5 April 2009, aku bersama rakan sepejabat sempat pergi menonton F1 di Sepang. Edisi ke-11 F1 kali ini sungguh bermakna buat aku kerana dapat berada di GrandStand, (a very big thank your for our sponsor, haha).
Setelah bertahun F1, edisi kali ini dimulakan agak lewat, iaitu jam 5.00 petang. Seperti diduga, hujan sebelum perlumbaan dan semasa perlumbaan. Yang tak syoknya, perlumbaan terpaksa ditamatkan awal kerana hujan begitu lebat. Yang pasti aku puas kerana dapat berada di grandstand sambil mendengar dan menghayati deruman enjin jentera F1 yang sungguh 'mencemarkan bunyi' tu. Tapi best.
Akhirnya, aku merasakan kunjungan aku untuk menikmati perlumbaan F1 kali ini sungguh bermakna. Semoga bertemu di lain edisi F1.