IMBASAN: Separuh Tahun Pertama 2009

Sekejap je masa berlalu, sudah separuh tahun 2009 telah dilalui. Berikut adalah 'highlights' terhadap apa yang aku lalui untuk tempoh 6 bulan yang lalu:.....

Keluarga :

Syukur kepada Allah - Tuhan Sekalian Alam - kerana menganugerahkan rezeki kesihatandankesejahteraan kepada diri ku dan keluarga. Sememangnya keluarga dan kesihatanadalah nikmat yang tidak terhingga dan aku sempat beberapa kali pulang ke kampung bertemu keluarga tercinta.

Kerjaya : Perjalanan kerjaya ku masih lagi panjang. Masih banyak onak dan duri. Sepanjang 6 bulan pertama, memang membosankan dan what to do, kerja harus dilaksanakan. Menyaksikan terlalu banyak "ups and downs" kat ofis ni. hu hu.

Persahabatan : Ada juga jumpa kawan-kawan baru dan lama. Namun, tak sempat nak jumpa semua orang lantaran kesibukan tugas dan komitmen lain., Cinta? - aku masih mencari cinta. hahaha.

Perjalanan : Dalam 6 bulan pertama, aku sempat menjelajah (secara rasmi dan tidak rasmi) ke Beijing, RRC, Sana'a, Republik Yemen, Cairo, Egypt, Jeddah, KSA dan pengalaman paling tak dapat dilupakan adalah menunaikan umrah di Mekah. Dan untuk 6 bulan mendatang, terdapat beberapa agenda utama yang akan harus aku laksanakan. Selain itu, aku juga banyak buat Zoom Malaysia (rasmi atau x rasmi) untuk 6 bulan pertama 2009. Sempatlah menjengah tempat-temat menarik di Malaysia seperti: Tasik Chini, Bukit Tinggi, Kuantan, Langkawi, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Pulau Kapas, Lumut dan sebagainya.


Banyak lagi nak aku tulis, tapi aku dah takde idea. Hu hu.

The Mines Wonderland


Malam tadi lepas makan malam kt Mines tu, saje je aku luangkan masa masuk dalam Mines Wonderland tu. Tapi taman tu takde lah wonder sangat. hahaa.

Terus aku jalan2 sekitar taman tu. Takde apa yang menarik dalam taman yang betul2 tepi highway ini. Kesian tengok binatang-binatang dalam sangkar kt sini.

Lepas tu, aku habiskan masa pergi tgk pertunjukan air-3D bercahaya tu. Tak ramai pun penontonnya, ada dalam 10 orang je termasuk aku. haha.

Apa-apa pun, oklah juga luangkan masa menonton pertunjukan air tu.

The Shrimpz, Langkawi


Saje nak menikmati seafood kt restoran ini.
Restoran ini sungguh unik kerana terletak di dalam kawasan ternakan udang.
Seafood kat sini memang segar bugar.
Satu yang menarik minat aku untuk makan kat sini adalah suasana restoran ala-ala kampung di mana tempat makan di bawah pondok yang diberi nama mengikut nama pekan di Langkawi.

Selain makan, tetamu yg datang boleh beriadah memancing ikan, udang. Menunggang kuda dan pusing-pusing kolam ternakan udang.

Maklumat lanjut mengenai The Shrimpz di: http://shrimpz.blogspot.com/

Kelapa bercabang dua...


Semalam semasa sedang memandu ke Jetty Point kt Kuah, aku sempat melihat sebatang pokok kelapa bercabang dua. Yang menariknya pokok kelapa berkenaan berbuah di kedua-dua cabang.



Buffalo Farm @ Langkawi




Bosan mandi laut dan jalan2 di pantai, pagi ini aku buat keputusan untuk menjejaki di mana letaknya Buffalo Farm di langkawi ini.

Memang jalan nk sampai ke farm ini memeningkan (bagi org yang bukan tinggal di langkawi). Dahlah jalan nk sampai ke sini amatlah sempit. Jenuh aku memandu di jalan yang sempit dan mencabar utk sampai ke sini.

Wah, kawasan farm ini terletak di Nyior Cabang di tengah langkawi ini. Kat farm ini terdapat kerbau-kerbau dari baka-baka import yang diternak untuk susu kerbau. Di sini, boleh lah tengok bagaimana susu kerbau diperoleh di samping dapat tgk bagaimana produk-produk berasakan susu kerbau dibuat. Ada dadih, keju mozarela (wow,aku baru tahu rupanya cheese kt Itali tu banyak guna susu kerbau). Secara keseluruhannya farm ini ala2 berada di lembah. Suasana tenang dan mendamaikan.


