Hutan Lipur Sungai Sendat, Ulu Yam

01/01/2010
Lokasi: Hutan Lipur Sungai Sendat, Ulu Yam

Kesempatan cuti umum pada hari ini diluangkan dengan aktiviti berpiknik di Hutan Lipur Sungai Sendat Ulu Yam.

Hutan lipur ini agak tersorok daripada kawasan perkelahan komersial yang ada di sekitar Ulu Yam itu. Jaraknya kira-kira 4.2 km dari pekan Ulu Yam Baharu. Memang mencabar juga untuk sampai ke hutan lipur ini kerana jalan masuknya amatlah sempit (muat untuk satu kereta), jalan ladang getah.

Air terjun yang terdapat di hutan lipur ini tidak menghampakan. Suasana di sini, nyaman dan menyegarkan. Cuma, pada hari ini kelihatan ramai orang, lantaran cuti umum. Semua orang mahu bersantai. (He he).

Puas mandi-manda di situ, masa untuk pulang.