Dubai International Airport (DXB)

Wah, DXB ni memang meriah di awal-awal pagi ini. Memang besar gak airport dia.

Aku berada hampir 4 jam di DXB ini sementara menanti penerbangan berikutnya ke Sana'a, Yemen.
Memang banyak benda yang boleh dibeli di DXB ni. Shopping heaven. Tapi aku hanya pusing2 dan tengok-tengok barang je. Nak shopping, jauh sekali. Lagi pun, perjalanan aku masih jauh untuk 10 hari akan datang. hu hu.

Sementara menanti flight, aku pun berinternet jap. Mujurlah WIFI kat sini free cam kat KLIA.

Yang aku bangga nya, azan subuh berkumandang dengan kuatnya di DXB ini tanpa sebarang halangan. Bila KLIA nak laungkan azan mengumumkan waktu sembahyang secara 'direct'. Sama-sama kita nantikan.

Apa lagi aku nak merepek pasal DXB ni? MMMM, VVIP yang aku ikut semuanya dah masuk lounge, maka, aku merayau2 lah kat DXB ni. he, he, sempat lah snap 2-3 shots.

#ok, sambung di entri berikutnya, Sana'a Yemen#

#interlude#

Setelah beberapa hari asyik berembun di ofis. malam ni merupakan malam terakhir aku berembun di sini setelah beberapa hari terikat dengan kerja-kerja.

Harap-harap 10 hari akan datang aku dpaat jalani dengan laksanakan dengan jayanya.

Doa-doakan lah.


#moga berjumpa di entri berikutnya#

Jalan-Jalan di One Utama

26 April 2009: Enroute to Bangi from Lumut-Teluk Intan-Rawang - K.l.

Rasanya dah lama jugalah aku tak ke One Utama ni. Mahunya setahun lebih. Kali ini sempatlah juga 'windows shopping' di sini. Secara jujurnya, One Utama ini bukan standard aku kot, kerana memang aku tak suka shopping di tempat yang mempunyai 'high end customers' ni. Ha ha. Takde lah, tapi sememangnya aku tak suka shopping di sini.

Apa yang menarik? Malam tadi semasa di One Utama ni, aku sempat menyaksikan Stay Tune to Fashion. Dapat lah tengok model-model buat Catwalk kat pentas peragaaan di tengah-tengah Concourse Area kat One Utama ini.
Dapat lah juga cuci mata yang penat sepanjang hujung minggu yang penuh dengan aktiviti ini.
Hu hu.

****************

Singgah Sebentar di Teluk Intan

Tarikh : 26 April 2009
Tempat: Teluk Intan

Setelah puas berpanas di Lumut, aku dan rakan-rakan ex-UKM sempat singgah seketika di Teluk Intan dalam perjalanan pulang Lumut-KL. Di Teluk Intan, sempatlah juga pusing-pusing Bandar Teluk Intan tu. Tujuan sebenar kami singgah adalah untuk mencari juadah makan tengah hari. Alang-alang berada di Teluk Intan itu, maka kesempatan diambil untuk bergambar-gambar sekitar Menara Condong Teluk Intan dan Batu Tenggek.


Sedikit maklumat mengenai Menara Condong Teluk Intan dan Batu Tenggek:

One of the town attractions is a Leaning Tower erected in 1885 by a Chinese builder, Mr. Leong Choon Cheong. It started to tilt four years after its construction finished due to an underground stream. The tower had a clock at the top, and still rings every 15 minutes now. The clock tower was originally used as a water tower, supplying water to the town area, while also reporting the time to all townfolks. It had also served as a beacon to guide ships into Teluk Intan Port. Currently it is a local tourist attraction, and no longer stores water. The area around the tower was paved with bricks and became a plaza. The main street at the centre of Teluk Intan is also named after Mr. Leong Choon Cheong to commemorate his contribution. The name of the street is "Jalan Ah Cheong"

