PENGUMUMAN

Salam Sejahtera semua,

Dah lama x kemaskinikan blog ini.

Oleh kerana aku sudah bosan dengan platform Blogspot ini, maka, adalah dimaklumkan bahawa mulai hari ini blog ini telah berpindah ke platform baru seperti berikut:



Kalau korang rajin nk 'click', sila kan, anda semua dijemput mengunjungi laman tu.

Sekian, terima kasih.

#terima kasih atas kesetiaan anda semua selama ini di atas perhatian untuk mengunjungi blog aku.

:)

Air Terjun @ Sg Batang Kali

14 Februari 2010 (Ahad)

Kesempatan cuti CNY yang panjang pada kali ini, aku bersama member2 ex-UKM meluangkan masa dengan aktiviti perkelahan di Sg. Batang Kali. Kedudukan air terjun ini adalah kira-kira 20 km daripada genting, melalui jalan ulu yam - batang kali - genting.

Suasana pada hari itu memang meriah, lantaran cuti umum dan hujung minggu yang panjang. Tambahan pula cuaca panas sekarang ini amatlah elok sekiranya dapat berenang2 dalam air sungai.

Puas bermandi manda, makan-makan di situ, kami meneruskan aktiviti dengan lepak2 di pinggir empangan Batu (yang agak kering sebab cuaca panas kot). Sepanjang jalan dari sg batang kali ke empangan Batu ini, kelihatan banyak kereta di kiri kanan jalan, terutama di st1, st2 taman negeri selangor hulu yam tu. Semua orang mahu bergumbira di air terjun nampaknya.

He he.

:)

Singapore Airshow 2010

6 - 7 February 2010.

Dah lama tidak ke Singapura. Kunjungan kali ini adalah untuk menyaksikan Singapore Airshow 2010 (SA2010).

Cuaca panas. Ramai orang. Meriah. Itulah yang aku dapat gambarkan mengenai SA2010.

Kali ini aku pergi ke sana bersama kawan2 lama UKM.

Selain ke SA2010, masa terluang diisi dengan berjalan-jalan di Orchard Road, bersiar-siar di Sentosa Island dan Resorts World tu. Tapi Universal Studios Singapore belum dibuka. Maka, terpaksa turun ke Singapura lagi setelah USS tu dibuka.

Kami sempat juga ke Marina Bay, Clark Quay, Chinatown dan Arab Street, kawasan Bugis dan Masjid Sultan.

Menginap di Johor Bahru, maka, perjalanan kami adalah dengan berjalan kaki ke CIQ Bangunan Iskandar, dan seterusnya naik bas ke Singapura. Memang menjimatkan.

:)

Mee Udang Kuala Sepetang dan Mee Rebus Ramli

31 Januari 2010 (Ahad)

Cuti hujung minggu diisi dengan aktiviti jalan-jalan cari makan. Desetinasi kali ini adalah Kuala Sepetang yg terletak kira-kira 2okm dari Taiping.
Awal2 pagi aku ke Puduraya dan berjaya mendapatkan bas jam 10 pagi untuk ke Taiping. Sampai di taiping jam 2 petang, terus aku mendapatkan teksi dan minta dihantar ke Mee Udang Banjir Mak Teh yg terletak 2 km sebelum pekan Kuala Sepetang.

Wah, sampai je kat warung ni, kelihatan ramai gak orang yg kebanyakan dari luar perak (berdasarkan plat kenderaan yang parkir di situ). Lepas je maka mee udang (yang berharga RM10, dengan udang fresh yg banyak, agak berbaloi juga, sbeenarnya ada je menu lain kat sini, seperti nasi udang dan sebagainya) Tapi mee udang menjadi pilihan mentelaah lagi ianya mendapat publisiti meluas dalam tv3 suatu ketika dulu.

Lepas makan, aku melawat seketika ke pekan Kuala Sepetang tu. Dari situ, aku ke taman tasik taiping untuk menikmati suasana petang yang mendamaikan. Aku suka permandangan di sini.

Hilang penat, aku menaiki bas ke Ipoh. Sampai je di Ipoh, aku mendapatkan teksi dan minta di bawa ke mee rebus ramli yang terletak kt jubilee kt tengah bandaraya ipoh tu. Tapi jalan sesak kerana ada sambutan Thaipusam. Maka, driver teksi tu bawa aku pergi makan mee rebus ramli yang terletak di section 18, pengkalan dekat Tesco. Wah rasa mee rebus ni masih seperti dulu (walau sedikit komersial), tatarias mee rebus ini makin menarik, lokasi serta susun atur restorannya amat selesa.
Apa lagi kalau anda semua ke Ipoh, singgah lag di sini.