Bagus juga ada farm sebegini kerana pada suatu masa mungkin generasi akan datang tak pernah lihat kerbau secara dekat (betul ke? bukan dekat kampung ada banyak kerbau ke?) hahaha.

Sesiapa yang berkesempatan berada di langkawi, boleh lah berkunjung ke Buffalo Farm ini.

Kilim Geoforest Park, Langkawi




Hari ini aku berjaya sampai ke Kilim Geoforest Park ini.
Wah, suasana di sini memang memukau (bagi yg cintakan akan sekitar).
Penjelajahan Kilim dimulakan dengan menyusuri sungai Kilim sambil menikmati panorama menari hutan paya bakau. Kemudian, aku dibawa ke Gua Kelawar (Bat Cave), gua ini merupakan gua batu kapur dan banyak kelawar di dalam nya.

Seterusnya, bot yang dinaiki singgah di fish farm. Bolehlah melihat ikan2 berenang di sini. Oh ya, kat sini banyak kapal layar yang singgah (ada yang lebih bertahun berlabuh di area sungai ini, mungkin pemiliknya nk jimat sewa dan tidak menyewa di marina tersedia). Dari kawasan fish farm, bot terus meyusuri kawasan tempat pengambaran Anna and The King suatu ketika dulu.

Derstinasi berikutnya adalah menyusuri sungai ke muara di samping melihat monyet2 di sekitar hutan bakau. Gua berikutnya adalah gua buaya. Gua ini boleh disusuri (macam terowong) terutamanya ketika air surut. Selepas itu, bot membawa aku (dan rakan se-bot yang lain) menyaksikan helang-helang di langkawi mencari makanan.

Dari situ, bot terus menuju ke laut lepas, Laut Andaman, kelihatan Tanjung Rhu di suatu sudut. Kelihatan juga Gorila's Peak - iaitu bukit yang kelihatan muka gorila apabila tgk dari jauh. Keadaan laut sekitar tanjung rhu ini sungguh indah dan mendamaikan. Sambil-sambil itu, boleh menyaksikan struktur batu-batan yang tuanya dari zaman cambrian. Dari sini juga, kelihatan daratan selatan Thailand.

Setelah puas berlegar-legar di laut lepas, bot kembali semula menyusuri sungai kilim dan terus berlabuh di restoran terapung dekat fish farm itu. Wah, sungguh menyeronokkan dapat menikmati hidangan ikan bakar yang segar di atas restoran terapung ini.

Selepas itu, bot kembali semula ke jeti kilim.

Sekiranya berkelapangan, aku (atau anda semua) boleh lah datang ke Kilim Geoforest Park ini lagi di masa akan datang.

Maklumat lanjut mengenai Kilim Geoforest Park:
http://www.forestexplorers.com/msia/kedah/langkawigeopark/

Di samping itu juga, anda semua boleh dapatkan maklumat mengenai Karst di:
http://en.wikipedia.org/wiki/Karst_topography

Transformers @ Langkawi Cineplex


Tak pernah aku buat sebelum ini, iaitu tengok wayang kt Langkawi.
Kebetulan semua orang tengah sibuk dengan citer Transformers: Revenge of The Fallen, maka, aku mencari kesempatan masa terluang dengan menonton citer ni kat Langkawi Parade.

Oklah juga cinema kat sini, walaupun tak setaraf GSC atau TGV. Yang pasti malam td wayang almost 100% full,. Meriah. Ramai budak2 dtg tgk jugak.


Esok, aku akan ke Kilim Geoforest Park. Dari dulu, teringin nk ke sana.

Langkawi dan Langkawi lagi

Dalam tempoh seminggu, ini kali ke-2 aku berada di Langkawi.
Aku dijadualkan berada di sini sehingga 28 Jun. Harap-harap selain tugas rasmi, aku dapat meluangkan masa untuk melaksanakan aktiviti Zoom Langkawi.

>>>end

Berjaya Langkawi

19 - 21 Jun 2009
----------------

Dah beberapa kali ke Langkawi, ini kali pertama aku ke Berjaya Resorts Langkawi ini.
Tapi seperti biasa, kalau datang on duty ke LGK ni, mesti tak sempat nk mandi laut. hu hu.

Berjaya resorts ini memang menarik, ada hutan dan pantai di suatu kawasan.
Chalets dia pun menarik juga. Aku suka landskap sekitar resorts ni. Sungguh kemas dan mesra alam sekitar. Ala-ala hijau gitu. Haha.

Kali ini, sekejap je aku di LGK ni, tak sempat ke mana-mana, melainkan ikut delegasi ke Oriental Village dan shopping di sekitar Kuah.


Bye langkawi, Rabu ni aku akan ke LGK lagi..





Langkawi >>>>>>>

Baru habis tugas di KLCC. Hari ini aku bergegas ke Langkawi untuk satu lagi tugas rasmi. Hu hu.

@ KLCC

Kesibukan tugas kembali seperti biasa. Kali ini, bertempat di K.L.convention centre sampai 19 jun. Berkampumg lah aku kat Impiana KLCC. Itulah aktiviti aku sepanjang minggu ini.

Melaka dan Famosa Resort

Dalam kesibukan tugas, aku sempat juga meluangkan masa untuk pergi ke Melaka. Antara aktiviti utama kali ini adalah makan ikan bakar di Umbai, mandi manda di water world,Famosa Resort. Di samping tu, sempat juga menikmati malam di Cowboy Town sambil menyaksikan carnival dan perarakan animal dalam karnival tersebut. Sungguh meriah. Kebetulan ada penggambaran hits1, dapatlah tgk si haiza tu berdangdut.




Jalan-Jalan Hari Terakhir di Terengganu

Aku merasakan kepulangan aku ke Terengganu kali ini sungguh padat jadualnya.

Terlalu banyak perkara yang aku sempat menikmati di negeriku sendiri.

Bandaraya Kuala Terengganu sudah banyak berubah.

Malam tadi aku sempat keluar minum2 di Gerai Air Buah Pior (pure) yang terdapat di Seberang takir tu. Ramai juga lah orang kat Gerai ini. Memang meriah, sambil menikmati air buah dengan harga yang amat murah. He he.

Di samping itu, kesempatan juga diluangkan untuk merayau sekitar Taman Syahbandar. Wah, ada FunFare kat Terengganu ni. Patutlah ramai sangat orang, tambahan pula musim cuti sekolah.


Malam kian larut, aku mula bertolak pulang ke K.L. Selamat tinggal Terengganu. Mungkin di masa akan datang aku akan terus lebih kerap untuk menikmati negeri cantik, budaya menarik ini.

Terengganu darul Iman.

Empangan Kenyir


Salah satu destinasi yang dekat dengan kampungku dan amat jarang aku berkesempatan ke sini adalah Empangan Kenyir.

Depan pintu masuk empangan ini, terdapatnya air terjun (yang menjadi tumpuan remaja dan orang ramai kiranya ke stesen janakuasa elektrik di sini).

Kesempatan kali ini, aku menikmati sambil mandi manda di air terjun di sini. Walaupun tidak segah air terjun di Sekayu, air terjun di sini boleh lah juga untuk dimandi.

Setelah bertahun juga tidak ke mari, peluang tidak dilepaskan untuk menikmati permandangan Tasik Kenyir daripada puncak empangan. MMMM, menarik sungguh suasana di sini...

Air Terjun Sekayu, Terengganu

Rasanya sudah bertahun-tahun aku tidak singgah ke Air Terjun Sekayu ini.

Jaraknya lebih kurang 15km dari Kuala Berang.

Kali ini semasa aku datang ke sini, kelihatan sungguh ramai sekali manusia, almaklumlah musim cuti sekolah.

Keadaan di sini masih lagi sama (terdapat sedikit perubahan) seperti mana kali terakhir aku datang ke sini kira-kira 10 tahun yang lalu.

Kesempatan diambil untuk mandi manda sambil layan keletah anak-anak buah aku yang begitu girang bermain air.

Kat area hutan lipur ini sudah ada resort. Tidak jauh (depan pintu masuk), terdapatnya taman pertanian Terengganu, yg wajar juga disinggah sekiranya berkesempatan di sini....

Lagi Di Terengganu

Aku umpama pelancong di negeri ku sendiri.

Buat pertama kalinya aku berkesempatan ke Masjid Terapung di Kuala Ibai ini. Memang dah lain kawasan ini, dulu selalu tengok dari jalan raya sahaja apabila pulang ke Kuala Terengganu.
Wah, suasana area masjid ni sungguh meriah, siap ada tempat makan dan gerai cenderamata.
(Ke, aku yg blurr kerana tak pernah sampai di sini, hahaha).

Tapi memang seronok bila dapat melihat macam2 ragam di sini.


Apa lagi yang menarik di Terengganu ketika ini,??? Terengganu ada tarikan baru??? Nampaknya dalam tempoh beberapa hari ini, negeriku agak panas dengan tarikan terbaru iaitu runtuhan bumbung stadium itu. Aku berkesempatan untuk melihat dengan lebih dekat kesan bumbung itu. Wah, nampaknya ramai jugak orang melepak dan bersiar-siar di sekitar kawasan stadium tersebut. Ramai juga yang mengabadikan kenangan dengan bergambar di sini. Termasuklah aku. hehehe.