Another attraction is the 'Batu Tenggek' (Sitting Boulder) which is situated at a junction in the town centre. The rock was believed to be placed by a British soldier and was a size of a matchbox. Over the years, the small rock grew bigger until it reached the size of a boulder. Upon closer inspection, crystal-like substances can be seen throughout the rock's surface. As crystals have expanding properties, this might explain the growing nature of the stone. This boulder is now part of a local war memorial built to commemorate World War I and World War II. The plaque on the memorial carries a line from Laurence Binyon's famous poem, For the Fallen :At the going down of the sun and in the morning, We will remember themand the dates of the 2 conflicts commemorated :1914-19181939-1945

(Source: http://en.wikipedia.org/wiki/Teluk_Intan)

******************************

Hari Armada TLDM 2009

Acara : Hari Armada TLDM 2009
Tarikh : 25 - 26 April 2009
Lokasi : Pangkalan TDLM Lumut.

Aku pernah ke Pangkalan TLDM ini suatu ketika dulu. Tapi masa itu tiada acara yang meriah dijalankan. Dahulu juga, aku ke sana kerana berjumpa dengan kawan lama. Yelah bukan selalu peluang dapat masuk kem tenteran kan.

Kali ini atas saranan kawan baik, aku bersama teman-teman ex-UKM berkunjung ke Pangkalan TLDM ini untuk menghayati dan membuat eksplorasi terhadap KD-KD yang dipamerkan. Di samping itu, acara tahun ini lebih meriah kerana tahun ini merupakan ulang tahun ke 75 TLDM. Siap ada karnival Pertanian dan JomHeboh lagi (tak tahulah , ramai yang datang nk ke JomHeboh, yang pasti aku datang ke sini nak jalan2 dan membuat tinjauan terhadap kapal2 yang ada.

Sebenarnya dengan adanya peluang sebegini, rakyat dapat melihat dengan lebih dekat aset2 pertahanan negara yang dimiliki oleh TLDM ini. Di sini, kita dapat lah tengok bahawa inilah duit yang Kerajaan guna untuk menjaga keselamatan perairan negara kita.
Di samping itu, peluang ini juga untuk anak2 muda/belia/kanak-kanak melihat dengan lebih dekat mengenai profesion Navy, bukan sekadar sterotaip seperti mana dilihat dalam TV atau pun media. Bak kata slogan "Join Navy and See the World". Hehe.

Kiranya jenuh jugalah kami berjalan dari hotel penginapan di bandar Lumut tu Pangkalan TLDM tu, di bawah cuaca panas, ruang pameran nya terletak di Markas Armada. Ye lah, kalau bawa kereta, sudah tentu amatlah sukar mendapatkan parkir. Memang meriah acara-acara yang diserikan untuk Hari Armada TLDM 2009 ni. Antara aktiviti/pameran yang menarik perhatian adalah seperti berikut:

- Demontrasi menyelamatkan kapal dari rampasan di MV Setia Cekal yang bersauh di dalam Basin
- Pertunjukan bot laju (CB90 & RHIB)
- Pertunjukan penerjunan bebas oleh Persatuan Payung Terjun TLDM
- Perarakan Seperbike dan demontrasi Motosikal SIC
- Pertunjukan Bunga Api pada setiap malam
- Demonstrasi PASKAL SPECIAL Tuanku Sultan Selangor
- Pertunjukan Mass Assault oleh Markas UDARA
- Pertunjukan Precision Drill oleh PROTELA

- Pameran Kerjaya TLDM, pameran kerjaya, PASKAL, KD DUYUNG, PHN, RAJAWALI, OP FAJAR,
PELAYARAN KLD TUNAS SAMUDERA, Kumpulan Promosi Mini
Gelombang Biru