Itu je catatan perjalanan jalan2 cari makan minggu ini.

Semoga bertemu di episod akan datang.

:)




Air Terjun @ kaki Gunung Ledang, Johor

Tarikh: 24 Januari 10 (Ahad)

Hari ini berkesempatan ke Melaka dan Tangkak.

Peluang diambil untuk bermandi-manda di air terjun di Hutan Lipur Gunung Ledang tu.

Kawasan air terjun ini boleh tahan. Ramai juga orang datang. Popular di hujung minggu.

Dari Tangkak, ke Melaka dan berpeluang menikmati asam pedas di sebuah gerai yang menjadi tumpuan di jalan puteri hang li poh dekat Bukit Cina.

:)

Tanjung Piai, Johor

17 Januari 2010

Hari ini, masa diluangkan dengan berjalan-jalan ke Tanjung Piai, Johor. Taman negara Tg. Piai ini terletak di dalam daerah Pontian.

Apa yang menarik?
Kt sini ada hutan paya bakau dan titik paling selatan bagi benua Asia.


Lepas puas di Tg. Piai, kesempatan ke Johor Bahru diisi dengan menikmati angin petang di Danga Bay, makan-makan soto,mee rebus hj. wahid dan kacang pool.









Hutan Lipur Sungai Tekala, Hulu Langat

02/01/2010
Lokasi: Hutan Lipur Sungai Tekala

Sudah lama tidak berkelah di hutan lipur ini. Rasanya kali terakhir ke sini adalah pada tahun 2005.

Cuti hari sabtu diluangkan dengan aktiviti berkelah bersama rakan-rakan UKM di hutan lipur ini.

Ramainya orang. Sesuatu yang baru rasanya mengenai hutan lipur ini adalah bayaran RM1 setiap orang untuk masuk ke dalam hutan lipur ini. Dulu tiada bayaran dikenakan.

Apa-apa pun, kepuasan dicapai kerana dapat mandi-manda di air terjun sambil menikmati suasana damai di dalam hutan lipur ini.

Hutan Lipur Sungai Sendat, Ulu Yam

01/01/2010
Lokasi: Hutan Lipur Sungai Sendat, Ulu Yam

Kesempatan cuti umum pada hari ini diluangkan dengan aktiviti berpiknik di Hutan Lipur Sungai Sendat Ulu Yam.

Hutan lipur ini agak tersorok daripada kawasan perkelahan komersial yang ada di sekitar Ulu Yam itu. Jaraknya kira-kira 4.2 km dari pekan Ulu Yam Baharu. Memang mencabar juga untuk sampai ke hutan lipur ini kerana jalan masuknya amatlah sempit (muat untuk satu kereta), jalan ladang getah.

Air terjun yang terdapat di hutan lipur ini tidak menghampakan. Suasana di sini, nyaman dan menyegarkan. Cuma, pada hari ini kelihatan ramai orang, lantaran cuti umum. Semua orang mahu bersantai. (He he).

Puas mandi-manda di situ, masa untuk pulang.

Gerhana Bulan Separa

Tarikh: 01/01/10
Lokasi: Perkarangan Masjid Negara, KL
Masa: 1.15 pagi - 3.55 pagi

Selepas menyaksikan pertunjukan bunga api sempena sambutan tahun baru 2010, aku dan beberapa rakan berkesempatan untuk menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Separa di perkarangan masjid negara. Aktiviti ini dianjurkan bersama oleh Agensi Angkasa Malaysia, Masjid Negara dan beberapa penganjur bersama yang lain.

Menariknya di sini, diadakan ceramah pengenalan mengenai fenomena gerhana bulan separa, visual simulasi interaktif, beberapa teleskop untuk mencerap gerhana bulan, aktiviti pameran dan juga kuiz.

Pada jam 1.17 pagi, gerhana telah bermula, namun pencerapan adalah tidak jelas kerana keadaan berawan. Gerhana dapat dilihat agak jelas sekitar jam 2.30 pagi.


"Maka apabila mata terbeliak (ketakutan), (7) dan apabila bulan telah hilang cahayanya (8) dan matahari dan bulan dikumpulkan (9) Surah Al-Qiamah. Ayat 7-9"

Imbasan 2009

Sekejap rasanya masa berlalu.

