Ada Apa Di Tasik Chini ?

Kesempatan berada selama 24 jam di Kuantan pada 24 Januari lalu telah aku isi dengan mengunjungi tasik air tawar yang bernama Tasik Chini.
(Maklumat lanjut mengenai Tasik Chini:

http://www.pahangtourism.com.my/tropical/attractions/lakechini.html)


Ada apa di Tasik Chini? Aku pun tak tahu macam mana aku terdorong untuk pergi ke Tasik ini. Bermacam cerita yang kita dengar mengenai tasik ini termasuklah lagenda naga Tasik chini. Dan kebelakangan ini media ada melaporkan bahawa tasik chini telah mati dan tidak se-gah dahulu. Aku mengenali tasik chini ni ketika belajar Geografi masa sekolah dulu, yang diakui pada masa itu, tasik ini sungguh cantik dan bermacam2 flora dan fauna termasuk lah bunga teratai yang berselerak di sekitar tasik itu. Tapi kali ini, kunjungan pertama aku ke tasik ini sementara ianya belum lupus, menyatakan sebaliknya, iaitu mengiyakan laporan2 yang kita baca di dalam media.


Tapi memang tasik ini berpotensi untuk dipulihkan (ntah ye ke tidak?),. Walau bagaimanapun, setelah menempuh perjalanan hampir 1 jam setengah dari Kuantan, aku tidak membuang masa dan menyewa bot yang ada kat tasik tu, untuk meninjau dan menikmati panorama yang ada di tasik chini ini. Ha, aha. Selama sejam lebih sempatlah aku berpusing2 sekitar 12 tasik yang membentuk tasik chini. Tiada teratai, bak kata pemandu bot yang aku naiki tu, teratai dah habis dirempuh banjir hari tu, dan mungkin bulan 6 atau 7 , ianya kembali ada. Tapi menurut beliau, teratai di sini tidak semeriah dulu. Mungkin banyak yang layu di tasik chini kot.


Sambil meninjau sekitar tasik tu, sempatlah jugak pakcik tu bercerita mengenai naga tasik chini tu, orang-orang kat tasik ni selalu terserempak dengan imej naga tu ketika lepas hujan atau rebut petir, aku sekadar mendengar je, malas nak bertanya lebih2. haha. Yang pasti suasana di tengah2 tasik tu, memang agak tenang, airnya takde lah jernih sangat. Haha.

Lepas pusing2 tasik, aku dibawa melihat ke sekitar kawasan orang asli di sekitar tasik ni. Orang asli kat sini dari suku jakun. Lepas pusing2 dan bergambar kat sekitar tasik ni, maka aku pun pulang semula ke Kuantan. Maka, itulah yang aku dapat di Tasik Chini, heheh, “Oh, itu rupaya tasik chini,”.


Harap2 kunjungan aku ke sini di masa akan datang bakal menjanjikan panorama yang lebih menarik dan berseri-seri. Kembalikan seri Tasik Chini……