11 -13 September 2009
1. Kuching pada hujung minggu ini sangat berjerubu. Aku ke Kuching dalam misi untuk mengisi masa lapang berhujung minggu di sini. Kalau minggu lepas aku di Kota Kinabalu, maka kali ini aku sekali lagi ke Borneo.
2. Apa yang menarik di Kuching? Kedatangan aku kali ini ke Kuching seolah-olah aku tidak pernah sampai ke Kuching. Kali ini, aku berkesempatan untuk ke Kampung Budaya Sarawak yang terletak dekat dengan Damai dan Gunung Santubong (tapi permandangan pada hari itu amatlah berjerebu, maka kaki gunung pun samar-samar sahaja). Di kampung budaya, seseorang boleh melawat rumah-rumah masyarakat etnik utama di Sarawak iaitu rumah panjang Bidayuh, rumah panjang Iban, Penan Hut, rumah panjang orang Ulu, rumah tinggi Melanau, rumah bandar Melayu dan rumah Cina. Seronok dapat melihat keunikan rumah-rumah di sini. Di samping itu, pengunjung dihiburkan dengan pertunjukan kebudayaan Sarawak.
3. Selain ke Kampung Budaya, aku berkesempatan ke Tasik Biru (sebuah tasik bekas lombong emas di Bau). Dari Bau, aku ke Serikin, sebuah kampung yang dekat dengan sempadan Kalimantan. Pelik dalam hutan yang jauh ini, ada penempatan dan siap ada kedai jual barang-barang etnik, macam-macam ada. Kebanyakan penjual adalah dari Indonesia. Pasar ini meriah pada hujung minggu. Perjalanan ke sini memakan masa hampir 2 jam berkereta.
3. Dari Serikin, aku pusing sekitar bandaraya Kuching, ke Muzium Kuching (walhal aku tak minat pun masuk muzium), ke padang Merdeka, india Street dan semestinya kuching waterfront. Di situ, bermacam2 kedai cendera mata dilewati. Ingatkan nak sekali lagi ke Muzium Kucing, tak tak sempat (dan aku malas nak berjalan lebih-lebih kerana berjerebu). Di samping itu, aku berjaya menaiki sampan menyeberang sungai sarawak itu. Dengan RM0.50 aku menyeberang ke kampung Gersik di seberang sungai.
4. Apa yang perlu dibeli? Seperti juga di semenanjung, suasana Ramadhan yang berada di hujungnya ini sungguh meriah sekali dengan gelagat orang ramai menyediakan persediaan untuk berhari raya. Aku sempat ke The Spring, salah satu pusat membeli belah yang baru di Kuching. Selain Riverside dan Tun Jugah, kiranya The Spring ini boleh tahan jugalah. Aku seperti juga orang semenanjung yang selalu ke kuching, tidak sah kalau tidak membeli buah tangan, iaitu kek lapis dan ikan terubok. Maka aku ke kek lapis Dayang Salhah di Kg. gersik dan ke Pasar Satok mencari ikan terubok. He he.
5. Penginapan singkat aku di Kuching kali ini adalah di TuneHotels. wow, Harga hotel ini sungguh menjimatkan (lagi awal tempahan, lagi murah, konsep AirAsia). Terletak betul2 depan Hilton Kuching, maka Tune Hotel menjanjikan penginapan 5 bintang pada harga 1 bintang. Lokasi menarik.
Itu sahaja entri untuk kuching.