Hari ini, 31 Disember 2009. Esok, akan bermula tahun 2010.

Apa yang menarik sepanjang tahun 2009? Terlalu banyak perkara suka, duka, menarik, tidak menarik dan sebagainya berlaku pada aku di tahun 2009. Banyak aktiviti yang rancang, tidak dirancang telah berjaya dilaksanakan. Semuanya memberikan kenangan yang tersendiri.

Berikut adalah imbasan antara perkara-perkara yang menarik buat aku di tahun 2009. Yang tidak menarik tu, biarlah ianya menjadi kenangan peribadi, pengalaman yang bakal membantu serta mematangkan langkah hidup di masa akan datang.

(i) Hiburan: Tahun 2009 ini aku banyak meluangkan masa di Istana Budaya dengan menyaksikan teater/pementasan seperti Puteri Gunung Ledang Season 3, Cuci The Musical, The Merchants of Bollywood, Gamat dan Gema Zafana. Selain itu, aku sempat juga mengunjungi beberapa tapak hiburan Jom Heboh di Melaka, Kuantan dan Lumut.

(ii) Cuti-cuti 1Malaysia: Banyak Untuk Dilawati, Banyak Lagi Untuk Diterokai!
Tahun 2009 ini merupakan tahun yang paling banyak aku berjalan/bercuti dalam negara.
Beberapa tempat menarik telah berjaya ku jejaki seperti Tasik Chini, Sungai Lembing, Pulau Kapas, Langkawi, Pulau Pinang, Kuching, Miri, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Cameron Highlands, Bukit Tinggi, Port Dickson, Kota Kinabalu dan beberapa tempat lagi... beberapa kenangan menarik adalah seperti;
a. menikmati ikan bakar di kawasan Kilim, Langkawi;
b. menikmati bayu petang di Tip of Borneo;
c. melihat keunikan budaya di Sarawak, keunikan pekan Sarikin;
d. menjelajah muzium perang di Pulau Pinang;
e. mandi laut di Pulau Kapas, Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Pantai Chenang, Langkawi;
f. menaiki kapal-kapal TLDM di Lumut, serta mengunjungi LIMA 2009;
g. menaiki jambatan gantung di Sg. Lembing;
h. makan umai di Miri;
i. berlari-lari di Cameron Highlands;
j. makan makanan laut di Kota Kinabalu; dan
sebagainya.

(iii) Perjalanan Ke Luar Negara: Tahun 2009 ini aku sempat ke luar negara seperti berikut:
a. Beijing, Republik Rakyat China: dapat jugak merasa udara musim sejuk di Tembok Besar
China, melihat Panda bermain-main di Zoo;
b. Sana'a, Republik Yemen: menyaksikan keunikan masyarakat Yemen, kota penuh misteri
Sana'a;
c. Cairo, Egypt: menikmati udara di persisiran Sungai Nil, menyaksikan keunggulan
kejuruteraan binaan piramid;
d. Arab Saudi; pengalaman paling manis dan berharga semestinya menunaikan Umrah di
sana (rindunya pada bumi suci itu);
e. Dubai, UAE: melihat bangunan tertinggi di dunia, melihat keunikan hotel Burj Al-Arab, dan
semestinya pengalaman berpanas di Dubai;
f. London & Manchester, United Kingdom; akhirnya dapat juga aku kembali mengunjungi
bumi UK. Tidak puas rasanya berada di sana. Teringat kenangan berlari-lari mengejar bas
di Victoria Station, menyaksikan Changing Guards di Buckhingham Palace dan bersiar-siar
di pinggir Thames River;
g. Paris, Perancis; sememangnya ini merupakan antara kota yang aku suka. Rindunya pada
Eiffel Tower;
h. Amsterdam, Netherlands:kota penuh keceriaan. Suka aku pada kehebatan canal-canal di
sini;
i. Prague, Czech Republic: ini merupakan kota yang juga penuh seni... teringat pada satu kedai di kawasan Old Prague, di mana penjualnya berbahasa Melayu;
j. Rome, Italy; kenangan berjalan di bawah mentari ke Vatican City serta menelusuri jalan2 di Kota Rome.

(iv) Kawan-kawan: semestinya pada 2009, aku gembira kerana banyak juga aktiviti dapat dibuat bersama-sama kawan seperti berkelah di Putrajaya, bercuti ke Lumut, Pangkor, Kapas, Tioman, Luar Negara, Melaka, Genting, Bukit Tinggi, Tgk bola sepak, dan sebagainya. Sememangnya kenangan bersama-sama kawan-kawan adalah kenangan terindah selepas kenangan bersama keluarga tercinta.