:: Lawatan Ke Kapal-kapal TLDM
Ini adalah aktiviti yang paling aku berminat sepanjang berada di Pangkalan TLDM ini. Antara kapal Diraja (KD) yang sempat dijelajah adalah:
(i) KD Jerai (Mine-Counter Vessels);
(ii) KD Perdana (Fast Attack Craft);
(iii) KD Penyu;
(iv) KLD Tunas Samudera (Training Yacht);
(v) KD Lekir (Corvette);
(vi) KD Kinabalu (Mine-Counter Vessels);
(vii) KD Inderasakti (combat support ships) - yang berjaya menghalang serangan lanun di Teluk Aden tu)
;
(viii) KD Tun Abdul Jamil (Corvette);
(ix) KD Ledang (Mine-Counter Vessels;
(x) Fajar Samudera (Training Yacht) - takleh masuk pun hari tu, kerana dikhaskan utk krew JomHeboh
(ada lagi kot kapal nya, kerana rasanya seharian di dek-dek pelabuhan ni)

Maklumat lanjut mengenai kapal-kapal ini dan RMN boleh didapati di
http://en.wikipedia.org/wiki/Royal_Malaysian_Navy
http://www.navy.mil.my

Kiranya jenuh juga lah menapak dari satu kapal ke satu kapal yang lain, panjat tangga, turun tangga, bergambar sana, bergambar sini, tanya sana dan tanya sini, masuk kabin sana, masuk kabin sini. Mungkin di masa akan datang, umum dapat melihat dengan sendiri aset terbaru TLDM iaitu kapal selam jenis Scorpene, KD Tunku Abduk Rahman dan KD Tun Abdul Razak, mungkin di LIMA 2009 akan dipamerkan kepada umum kapal selama ini. Memang meriah suasana kat dek jeti TLDM hari ni. Selain daripada kapal-kapal ini, sempat lah juga tgk demonstrasi seperti mana tertera di perenggan sebelum ini. Memang wow, suatu acara yang sesuai untuk dikunjungi oleh semua orang.

Secara keseluruhannya, aktiviti sebegini adalah sesuatu yang bermanfaat di mana umum dapat mengenali dengan lebih dekat apa itu TLDM.

Rasanya semua yang aku nak tulis mengenai Hari Armada ini telah aku tulis.
Selebihnya, selain daripada menyaksikan KD-KD, pameran dan konsert yang ada, semestinya berjalan di pinggir pantai berdekatan adalah agenda sisi yang berkaitan.

Beberapa gambar kenangan yang dirakam sekitar Hari Armada TLDM 2009 seperti berikut.




Lumut : Bandar Tentera Laut, Pelancongan Dan Maritim

Lumut:

Telah lama tidak ke Lumut. Lumut sekarang sudah banyak berubah, keadaan nya lebih tersesun, kemas dan semakin cantik. Lumut ini terkenal dengan hentian untuk ke Pulau Pangkor.


Pada 24 April 2009, aku bersama 4 kawan baik berkesempatan mengunjungi Lumut ini. Lumut kini dikenali sebagai Bandar Tentera Laut, Pelancongan dan Maritim. Sesuai dengan Bandar ini yang memang terkenal dari dulu lagi sebagai Pangkalan TLDM tu sesuai dengan fungsi yang dimainkan oleh pekan kecil ini. Untuk pengetahuan semua, Pengkalan Tentera Laut Lumut, merupakan pusat operasi terbesar negara dan bolehlah dianggap base TLDM. (Ceritan mengenai Pengkalan TLDM ini akan dimasukkan dalam entry berikutnya).


Lumut kini boleh berbangga dengan Waterfront dan Terminal Jeti yang lebih baik dan bersih. Bandar ini tidaklah besar dan memang sesuai untuk dikunjungi bagi menghilangkan kesibukan dari kota. Secara umumnya, aku suka dengan bentuk geografi Bandar Lumut ini, ada bukit, muara sungai, laut dan persekitaran yang mendamaikan. Mungkin masa aku berada di sini pada hari ini, cuaca nya memanglah amat panas. Tapi memang menarik dapat menyaksikan matahari terbenam dari Lumut ini.


Oh yaa hampir aku terlupa dalam waktu yang sama juga TLDM akan meraikan Jubli Intan (sambutan 75 tahun) penubuhannya. Sebenarnya antara kedatangan utama aku ke Lumut kali ini adalah untuk menyaksikan aktiviti2 menarik sempena Hari Armada TLDM yang diadakan di Pangkalan TLDM tu. Secara tarikan, acara itu diserikan dengan JomHeboh, - namun aku lebih tertarik untuk menjelajah KD (Kapal Diraja) yang tersergam di Jeti TLDM tu.

Sambung di entry berikutnya.




Dewan Perdana Felda

Tarikh: 24 April 2009
Hari: Jumaat

Malam ini aku bersama beberapa rakan berkesempatan menghadiri Majlis Malam UNIMAP bersama industri 2009 atas undangan rakan lama di UKM.

Oleh kerana majlis dilaksanakan di Dewan Perdana Felda, maka semestinya makanan dikaterer oleh Felda katering. MMM, makanan tema chinese style. Sepanjang jamuan makan tu smepatlah tengok gelagat2 pelajar2. Teringat pada zaman belajar dulu, down to memory lines. Hu hu.

Kesempatan diambil untuk bercerita, di samping melebarkan jaringan perhubungan dengan rakan2 lama, baru dan berpotensi. He he.


Selepas makan2, aku bergegas untuk meneruskan misi hujung minggu yang seterusnya, Zoom Lumut.

*gambar akan dimasukkan kemudian

Tertekan

Sedar tak sedar, masa ada lagi seminggu untuk aku laksanakan tugasan besar berikutnya.

Aku terpaksa melupakan seketika masa lapang aku buat seketika.

Yang paling terasa adalah aku bakal terlepas menghadiri Reunion EX-98 schoolmate aku yang dijadualkan minggu depan.

Namun, mungkin di masa akan datang aku mempunyai peluang untuk sama-sama memeriahkan perkumpulan EX-98.

Hu hu.

Kenapa aku rasa macam tertekan yang amat sangat.

Rasanya banyak lagi tidak siap. Malam ini aku perlu habiskan segala2nya. Ini untuk keselesaan aku di hujung minggu. Aku amat berharap segalanya berjalan lancar. Memang aku memerlukan rehat. Bagaimanapun, rehat itu tidak semestinya datang. Akukah yang tidak pandai menguruskan masa????

BlueWave Shah Alam


Hari ini, aku ke Shah Alam untuk tugasan rasmi.
Rasanya sudah lama aku tidak ke Shah Alam ini.
Bersama rakan2 sepejabat, kami memeriahkan aktiviti kat Hotel ini. Bercerita tentang hal2 pejabat, semasa dan sebagainya. Yelah bukannya selalu dapat ramai-ramai bersama kawan ofis di luar waktu pejabat. Maka, ini lah kesempatan untuk berlibur bersama-sama. He he.

Sebenarnya, aku memang tak suka sangat seminar2 yang bercakap2 ni, mentelaah lagi aku yang kena bagi ceramah mengenai tugasan rasmi aku (tapi sekurang-kurangnya tak perlulah aku terperap je kat ofis sepanjang masa kan). Bosan giler, aku memang tidak berbakat untuk menjadi seorang penceramah, apatah lagi seorang juruajar yang bagus, tapi untuk berkongsi pengalaman tu kiranya boleh lah juga. Haha. Namun, aku telah cuba memberikan yg terbaik.

Apa yang aku suka mengenai BlueWave ni? mmm, rasanya biasa je hotel ni. Katanya 5 bintang. Yang best, bilik aku mengadap masjid biru Shah Alam tu. Tenang je jiwa bila tgk masjid tu. Selain pada tu, rasanya semua nya biasa je, F&b boleh tahan biasa je. [MMM, macam buat hotel review lah pulak. Nanti lah bila ada masa, aku bukak blog khas mengenainya]

Shah Alam memang pada aku merupakan bandaraya yang sunyi, terutama pada waktu malam. Maka, aku pun duduk terperap kat bilik hotel ini sambil beriternet. Hu hu.

*oleh kerana aku sedang memotretkan saat kehidupan aku, maka, gambar pun gambar aku lah. hahaha.


Ask The Pilot

Hari tu ada baca buku 'Ask The Pilot". Best buku tu, tambahan pula aku ni memang jenis yang suka baca bahan-bahan yang berkaitan dengan airlines, airports, travels and the city.

Sebenarnya buku Ask the Pilot ni dah lama diterbitkan. Cuma baru-baru ini berkesempatan membelinya. Banyak koleksi cerita-cerita menarik dalam buku ini berdasarkan pengalaman sebenar Pilot tersebut. Ada yg kelakar, sedih dan sebenarnya. Hampir semua cerita berkisarkan dunia pernerbangan, lapangan terbang, air hostess dan sebagainya.

Salah satu muka surat yang aku suka adalah seperti berikut (dan rasanya seluruh dunia dah tahu, mengenai 3-letters code ini):


"The Finns doesn't mind HEL as their capital city, neither do the Syrians have a problem with DAM. Not being intimade with Japanese vulgarity, I'm sure what the country's opinion is to FUK, the code for Fukuoka. Traveling FUK-DAM-HEL, try not to speak in acronyms when the agent asks you where you're going."

FUK - Fukuoka, DAM - Damascus, HEL - Helsinki, dan kalau orang tu nk ke Fukuoka, kemudian Damascus dan ke Helsinki.

Bagi sesiapa yang selalu naik kapal terbang atau beli tiket kapal terbang, mesti tahu atau pernah tengok 3 -letters code untuk airport ini yang tercatat kat tiket tu. Code ini dikeluarkan oleh IATA. Contoh lain, KUL-DXB-TGG-LAX-LHR-AMS dsbnya. Seronok kan tgk 3 letters code ni.


Zoom Miri, 12 April 2009

Hari ini, 12 April 2009 (Ahad), setelah selesai dengan tugas-tugas rasmi, aku berkesempatan untuk berjalan-jalan sekitar Bandaraya Miri ini. Oh ya, Miri ini Bandaraya Pelancongan, tapi aku tak sempat 'explore' semua, mungkin di masa akan datang, aku harus ke Mulu, Lambir, Niah atau sebagainya.

Kali ini, disebabkan kekangan masa dan keadaan cuaca tidak mengizinkan, aku hanya berkesempatan untuk ke Muzium Petroleum Sarawak, yang terletak di atas Bukit Kanada (iaitu bukit yang terletak latar belakang bandaraya Miri ini). Dari atas bukit ini, nampaklah permandangan sekitar bandaraya Miri. Di dalam Muzium Petroleum ini, dapat lah belajar dan mengetahui sejarah penemuan petroleum di Miri serta hal-hal dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Petroleum. Sedikit maklumat mengenai Muzium Petroleum:

Petroleum Museum was built next to the Grand Old Lady of Miri and the name Canada Hill was changed to Bukit Telaga Minyak in 2005. This is a museum-cum-information centre, a joint venture between Sarawak, Shell Malaysia and Petronas. The museum was opened on May 20, 2005 by Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud, and the opening coincided with Miri being accorded city status. Plans to construct the Petroleum Museum were made in 1992 and the ground breaking ceremony in 2003.Petroleum Museum give opportunity to the young generation to understand and appreciate the history of oil and gas exploration activity that has become the foundation of development for Miri City.The Petroleum Museum was built through cooperation between the Miri City Council, the National oil company Petronas, Sarawak Shell Berhad and Sarawak Museum Department."

