MV Doulos (The Floating Book Fair)





1. Kapal MV Doulos telah berlabuh di pelabuhan Kota Kinabalu. Pada malam 5 September 2009, kami berkesempatan untuk mengunjungi kapal ini. Berbanding dengan pada waktu siang, kunjungan ke kapal ini pada waktu malam lebih menyejukkan (tapi terasa juga bahang panas bayu malam). Suasasa di sekitar kapal ini sungguh meriah.

2. Apakah MV Doulos? MV Doulos ialah tuan rumah kepada kedai buku terapung yang kedua terbesar di dunia dengan membawa setengah juta buku untuk dijual pada harga yang berpatutan, 6,000 tajuk buku yang berkualiti dipamerkan yang merangkumi subjek seperti pendidikan, perniagaan, masakan, sukan dan koleksi buku kanak-kanak.[Sebenarnya banyak buku mengenai Jesus dijual dalam kapal ini, adakah ini satu agenda tersembunyi? No speculation]

3. Doulos telah dibina pada tahun 1914, iaitu 2 tahun lebih muda daripada Titanic (1912). Kiranya, kapal MV Doulos ini merupakan kapal penumpang yang tertua yang masih beroperasi hingga kini (sekarang beroperasi sebagai "the floating bookshop"). Doulos dikendalikan oleh 350 orang krew sukarelawan yang mewakili lebih daripada 45 negara yang berlainan. Hingga kini, lebih 21 juta orang dari 104 buah negara telah mengunjungi kapal ini.

4. Kapal ini berlabuh di pelabuhan Kota Kinabalu sehingga 20 September 2009. Masuk adalah percuma. Berada di atas kapal ini memang menyeronokkan. Sempat juga aku membeli beberapa buah buku novel fiksyen, sekadar untuk mengisi masa lapang.

5. Sekiranya anda semua berada di Kota Kinabalu sehingga 20 September ini, jangan lupa untuk mengunjungi kapal ini. Maklumat lanjut mengenai MV Doulos boleh didapati di http://www.doulos.org/