Maka, itu sahaja antara perkara-perkara menarik yang aku suka pada 2009. Sebenarnya banyak lagi, tapi cuma disenaraikan apa-apa yang perlu sahaja. (he he).

Semoga 2010 terus menceriakan, dan lebih banyak perkara-perkara menarik dapat dinikmati.

Mengenai harapan 2010, kita bertemu dalam entri berikutnya.


~Sekian~





Gema Zafana @ Istana Budaya


Tarikh: 26 - 29 Disember 2009
Tempat: Istana Budaya, Kuala Lumpur

1. Kali ini aku berkesempatan menyaksikan pertunjukan Gema Zafana ini sebanyak 3 kali, iaitu pada 26, 28 dan 29 Disember 2009.

2. Gema Zafana 2009, yang dibawakan oleh Yayasan Warisan Johor adalah kesinambungan daripada Gema Zafana 2004. Kali ini, persembahan adalah lebih segar, kontemporari, dengan irama zapin yang ala2 remix. Berbeza pada 2004, Gema Zafana lebih menceritakan asal-usul dan jenis-jenis zapin. Tahun ini, banyak juga zapin diperkenalkan dengan irama yang lebih segar. Kelincahan penari-penari zapin memang menarik.

3. Artis undangan adalah Ramli Sarip, Azlina Aziz dan Dato' Rahim Razali. Vokal mereka tidak perlu dipertikaikan lagi. 2004 dulu ada CT.

4. Kronologi pertunjukan Gema Zafana 2009 dimulakan dengan asal-usul zapin, kerajaan Melaka berundur ke Pagoh, zapin datang dari negara Arab, siap ada zikir, salawat dsbnya. Kemudian, pemulaan dari kelahiran, bercukur jambul, adat berkhatan...Semua diserikan dengan gerak tari zapin yang memukau. Selepas tu, perjalanan persembahan diteruskan dengan alam remaja, dewasa, perkahwinan, meminang, kahwin dan seterusnya pergi berjuang.

4. Selepas bahagian 1, seterusnya pertunjukan diteruskan dengan adegan dalam istana, kemudian dimasukkan tarian cina dan india (1Malaysia). Kemudian, muncul Dato' Rahim Razali bersajak menasihatkan generasi muda. Zapin diteruskan dengan lagu mentera semerah padi, menunjukkan kemodenan negeri Johor. Adalah lagu pasal Kota Iskandar dan medley muzik2 rancak dan diserikan macam2 zapin, adalah dalam lebih sepuluh (10) minit kot, penari2 ini berzapin ala2 kontemporari dan macam remix, memang rancak. Seronok melihat aksi dan kelincahan mereka. Sebagai ancore, semua penari berkumpul di pentas IB yang bertingkat tu, bertari zapin diiringi dengan zapin budi, memang meriah, warna warni pentas tu. Lepas tu, semua penonton dijemput berzapin atas pentas tu.

5. Kesimpulannya, memang puas menonton Gema Zafana 2009. Rasanya, ini pementasan terakhir yang aku pi layan kat I.B. ni dalam 2009, yang mana tahun ini banyak kali aku ke I.B. Bersedia untuk tahun 2010 yang lebih menarik dengan pelbagai pementasan yang lain.








Pangkor (dan Lumut), 18 - 20 Disember 2009

Tarikh: 18 - 20 Dec 2009

Sempena cuti yang ada, aku meluangkan masa dengan cuti2 1Malaysia ke Lumut-Pangkor.

Seperti biasa, aktviti utama adalah mandi laut di Teluk Nipah, Pulau Pangkor dan jalan2 sekitar Lumut, menikmati udara petang di Teluk Batik.


LIMA 2009

5 Disember 2009

Awana Porto Malai / Langkawi Airport

----------------------------------------------

Kali ini, berkesempatan ke LIMA 2009. Tetap meriah, walaupun dibuat pada skala yang lebih kecil berbanding LIMA 2007. Tiada Red Arrows, tapi pertunjukan udara tetap menarik perhatian. Seksyen maritim juga meriah, terutamanya daya tarikan utama iaitu KD TAR, - kapal selam pertama Malaysia tu.

Suasana LIMA kali ini disekalikan dengan Karnival pelancongan, yang turut memeriahkan keadaan. Di samping menyaksikan demonstrasi yang ada sepanjang LIMA, pengunjung boleh mendapatkan maklumat mengenai pelancongan Malaysia.

