London dan Manchester, England

12 - 15 Ogos 2009

Selamat sampai di London dr dubai pada 6.00 petang 12 Ogos.

Dari Heathrow T3 terus ambil tube ke Bayswater. Lepas check in di Astor Hostel (yg beberapa meter dari malaysia hall), kami berehat dan tdo kerana esok akan ada banyak aktiviti untuk dibuat. Area Bayswater ni senang, banyak kemudahan dekat dengan tube, banyak kedai makan dan sebagainya.

13 Ogos 09

aktiviti hari ini adalah melawat semua landmark utama dan bersiar-siar di sekitar london bermula dari area Buckhingham Palace (sempat menyaksikan changing guards yang ramai giler orang depan kawasan palace tu), St James Park, Trafalqar Square, House Of Parliement, Big Ben, TATU, London Eye, Tower Hill, Tower of London, Tower Bridge, London Bridge, London Aquarium, HMS Belfast, Westminster, St Paul, black cabs, double decker bus dan menikmati suasasan pinggir thames river.

Sesi petang diteruskan ke Fulham Broadway utk ke Chelsea Village di Stamford Bridge, kemudian ke The Emirates, stadium Arsenal tu. Dari situ kami ke Oxford St., Covent Garden dan malam ke area Picaddily Circus.

14 Ogos 09

Hari ini kami ke Manchester. dengan menaiki train Virgin, perjalanan 2 jam lebih rasa sekejap je. Sampai di Manchester, semestinya aktiviti utama adalah utk ke Old Trafford. Wow. Stadium Man U ni masih seperti dulu dan auranya masih sama (kali pertama aku ke sini adalah pada 2006). Meriah. Ambil stadium tour n museum. Pusing2 stadium. Kemudian puas bergambar.

Dari MUFC, kami kembali ke city center. Puas pusing2 dan berjalan sekitar city, singgah ke HRC, Primark dan segala shopping complex yang ada. Hampir malam, kami meneruskan perjalanan pulang ke London dan seterusnya menikmati kehidupan malam di kota london terutamanya area SOHO dan daerah westend yang penuh dengan teater2 musical yang best tu.

15 Ogos 09

Pagi dihabiskan dengan mengunjungi madame tussauds. sempatlah jenguk2 celebriti yang ada. Long Q, too crowded, time consuming.

Lepas tu, kami meneruskan perjalanan ke Stonehenge. wow. jalan nk sampai ke kawasan batu ni sesak. Dapatlah tgk batu-batu ini. Dalam gambar nambar besar, tapi rasa batu-batu ni cam biasa je. cam batu yg dipacakkan di tengah dataran berbukit. Tapi Stonehenge ini ada sejarah tersendiri, maka, kami layan jelah audio yg disediakan. he he. Lepas puas bergambar, terus balik semula ke london.

Malam, kami nyaris terlepas bas ke Paris. sabo je lah. he he. Perjalanan ke Paris menaiki bas ini menyeronokkan juga, kemudian naik feri dari Dover ke Calais, kemudian sambung naik bas semula.

# sambung di episod Paris.