Genting Highlands


Tarikh: 11 Julai 2009

Rasanya sudah lama tak berkumpul bersama-sama dengan semua ahli Sentapz@X-D. Kesempatan cuti berhujung minggu diisi dengan aktiviti bersantai di Genting Highlands. Kali ini semua ahli Sentapz hadir iaitu GM (aku), CH, KM, MZ, LN, LE (kebetulan berada di semenanjung), IN (plus IN jr), YT dan HD (tqvm, kerana sanggup berkorban dr perlis utk turun menjayakan perkumpulan kali ini).

Seawal 6.00 pagi, semua sudah berkumpul di rumah YT. Dr situ terus ke Gombak, bfast kat area taman melati. Seterusnya, jam 9.20 menaiki bus Go Genting dari Terminal Gombak utk ke GH.

Sampai di sana, cuaca berkabus tebal, tapi sempatlah main mainan2 yg ada, di samping melaksanakan aktiviti wajib, bergambar sakan.

Puas berlibur sampai malam, kami seterusnya turun semula ke Skyway utk pulang.

Seronok bersama perkumpulan kali ini tidak dapat digambarkan dengan kata2. Di masa akan datang, aktiviti berlibur seperti ini akan diadakan dengan lebih kerap, di lokasi lain pula.


Beberapa gambar kenangan di GH seperti di atas entri ini.