Cuaca panas tidak menghalang rakyat Malaysia dan pelancong asing untuk terus memeriahkan LIMA 2009.

Sedikit gambar kenangan LIMA 2009 seperti berikut:

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1430H, 27 NOVEMBER 2009

maaf zahir dan batin

Ikhlas,

GME

FRIM

Rasanya dah lama tidak bersiaran di dalam Blog ini.

Nak buat macam mana, hujung-hujung tahun ini sibuk dengan komitmen tugas2 2009 yang perlu dihabiskan.

Hujung minggu lalu, aku berkesempatan ke FRIM. Niat asal ke sana, saje nak naik Canopy Walkway dan mandi air terjun kat situ.

Kali terakhir aku ke FRIM ni adalah masa tingkatan 4 dahulu, maka sudah lama aku tidak ke sini.

Sebenarnya suasana di FRIM ni memang mendamaikan, hijiau pokok-pokok yang merimbun, sejuk mata memandang.

Dengan 3 orang rakan UKM, aku hari tu tanpa perancangan rapi, kami semua redah je ke FRIM tu dan mendaki hutan tu sampai ke Canopy tu. He he. Sampai je kat atas tu, rupanya jambatan tu tutup jam 2.30 petang. maka kami cuma jalan2 hilangkan penat trekking sampai ke atas ini sahaje. BTW, dapatlah beriadah seketika.

Lepas tu, turun semula dari Canopy tu pergi ke kawasan mandi manda tu. Sampai di situ lak. Hujan. Alamak. Tak dapatlah merasa mandi kat situ.

Apa lagi lepas berehat seketika, kami pulang semula ke Bangi.

Kiranya, dapat juga menenangkan fikiran dengan FRIM pada hujung minggu lalu. Yelah setiap hari hidup aku ni penuh dengan ketensenan je kan, sekali sekala masuk hutan, kiranya ok jugalah.

*Adios*

Melaka lagi

6 - 8 November 09.

Hujung minggu ini bersiaran dr Mahkota Hotel Melaka.

Bosannye.

Cuci The Musical (again)

October 27th, 8.30 pm, Istana Budaya.


Malam tadi ke Istana Budaya lagi. Menyaksikan Cuci the Musical sekali lagi. Pementasan malam tadi masih lagi seperti pementasan terdahulu, mantap, bertenaga dan sebagainya. Satu kekurangan yang aku nampak (walhal aku ni bukan pecinta seni budaya atau sastera sangat pun) adalah peralihan antara lagu dan tarian yang kadang-kadang tak sesuai. Kelihatan juga penari yang over excited. Mungkin sebab malam tadi aku duduk betul2 di barisan pertama, kedudukan tengah lagi.
Maka, dapat tengok semua kelibat pelakon + penari yang beberapa kali betul2 berada dekat dengan kami. He he. Apa-apa pun tak rugi menyaksikan teater ini sekali lagi. Beberapa gambar kenangan malam tadi.

































CUCI The Musical

25 Okt. 09, 3pm

Hari ini aku ke Istana Budaya lagi. Kali ini, tgk CUCI the Musical lak. Sedikit ulasan aku terhadap teater ini:


- jalan cerita diadaptasi dr filem Cuci
- lakonan mantap group cuci, aflin, ac, awie, haans, vee, adibah noor,
- tarian bertenaga
- vokal mantap, esp: adibah
- rekaan set yg menarik, siap ada real gondola tengah2 stage.

Tak rugi bayar untuk menonton muzikal ini.


p/s: I will put Natrah, Cicakman The Musical and Gema Zafana for my 'must see' list in November and December. I am also thinking of going to watch Cuci again, like what i did for Gamat early this month.

A Famosa Resort, Melaka

23 - 25 Oct

Berada di sini utk bengkel. Rasanya ini kali ke-4 aku ke sini pada tahun ni. What a boring life !

Rehat seketika

Rasa seperti sudah lama tidak mencoret dalam blog aku ini.
Sebenarnya tidak ada bahan nak dikongsikan bersama. Di samping itu, kebelakangan ini jadual kerja aku yang tidak menentu yang sentiasa penuh dengan tekanan sana sini.
Seharusnya aku menghadiri terapi tekanan. He he.

Sambil-sambil itu juga, aku sedang memikirkan aktiviti berikutnya bagi mengatasi tekanan mental yang aku alami ini.....