Imbasan 2009

Sekejap rasanya masa berlalu.

Hari ini, 31 Disember 2009. Esok, akan bermula tahun 2010.

Apa yang menarik sepanjang tahun 2009? Terlalu banyak perkara suka, duka, menarik, tidak menarik dan sebagainya berlaku pada aku di tahun 2009. Banyak aktiviti yang rancang, tidak dirancang telah berjaya dilaksanakan. Semuanya memberikan kenangan yang tersendiri.

Berikut adalah imbasan antara perkara-perkara yang menarik buat aku di tahun 2009. Yang tidak menarik tu, biarlah ianya menjadi kenangan peribadi, pengalaman yang bakal membantu serta mematangkan langkah hidup di masa akan datang.

(i) Hiburan: Tahun 2009 ini aku banyak meluangkan masa di Istana Budaya dengan menyaksikan teater/pementasan seperti Puteri Gunung Ledang Season 3, Cuci The Musical, The Merchants of Bollywood, Gamat dan Gema Zafana. Selain itu, aku sempat juga mengunjungi beberapa tapak hiburan Jom Heboh di Melaka, Kuantan dan Lumut.

(ii) Cuti-cuti 1Malaysia: Banyak Untuk Dilawati, Banyak Lagi Untuk Diterokai!
Tahun 2009 ini merupakan tahun yang paling banyak aku berjalan/bercuti dalam negara.
Beberapa tempat menarik telah berjaya ku jejaki seperti Tasik Chini, Sungai Lembing, Pulau Kapas, Langkawi, Pulau Pinang, Kuching, Miri, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Cameron Highlands, Bukit Tinggi, Port Dickson, Kota Kinabalu dan beberapa tempat lagi... beberapa kenangan menarik adalah seperti;
a. menikmati ikan bakar di kawasan Kilim, Langkawi;
b. menikmati bayu petang di Tip of Borneo;
c. melihat keunikan budaya di Sarawak, keunikan pekan Sarikin;
d. menjelajah muzium perang di Pulau Pinang;
e. mandi laut di Pulau Kapas, Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Pantai Chenang, Langkawi;
f. menaiki kapal-kapal TLDM di Lumut, serta mengunjungi LIMA 2009;
g. menaiki jambatan gantung di Sg. Lembing;
h. makan umai di Miri;
i. berlari-lari di Cameron Highlands;
j. makan makanan laut di Kota Kinabalu; dan
sebagainya.

(iii) Perjalanan Ke Luar Negara: Tahun 2009 ini aku sempat ke luar negara seperti berikut:
a. Beijing, Republik Rakyat China: dapat jugak merasa udara musim sejuk di Tembok Besar
China, melihat Panda bermain-main di Zoo;
b. Sana'a, Republik Yemen: menyaksikan keunikan masyarakat Yemen, kota penuh misteri
Sana'a;
c. Cairo, Egypt: menikmati udara di persisiran Sungai Nil, menyaksikan keunggulan
kejuruteraan binaan piramid;
d. Arab Saudi; pengalaman paling manis dan berharga semestinya menunaikan Umrah di
sana (rindunya pada bumi suci itu);
e. Dubai, UAE: melihat bangunan tertinggi di dunia, melihat keunikan hotel Burj Al-Arab, dan
semestinya pengalaman berpanas di Dubai;
f. London & Manchester, United Kingdom; akhirnya dapat juga aku kembali mengunjungi
bumi UK. Tidak puas rasanya berada di sana. Teringat kenangan berlari-lari mengejar bas
di Victoria Station, menyaksikan Changing Guards di Buckhingham Palace dan bersiar-siar
di pinggir Thames River;
g. Paris, Perancis; sememangnya ini merupakan antara kota yang aku suka. Rindunya pada
Eiffel Tower;
h. Amsterdam, Netherlands:kota penuh keceriaan. Suka aku pada kehebatan canal-canal di
sini;
i. Prague, Czech Republic: ini merupakan kota yang juga penuh seni... teringat pada satu kedai di kawasan Old Prague, di mana penjualnya berbahasa Melayu;
j. Rome, Italy; kenangan berjalan di bawah mentari ke Vatican City serta menelusuri jalan2 di Kota Rome.

(iv) Kawan-kawan: semestinya pada 2009, aku gembira kerana banyak juga aktiviti dapat dibuat bersama-sama kawan seperti berkelah di Putrajaya, bercuti ke Lumut, Pangkor, Kapas, Tioman, Luar Negara, Melaka, Genting, Bukit Tinggi, Tgk bola sepak, dan sebagainya. Sememangnya kenangan bersama-sama kawan-kawan adalah kenangan terindah selepas kenangan bersama keluarga tercinta.


Maka, itu sahaja antara perkara-perkara menarik yang aku suka pada 2009. Sebenarnya banyak lagi, tapi cuma disenaraikan apa-apa yang perlu sahaja. (he he).

Semoga 2010 terus menceriakan, dan lebih banyak perkara-perkara menarik dapat dinikmati.

Mengenai harapan 2010, kita bertemu dalam entri berikutnya.


~Sekian~