Nostalgia Kapal Korek

Kalau minggu lepas semasa berada di Sg. Lembing, aku teringin nak tengok kapal korek. Maka, kesempatan berhujung minggu kali ini digunakan untuk membuat day-trip ke Ipoh. Pada hari sabtu lalu, 31 Januari 2009, dengan mencuba menaiki perkhimatan shuttle train ke Ipoh, maka sampai lah impian aku ke Ipoh (setelah menaiki perjalanan keretapi yang agak menarik (menarik ke? adakah ianya macam kat Europe, heheeh, tapi memang menarik, permandangan KUL-iPOH-kUL).

Sampai di Ipoh, dengan menaiki bas Kinta ke Tg. Tualang, setelah hampir sejam lebih dalam bas, maka tiba lah aku ke Warisan Kapal Korek ni. Difahamkan kapal korek yang ada kat sini merupakan satu-satunya kapal korek yang tinggal di Malaysia (kerana yang lainnya mesti sudah dicabut-cabut dan dijual kat kedai besi buruk, hehe, aku lawak je). Tapi, memang kapal korek yang ada di sini merupakan yang terakhir ada di sini.

Apa lagi setelah sampai di kapal korek ni, dengan berbayar RM5 , aku mengambil peluang untuk bergambar, bergambar dan bergambar lagi di sampai meneroka kapal ini yang dah hampir nak tenggelam ala-ala kapal Titanic.. Nampaknya kapal ini kelihatan seperti asal, ruangan dalaman dia masih kelihatan seperti dahulu kala dan kadang-kadang kelihatan menyeramkan. Difahamkan kapal ini dibuka kepada umum bermula tahun lalu, maka mungkin tidak ramai yang tahu akan kewujudan tempat ini. Tempat ni pun sedang dinaikkan traf dari segi kemudahan, maklumat dan sebagainya. Kelihatan juga pada waktu aku sampai, orang lain juga (tourist) sampai di sini untuk menyaksikan sendiri kapal korek yang telah mengorek bijih-bijih timah di Malaysia. Sememangnya negara kita terkenal dengan bijih timah. Maka, dengan adanya kapal korek yang dijadikan live museum ni, maka, generasi akan datang lebih mengetahui apa kah itu kapal korek. [aku sebelum ini pun, hanya mengenali kapal korek melalui buku sahaja]. hu hu.


Selepas meluangkan masa hampir 2 jam di sekitar kapal korek ini, aku pulang semula ke Ipoh via Batu Gajah, untuk menaiki keretapi bagi perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Tamat ZoOM Malaysia untuk minggu ini. Sememangnya banyak lagi tempat yang aku ingin pergi seolah-olah aku tidak pernah sampai ke sesuatu destinasi dan sebetulnya memang banyak lagi yang terdapat di Malaysia yang harus diterokai.

Apa lagi. Jom melancong dalam negara (luar negara pun boleh), semuanya ada di sini....