Port Dickson




25 Julai 2009.

Aku teringin mandi laut. Maka, aku ke Port Dickson. Tak rancang pun nk ke sini, mujur ada kawan yg boleh join.

Tapi laut kt PD dah terlalu biasa. Maka, kali ini di PD aku cuba buat menda lain selain mandi laut (walaupun, akhirnya aku mandi laut juga).

Aku berkesempatan ke Muzium Tentera Darat. Kali pertama aku masuk Muzium ni. Selalunya tgk tepi jalan je kan. Apa yang menarik? Dalam muzium ni ada terowong bawah tanah. Selain itu, dalam muzium ini adalah kereta kebal, helikopter, trak tentera dan sebagainya. Di samping itu, terdapat bahan pameran di galeri yang penuh dengan maklumat yang berinformasi mengenai Tentera Darat dan sumbangan serta pencapaiannya. Remaja atau budak2 sekolah atau pun orang dewasa boleh lah datang muzium ni. Sekurang-kurangnya boleh mengetahui sejarah.
Maklumat lanjut mengenai Muzium Tentera Darat: http://armymuseumpd.gov.my/

Selain ke muzium, aku ke Tanjung Tuan. Iaitu ke Rumah Api di Hutan Lipur Tanjung Tuan tu. Tak sangka lak jalan dari pintu masuk ke rumah api tu agak jauh (coz tinggal kereta kat depan pintu masuk, ingatkan tak leh bawak masuk keta). Maka, kiranya berjaya buat jungle trekking lah. He he. Exercise. Puas di kawasan rumah api yang bersejarah tu, aku bergegas ke pantai telok kemang (yang penuh dengan manusia) untuk mandi.

Sebelah malam, lepak di dataran telok kemang tu, ada live band, layan sekejap. Berhibur.


Itu je zoom PD kali ini.