbahasa Melayu;
j. Rome, Italy; kenangan berjalan di bawah mentari ke Vatican City serta menelusuri jalan2 di Kota Rome.

(iv) Kawan-kawan: semestinya pada 2009, aku gembira kerana banyak juga aktiviti dapat dibuat bersama-sama kawan seperti berkelah di Putrajaya, bercuti ke Lumut, Pangkor, Kapas, Tioman, Luar Negara, Melaka, Genting, Bukit Tinggi, Tgk bola sepak, dan sebagainya. Sememangnya kenangan bersama-sama kawan-kawan adalah kenangan terindah selepas kenangan bersama keluarga tercinta.


Maka, itu sahaja antara perkara-perkara menarik yang aku suka pada 2009. Sebenarnya banyak lagi, tapi cuma disenaraikan apa-apa yang perlu sahaja. (he he).

Semoga 2010 terus menceriakan, dan lebih banyak perkara-perkara menarik dapat dinikmati.

Mengenai harapan 2010, kita bertemu dalam entri berikutnya.


~Sekian~





Gema Zafana @ Istana Budaya


Tarikh: 26 - 29 Disember 2009
Tempat: Istana Budaya, Kuala Lumpur

1. Kali ini aku berkesempatan menyaksikan pertunjukan Gema Zafana ini sebanyak 3 kali, iaitu pada 26, 28 dan 29 Disember 2009.

2. Gema Zafana 2009, yang dibawakan oleh Yayasan Warisan Johor adalah kesinambungan daripada Gema Zafana 2004. Kali ini, persembahan adalah lebih segar, kontemporari, dengan irama zapin yang ala2 remix. Berbeza pada 2004, Gema Zafana lebih menceritakan asal-usul dan jenis-jenis zapin. Tahun ini, banyak juga zapin diperkenalkan dengan irama yang lebih segar. Kelincahan penari-penari zapin memang menarik.

3. Artis undangan adalah Ramli Sarip, Azlina Aziz dan Dato' Rahim Razali. Vokal mereka tidak perlu dipertikaikan lagi. 2004 dulu ada CT.

4. Kronologi pertunjukan Gema Zafana 2009 dimulakan dengan asal-usul zapin, kerajaan Melaka berundur ke Pagoh, zapin datang dari negara Arab, siap ada zikir, salawat dsbnya. Kemudian, pemulaan dari kelahiran, bercukur jambul, adat berkhatan...Semua diserikan dengan gerak tari zapin yang memukau. Selepas tu, perjalanan persembahan diteruskan dengan alam remaja, dewasa, perkahwinan, meminang, kahwin dan seterusnya pergi berjuang.

4. Selepas bahagian 1, seterusnya pertunjukan diteruskan dengan adegan dalam istana, kemudian dimasukkan tarian cina dan india (1Malaysia). Kemudian, muncul Dato' Rahim Razali bersajak menasihatkan generasi muda. Zapin diteruskan dengan lagu mentera semerah padi, menunjukkan kemodenan negeri Johor. Adalah lagu pasal Kota Iskandar dan medley muzik2 rancak dan diserikan macam2 zapin, adalah dalam lebih sepuluh (10) minit kot, penari2 ini berzapin ala2 kontemporari dan macam remix, memang rancak. Seronok melihat aksi dan kelincahan mereka. Sebagai ancore, semua penari berkumpul di pentas IB yang bertingkat tu, bertari zapin diiringi dengan zapin budi, memang meriah, warna warni pentas tu. Lepas tu, semua penonton dijemput berzapin atas pentas tu.

5. Kesimpulannya, memang puas menonton Gema Zafana 2009. Rasanya, ini pementasan terakhir yang aku pi layan kat I.B. ni dalam 2009, yang mana tahun ini banyak kali aku ke I.B. Bersedia untuk tahun 2010 yang lebih menarik dengan pelbagai pementasan yang lain.








Pangkor (dan Lumut), 18 - 20 Disember 2009

Tarikh: 18 - 20 Dec 2009

Sempena cuti yang ada, aku meluangkan masa dengan cuti2 1Malaysia ke Lumut-Pangkor.

Seperti biasa, aktviti utama adalah mandi laut di Teluk Nipah, Pulau Pangkor dan jalan2 sekitar Lumut, menikmati udara petang di Teluk Batik.


LIMA 2009

5 Disember 2009

Awana Porto Malai / Langkawi Airport

----------------------------------------------

Kali ini, berkesempatan ke LIMA 2009. Tetap meriah, walaupun dibuat pada skala yang lebih kecil berbanding LIMA 2007. Tiada Red Arrows, tapi pertunjukan udara tetap menarik perhatian. Seksyen maritim juga meriah, terutamanya daya tarikan utama iaitu KD TAR, - kapal selam pertama Malaysia tu.

Suasana LIMA kali ini disekalikan dengan Karnival pelancongan, yang turut memeriahkan keadaan. Di samping menyaksikan demonstrasi yang ada sepanjang LIMA, pengunjung boleh mendapatkan maklumat mengenai pelancongan Malaysia.

Cuaca panas tidak menghalang rakyat Malaysia dan pelancong asing untuk terus memeriahkan LIMA 2009.

Sedikit gambar kenangan LIMA 2009 seperti berikut: