Selain ke Tasik Chini, kesempatan aku ZoOM Malaysia: Kuantan pada 24 Januari lalu diisi dengan melawati salah satu lagi destinasi yang aku teringin nak menjejakkan kaki, iaitu Sungai Lembing. [aku tak tahu lah orang lain macam mana kan]. Yang pasti aku kenal nama Sungai Lembing ini juga melalui mata pelajaran Geografi (mata pelajaran kegemaran aku) masa sekolah dulu. hahaha.
Seperti yang kita sedia maklum bahawa Sungai Lembing ini terkenal dengan perlombongan bijih timah. Di sini bijih timah dilombong melalui terowong bawah tanah. Kesempatan berada di sini diluangkan dengan melihat tinggalan lombong, melawat muzium (yang bercerita mengenai kegemilangan sungai lembing) dan melawat kawasan sekitar yang mempunyai kedudukan geografi yang menarik, panorama yang mengasyikkan. Pekan sungai lembing yang macam pekai koboi, tapi memang menarik, kawasannya berbukit, kemudian landskap diserikan dengan sungai mengalir mengikut rentaknya sendiri.
Sedikit fakta mengenai Sungai Lembing, yang aku petik dari 'pamplet' yang diperoleh ketika berada di Muzium Sungai Lembing.
- Sungai Lembing pernah menjadi sebuah bandar yang terkaya dan pengeluar utama bijih timah di Pahang.
- Bandar ini diibaratkan El-Dorado Timur bagi negeri-negeri Tanah Melayu kerana di sinilah letaknya sebuah 'perkampungan' masyarakat Inggeris iaitu di lembah Sungai Kenau.
- Sejarah perlombongan bijih timah di sini dipercayai bermula dari zaman pra-sejarah lagi dan ianya pernah diusahakan secara insentif oleh Pahang Consolidated Company Limited' dari 1906 sehingga zaman kejatuhannya pada 1986.
- Lombong di sungai lembing pernah diiktiraf sebagai antara lombong bawah tanah terbesar di dunia.
- Terowong terdalam kat sini adalah Myah, 700 meter ke bawah dasar bumi.
- Panjang keseluruhan terowong di sekitar sungai llembing adalah hampir 322 km.
(Itulah serba sedikit fakta mengenai sungai lembing).
Ketika di sini, sempatlah jugak aku bergambar2 dan melihat muka-muka lombong yang tinggal. Kiranya kawasan ni memang kompleks perlombongan yang betul2 terancang. Terowong yang tinggal sekarang dah tak selamat untuk diterokai / dilawati kerana telah lama ditinggalkan dan tanah runtuh sering berlaku. Aku tak tahulah kalau2 ada yang betul2 berani nak mencari 'harta' dalam terowong tu. haha.
Itulah serba sedikit nostalgia Sungai Lembing.
p/s: kalau berkesempatan, sila lah ke sini, ianya lebih kurang 42 km dari Kuantan.
(macam buat promosi je aku ni, hahah, mmmm, teringin nk tengok Kapal Korek lah pulak...)