Harap2 isu ini dapat diselesaikan oleh pihak berwajib.


Lagi di Terengganu, kesempatan juga diisi dengan menyusur sisir pantai Teluk Ketapang dekat dengan lapangan terbang tu. Wah, banyak nya perubahan kat sini, ianya menjadi tempat orang ramai bersiar-siar sambil menyedut udara pantai. He he.



Terengganu, negeri cantik budaya menarik........................

Taman Tamadun Islam, Terengganu

Kesempatan menghadiri majlis perkahwinan kawan aku di Pusat Konvensyen TTI, Pulau Wan Man, Losong, Terengganu diisi dengan mengunjungi Taman Monumen di TTI ni. Banyak yang diperkatakan mengenai TTI, Masjid Kristal dan Taman Monumen yg ada di TTI ini. Kiranya kali ini baru aku dapat menjelajah taman yang terdapat di TTI ini.

Bersempena dengan cuti sekolah, TTI ini meamang agak meriah, tambahan pula cuaca begitu cerah pada hari ini.

Sepanjang berada di Taman Monumen ni, sempatlah bersiar-siar (dalam cuaca panas) sambil melihat replika2 monumen yang menarik seperti berikut:

(1) Masjid Negara, Malaysia
(2) Kudus Minar, Indonesia
(3) Pattani Central Mosque, Thailand
(4) Sultan Omar Ali Saifudding, Brunei
(5) Taj Mahal, India
(6) Badshashi Mosque, Lahore, Pakistan
(7) Kubah As-Sakhrah, Palestin
(8) Great Mosque of Samarra, Iraq
(9) Sheikh Lutfallah Mosque, Iran
(10) Abu Nasr Parsa, Afganistan
(11) Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia
(12) Aleppo Citadel, Syria
(13) Mosque of Mohamed Ali, Egypt
(14) Nabawi Mosque, Madinah, Saudi Arabia
(15) Suleyman Mosque, Turki
(16) Great Mosque of Qairawan, Tunisia
(17) The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain
(18) Kalyan Minaret, Uzbekistan
(19) Great Mosque of Agadez, Niger
(20) Kul Sharif Mosque, Kazan, Rusia
(21) Xian Mosque, China.

Kiranya, Taman Monumen ini salah satu produk pelancongan yg menarik untuk dilawati bila berada di Terengganu ini., Banyak aktivit boleh dilakukan bila berada di TTI, antaranya paddle boat, berbasikal, bertram, buggy, membeli cenderamata, makan2 di gerai dan restauran, melawat galeri interaktif, berposing area masjid kristal, river cruise dan sebagainya.

Jom, melancong ke Terengganu. Negeri cantik, budaya menarik.
Zoom, terlalu banyak untuk diexplorasi, Zoom Malaysia.


[macam promo pelancongan lah pulak entri kali ini.]. (he he)....

Balik Kampung....

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba

Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung oh oh...Hati girang
Ho ho... Balik kampung
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

* Sudah lama aku tidak pulang ke kampung halaman tercinta di bumi Terengganu. Kepulangan aku ke kampung kali ini amat aku nantikan, maklumlah dah berbulan tak berjumpa dengan keluarga tercinta. Yang pasti kali ini banyak aktiviti yang akan aku lakukan di kampung...........
Hatiku di kampung.............................


(best nya dapat lupakan seketika segal beban tugas di Putrajaya itu)

Aku Kembali


Rasanya dah agak lama blog ini terbiar.

Maklumlah kebelakangan ini amat sibuk dengan komitmen kerja.

Sedar tak sedar, rupaya dah masuk bulan Jun dah. Hari ini 2 Jun 2009, aku berkesempatan untuk memberikan briefing kepada kawan baik daripada grup aku yang akan berlepas ke AMS pada 3 Jun 2009. Sambil-sambil tu sempat juga lah makan-makan serta bergosip di Alamaanda ni (cam tak de tempat lain kan kat Putrajaya ni, nak buat camne kan.)

Malam, aku berkesempatan untuk ke KLCC. Dah berbulan tak turun ke KLCC ni.
Meriah juga di KLCC malam2 pada hari bekerja ni, tambahan pula cuti sekolah.
Wah, ada LEGO lah kat KLCC, so sempat juga lah aku meninjau LEGO di tengah2 concourse area KLCC ni. Nak shopping? mmm, kewangan tidak mengizinkan, maka, aku hanya windows shopping je.