Sabtu (17 Januari 2009):
Memandangkan hujung minggu ini, aku tidak perlu terbang jauh, maka, kesempatan berhujung minggu kali ini diisi dengan aktiviti jalan-jalan di Colmar Tropicale. Perjalanan kali ini disertai oleh diriku dan 3 orang kawan. Colmar Tropicale terletak di Bukit Tinggi, Pahang (sekarang kawasan resort ini dinamakan Berjaya Hills ) Ianya lebih kurang 45 minit berkereta dari K.L. Colmar Tropicale ini bertemakan perkampungan Perancis. Resort ini mengambil replikasi daripada perkampungan Colmar di Alsace, Perancis. (http://wikitravel.org/en/Colmar).
Suasana di resort ni memang ceria dengan permandangan bangunan dengan ala-ala Eropah tu. Mungkin biasa je kot. Takpe, nanti bila sampai ke ‘real’ Colmar, baru aku boleh bandingkan. Yang pasti suasana di Colmar ni memang dingin dan tenang. Apabila sampai (setelah menaiki jalan yg berliku-liku, untuk sampai ke puncak), kelihatan lah ada ramai gak orang di resort ni, almaklumlah hujung minggu.
Sebenarnya, nampak cam tak banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan di Colmar ni melainkan bergambar, bergambar dan bergambar lagi. Kawasan dia memang macam kampung kecil. Makanan kat sini memang mahal, jadi lebih bawa makanan siap-siap dan makan dengan kawan-kawan dekat dalam kereta. Oh ya, tiket nak masuk Colmar ni adalah sebanyak RM10. Selepas puas bergambar kami menaiki bas khas untuk mendaki bukit, menuju ke Taman Botani dan Taman Jepun (di dalam hutan tropika).
Taman Jepun ni memang cantik, susun atur dia memang menarik dan mendamaikan. Go green. Dalam taman ini, suasana kehijauan tumbuhan, pokok-pokok begitu mendamaikan. Penat bergambar sana sini, kami meneruskan perjelajahan Go Green – ala-ala environmentalist ke Taman Botani (yang terletak berdekatan dengan Taman Jepun ni).
Dalam Taman Botani ni, banyak spesies tumbuhan ditanam. Pokok Umbrella, Tapak Gajah, Bintangor dan sebagainya. Banyak boleh belajar dalam Taman ni. Pelbagai jenis tumbuhan boleh dilihat/diteliti dan macam-macam lagi.
Dari Taman Botani- kami kembali semula ke Colmar untuk bergambar sesi petang pula. Ha, ha. Lepas bergambar di situ, kami meneruskan perjalanan ke Rabbit Park (terletak di luar pintu masuk Colmar). Kat taman ni, banyak lah juga arnab nya yang boleh di pegang-pegang dan seterusnya boleh posing dengan arnab ni.
Selepas hampir 5 jam di Colmar, Berjaya Hills ni, kami pun pulang.
Maka, tamatlah aktiviti ZoOM Malaysia pada kali ini.
Semoga bertemu lagi.