Paris

16 - 17 Ogos 2009


Perjalanan dari London ke Paris adalah melalui bus express Eurolines. Nampaknya merasalah juga naik feri dari Dover ke Calais. Keseluruhannya perjalanan memakan masa lapan jam.

Hari Pertama

Sampai di Paris Galieni (stesen bas antrabangsa Paris), kami terus ambil Pass Paris Visite untuk 2-hari dengan harga 14.40 euro. Kiranya untunglah juga coz boleh guna untuk Metro, Tram, RER dan bas.

Oh ya, hari ni 16 Ogos, hari jadi aku. Maka, kiranya aku berhari jadi di Paris lah pada tahun ini.

Berbalik semula kepada xpdc, selepas letak barang di hostel, kami memulakan langkah menuju ke destinasi pertama iaitu Basilque du Sacuer dan Musee de Lourve. Biasalah ramai yg nak masuk piramid kaca tu untuk menyaksikan potret Monalisa tu. Kiranya ini kali kedua aku masuk ke dalam muzium ini. Memang banyak bahan pameran tapi tak sempat nk lihat semua.

Lepas pusing-pusing sekitar muzium tu, kami terus ke Champs de Elsyse, melihat butik2 yang mahal2 sepanjang jalan itu. Lepas bergambar di depan Arc De Triompe tu, kami kembali semula ke hostel.

Lepas bersiap, destinasi berikutnya adalah Menara Eiffel tu. Puas bergambar dan bersiar siar di tepi sungai Seine tu. Kami meneruskan jalan2 sekitar area tu. Puas menyaksikan menara tu.

Malam, ke Notre Dame, Pompidoe, HRC dan seterusnya menyaksikan malam di depan Menara Eiffel itu. Wah sungguh indah dan mengasyikkan.

Hari Kedua

Dimulakan ke Moulin Rouge. Lepas tu ke Menara Eiffel, beratur panjang untuk menaiki menara tu. Cuaca sungguh berkabus ini. Puas menyaksikan permandangan kota paris dari menara itu.

Kemudian, kami ke Roland Garros. Sempat mencuri masuk ke kawasan stadium coz teniseum pada hari ini tutup. Ha ha.

Dari Roland Garros, kami ke Champs de Elsysee tu lagi, saje cuci mata sambil windows shopping.

Seterusnya kami ke La Defense, lepak2 depan Grande Arche. Kemudian, shopping sikit kt shopping complex area tu. Best juga.

Malam, bersiap dan terus ke Paris Galieni untuk menaiki Eurolines ke Amsterdam.

Nota: Banyak lagi sebenarnya tempat yg nk dilawati kt Paris ni, namun kekangan masa dan Euro membataskan segalanya. Maka, di masa akan datang pastinya akan ke Disneyland dan Musee de Aerospace kt Le bourget Airport tu.