Tidak perlu dilepaskan apabila berada di Bukit Kanada ini, iaitu berhadapan dengan Muzium Petroleum ini terdapatnya Telaga Minyak No.1 Miri , yang juga digelar The Grand Old Lady.
Sedikit fakta mengenai The Grand Old Lady:

"The Grand Old Lady on Canadian Hill - Malaysia’s first inland oil drilling platform and one of Sarawak’s most important historical monuments. This landmark is about 30 meters high, next to a museum-cum-information centre joint ventured between Sarawak, Shell Malaysia and Petronas. Grand Old Lady stands majestically perched on top of Bukit Telaga Minyak, (Canada Hill) overlooking the town of MiriShe witness rapid development which had taken place over the last 100 years.Grand Old Lady is not a frail figure of an old woman but Miri's Number 1 oil well, the first cable-tool oil well in the country, a 'mother' who milked a poor country to a prosperous nation ."

Selepas berlegar2 dan pusing-pusing di dalam Muzium dan sekitar Bukit Kanada, aku meneruskan aktviti bersiar-siar di sekitar bandaraya Miri ini dengan mengunjungi Miri City Fan. Taman ini memang berbentuk kipas (sila rujuk gambar berkaitan). Sedikit maklumat mengenai Miri City Fan Park:

Miri City Fan is a unique fan-shaped urban civic park. This City Fan is designed to create civic consciousness by the embodiment of several symbolic parks. The garden is well-managed and clean. Stone crafting images are distributed over the compound. The 2 seahorses in the middle of Chinese pond is Miri’s mascot. What to find in Miri City Fan : 1) Promenade 2) Amphitheatre 3) Musical fountain 4) Library 5) Cultural centre 6) Various ethnic gardens"

Seterusnya setelah puas menikmati permandangan sekitar Taman ini, aku meneruskan semula ekplorasi di Bandaraya Miri ini dengan jalan-jalan, hingga lah hujan turun dengan lebatnya. (He he). Eksplorasi aku berakhir di sini, dan mungkin di masa akan datang, aku akan terus menjelajah dengan lebih lanjut, bandaraya ini.


Jumpa lagi.

Keterangan Gambar: Atas Kiri: Permandangan Bandaraya Miri dari Kanada Hill, Atas Tengah: Repilika Pekerja Kat Grand Old Lady, Atas Kanan: Depan Muzium Petroleum, Sarawak. Tengah: Replika Tembikar di Miri City Fan, Tengah, Tepi: The Grand Old Lady, Bawah: Miri City Fan Map, Maskot Kuda Laut di Miri City Fan Park, Bangunan Muzium Petroleum

Hari Air Sedunia 2009



Hari ini, (11 April 2009), aku berada di Miri, berkesempatan menghadiri majlis sambutan Hari Air Sedunia 2009 bertempat di Imperial Hotel, Miri. Seingat aku, kali terakhir aku sampai ke sini adalah pada tahun 2005, wah, nampaknya bandaraya Miri masih seperti dulu, tenang, no jam dan sebagainya.

Nampaknya sepanjang sehari bersama golongan profesional dan golongan biasa yang terlibat dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan Air ni kiranya dapatlah aku menambah ilmu dan di samping beramah mesra dengan orang-orang lain.

Nampaknya hari ini aku tak sempat xplore mana-mana lagi di Bandaraya Miri ni, lantaran kerana sibuk dengan aktiviti di Imperial ini. Mungkin esok sebelum aku pulang ke KUL, boleh lah aku Zoom seketika di Miri ini.

Formula One

5 April 2009, aku bersama rakan sepejabat sempat pergi menonton F1 di Sepang. Edisi ke-11 F1 kali ini sungguh bermakna buat aku kerana dapat berada di GrandStand, (a very big thank your for our sponsor, haha).

Setelah bertahun F1, edisi kali ini dimulakan agak lewat, iaitu jam 5.00 petang. Seperti diduga, hujan sebelum perlumbaan dan semasa perlumbaan. Yang tak syoknya, perlumbaan terpaksa ditamatkan awal kerana hujan begitu lebat. Yang pasti aku puas kerana dapat berada di grandstand sambil mendengar dan menghayati deruman enjin jentera F1 yang sungguh 'mencemarkan bunyi' tu. Tapi best.

