BlueWave Shah Alam


Hari ini, aku ke Shah Alam untuk tugasan rasmi.
Rasanya sudah lama aku tidak ke Shah Alam ini.
Bersama rakan2 sepejabat, kami memeriahkan aktiviti kat Hotel ini. Bercerita tentang hal2 pejabat, semasa dan sebagainya. Yelah bukannya selalu dapat ramai-ramai bersama kawan ofis di luar waktu pejabat. Maka, ini lah kesempatan untuk berlibur bersama-sama. He he.

Sebenarnya, aku memang tak suka sangat seminar2 yang bercakap2 ni, mentelaah lagi aku yang kena bagi ceramah mengenai tugasan rasmi aku (tapi sekurang-kurangnya tak perlulah aku terperap je kat ofis sepanjang masa kan). Bosan giler, aku memang tidak berbakat untuk menjadi seorang penceramah, apatah lagi seorang juruajar yang bagus, tapi untuk berkongsi pengalaman tu kiranya boleh lah juga. Haha. Namun, aku telah cuba memberikan yg terbaik.

Apa yang aku suka mengenai BlueWave ni? mmm, rasanya biasa je hotel ni. Katanya 5 bintang. Yang best, bilik aku mengadap masjid biru Shah Alam tu. Tenang je jiwa bila tgk masjid tu. Selain pada tu, rasanya semua nya biasa je, F&b boleh tahan biasa je. [MMM, macam buat hotel review lah pulak. Nanti lah bila ada masa, aku bukak blog khas mengenainya]

Shah Alam memang pada aku merupakan bandaraya yang sunyi, terutama pada waktu malam. Maka, aku pun duduk terperap kat bilik hotel ini sambil beriternet. Hu hu.

*oleh kerana aku sedang memotretkan saat kehidupan aku, maka, gambar pun gambar aku lah. hahaha.