Pulau Tioman













Tarikh: 31 Julai - 2 Ogos 2009
Tempat : Salang Beach, Pulau Tioman

Bosan berada di kota, sekali lagi aku buat keputusan saat akhir untuk bercuti. Lagi pun setelah beberapa hujung minggu, kini, baru cam kurang sikit aktiviti rasmi. Destinasi kali ini adalah ke Pulau Tioman. Bersama 2 orang rakan di Melaka, kami memulakan percutian tanpa dirancang ini pada 31 Julai 2009.

31 Julai (Jumaat)
-bertolak dari Melaka terus ke Air Hitam dan ke Kluang lalu merentasi jalan Kluang - Mersing yang boleh tahan bengkang bengkok serta melintasi ladang kelapa sawit yang eksotik
- tiba di Jeti Mersing lebih kurang jam 1245, berjaya dapatkan tiket feri jam 1430. RM70 untuk tiket pergi balik
- terus ke Plaza R & R kat tepi jeti tu, bayar harga penginapan di Salang (mujur ada bilik, kerana pada hujung minggu ini, ada Tioman Mega Dive 2009 - ramai divers seluruh negara dan negara luar berkumpul di Salang)
- ramainya manusia di Jeti Mersing
- tiada pengumuman untuk penumpang menaiki feri, keadaan menjadi kelam kabut.
- parking kereta yg terhad, namun boleh parking kt Stadium yang berhampiran dengan bayaran RM18 utk 3 hari 2 malam.
-1430, tapi bertolak hampir 1600. feri merentasi laut hampir 2 jam dengan ombak yang wow.
- feri singgah di Tekek, Air Batang, Panuba dan akhir sekali di Salang.
-1800, tiba di Salang - dan terus check - in. Suasana meriah. Ramai orang di Salang.
- Salang - kawasan pantai paling atas di Tioman (ikut peta). dan merupakan kawasan paling happening (based on tourist review and friend's recommendations)
- Lepas check-in di Salang Sayang Resort - apa lagi, aktiviti wajib, bergambar dan mandi di laut. Sempat bermain bola tampar pantai.
- Malam - makan di restoran berhampiran. Jalan-jalan di jeti. Berjalan di gigi pantai. Memang best

1 Ogos 2009 (Sabtu)
0900 - sarapan pagi, nasik lemak di gerai
1030 - 1900 - ambil pakej Coral Islands - pergi snorkeling, coral dia boleh tahan. Tapi kalau dive, lagi cantik kot dapat tengok sampai ke dasar. Ingatkan nk ambil pakej pusing pulau. Tapi, hari ini, tak ramai orang join coz ramai yg ambil coral islands, so kami pun join group yang ada. RM70. Puas juga snorkeling sana-sini. Ada 4 tempat disinggahi.
Habis trip coral islands, kami sambung snorkeling kt pantai salang - btw, kt depan pantai ini pun penuh gak coral, tepi jeti esp. Thanks to crystal clear blue water. Memang best berenang2, bersantai di bawah sinaran mentari di pantai salang ini.

2030 - makan malam. lepas itu, join party yang dianjurkan sempena TMD09. pub ada je kt Salang ni. Tapi party malam ini lebih meriah, semua berpesta di pantai. sempena malam terakhir TMD09 kot. Sempat join sampai semua bosan dan lagu pun dah tak best. Lagipun dah lama tak clubbing kan. He he. Melepasi jam 1 pagi, baru habis. Kemudian sambung dengan jalan2 di pantai dan melepak di jeti.

2 Ogos 2009 (Ahad)

Pagi - bergambar sepuas-puasnya di pantai salang
Tengah hari - lepas check out - sambung mandi manda di bawah sinaran mentari.
Petang - Feri jam 1630, tapi sampai jam 1730. Namun, bertolak sepenuhnya dari Tioman (selepas ambil penumpang di ABC, Tekek, Paya baru) jam 1830.
Tiba di Jeti mersing jam 2030 dan terus bertolak ke Kluang - Air Hitam - Melaka dan Bangi.























0100 - tiba di Bangi.


Secara keseluruhannya, trip ke Pulau Tioman kali ini memang best. Namun, aku masih rasakan yg perhentian lagi best dari tioman (mungkin aku kena diving baru boleh lihat semua khazanah laut di tioman). Tapi tioman mempunyai keistimewaan tersendiri yang pasti akan menggamit aku untuk datang lagi ke sini.

Berjumpa lagi dalam trip pulau-pulau akan datang.