Akhirnya, aku merasakan kunjungan aku untuk menikmati perlumbaan F1 kali ini sungguh bermakna. Semoga bertemu di lain edisi F1.



Pulau Kapas, Terengganu

Hujung minggu datang lagi.

Kali ini, aku berkesempatan ke Pulau Kapas bersama kawan di Terengganu, sementara aku pulang ke Terengganu. Rasanya sudah lama aku tidak pulang ke Terengganu, menikmati nasi dagang, makan keropok lekor dan sebagainya. Nampaknya kali ini walaupun masa singkat aku berjaya merealisasikan hasrat aku untuk makan2 makanan kegemaran aku itu.

Pulau Kapas.


Sebetulnya, ini kali kedua aku ke pulau di Terengganu. Sebelum ini, pada tahun lepas aku pernah ke Pulau Perhentian. Kiranya, sesuai dengan hobi aku berenang2 di pantai, maka, kesempatan masa yang ada tidak dilepaskan untuk ke Pulau Kapas. Pulau Kapas adalah dekat je dari kuala terengganu, dan aku membuat keputusan untuk 'day tripper' ke sana. Menaiki bot laju selama 20 minit, maka sampailah aku ke pulau kapas setelah bertolak dari jeti Marang.

wah, Pulau kapas mungkin tidak semeriah atau sehebat pulau perhentian, namun, pulau kapas mempunyai tarikan nya tersendiri. Semasa aku sampai di pulau kapas, kiranya tak ramai orang pada hari ini. Setelah mendaftar masuk di Makcik Gemuk Resort (harga untuk harian amatlah berpatutan), aku mula menjelajah laut dan pantai sekitar pulau.


Bersama-sama dengan satu kumpulan pelajar, aku dan member join kumpulan tu pergi 'snorkeling'. Wah, coral kat pulau kapas ni boleh lah tahan, walaupun ianya tidak secantik di perhentian. Hampir berjam-jam 'snorkerling' aku meneruskan aktiviti mandi manda dan bercanda di pantai hingga terbakar seluruh kulit. ha ha.

Setelah puas di Pulau Kapas, aku kembali semua ke tanah besar untuk menjelajah kuala terengganu (setelah lama aku tak xplore). Memang sudah banyak perubahan. Terengganu Negeri Cantik Budaya Menarik.

Makan-Makan

Salah satu kegemaran aku bila 'windows shopping' atau merayau-rayau di pusat membeli belah adalah makan dan makan.

Kali ini aku berada seketika di Pavilion. Selain singgah di kedai donut Jco, aku mencuba makanan jepun kat Pepper Lunch. Oklah juga makanan dia. Harga? Huh, standard Pavilion lah, kiranya not so average. Tapi masih berpatutan.
Makanan kat restoran ni boleh tahan juga.



Chioooooooo.

Demam F1 Kembali Lagi

Nampaknya kemelesetan ekonomi tidak menghalang demam F1.
Kebetulan aku berada di Pavilion hari ini, 2 April 2009.
Pavilion mengadakan Pit Stop aktiviti.

Aku berkesempatan ke gerai Shell-Ferrari bersama pelumba Kimi Raikonnen dan Felipe Massa. Sempatlah jugak aku menengok mereka in-person. Ramai giler orang. So, aku layan je lah tgk aktiviti yang ada. Kedua-dua pelumba tu muncul kejap je. Dalam 20 minit, tapi oklah dapat tgk mereka dekat2.

F1 kali ini aku dah beli tiket murah je. RM100, dapat RM80 lepas diskaun Enrich. Takde orang nak bagi tiket percuma tahun ini, maka terpaksalah kuarkan duit dari poket sendiri. hahaha. Tak sabar nk bersenja di Litar Sepang pada 5 April nanti (perlumbaan pada tahun ini bermula selepas jam 5.00 petang).

Chioooooo.