Tarikh : 25 - 26 April 2009
Lokasi : Pangkalan TDLM Lumut.
Aku pernah ke Pangkalan TLDM ini suatu ketika dulu. Tapi masa itu tiada acara yang meriah dijalankan. Dahulu juga, aku ke sana kerana berjumpa dengan kawan lama. Yelah bukan selalu peluang dapat masuk kem tenteran kan.
Kali ini atas saranan kawan baik, aku bersama teman-teman ex-UKM berkunjung ke Pangkalan TLDM ini untuk menghayati dan membuat eksplorasi terhadap KD-KD yang dipamerkan. Di samping itu, acara tahun ini lebih meriah kerana tahun ini merupakan ulang tahun ke 75 TLDM. Siap ada karnival Pertanian dan JomHeboh lagi (tak tahulah , ramai yang datang nk ke JomHeboh, yang pasti aku datang ke sini nak jalan2 dan membuat tinjauan terhadap kapal2 yang ada.
Sebenarnya dengan adanya peluang sebegini, rakyat dapat melihat dengan lebih dekat aset2 pertahanan negara yang dimiliki oleh TLDM ini. Di sini, kita dapat lah tengok bahawa inilah duit yang Kerajaan guna untuk menjaga keselamatan perairan negara kita.
Di samping itu, peluang ini juga untuk anak2 muda/belia/kanak-kanak melihat dengan lebih dekat mengenai profesion Navy, bukan sekadar sterotaip seperti mana dilihat dalam TV atau pun media. Bak kata slogan "Join Navy and See the World". Hehe.
Kiranya jenuh jugalah kami berjalan dari hotel penginapan di bandar Lumut tu Pangkalan TLDM tu, di bawah cuaca panas, ruang pameran nya terletak di Markas Armada. Ye lah, kalau bawa kereta, sudah tentu amatlah sukar mendapatkan parkir. Memang meriah acara-acara yang diserikan untuk Hari Armada TLDM 2009 ni. Antara aktiviti/pameran yang menarik perhatian adalah seperti berikut:
- Demontrasi menyelamatkan kapal dari rampasan di MV Setia Cekal yang bersauh di dalam Basin
- Pertunjukan bot laju (CB90 & RHIB)
- Pertunjukan penerjunan bebas oleh Persatuan Payung Terjun TLDM
- Perarakan Seperbike dan demontrasi Motosikal SIC
- Pertunjukan Bunga Api pada setiap malam
- Demonstrasi PASKAL SPECIAL Tuanku Sultan Selangor
- Pertunjukan Mass Assault oleh Markas UDARA
- Pertunjukan Precision Drill oleh PROTELA
- Pameran Kerjaya TLDM, pameran kerjaya, PASKAL, KD DUYUNG, PHN, RAJAWALI, OP FAJAR,
PELAYARAN KLD TUNAS SAMUDERA, Kumpulan Promosi Mini Gelombang Biru
:: Lawatan Ke Kapal-kapal TLDM
Ini adalah aktiviti yang paling aku berminat sepanjang berada di Pangkalan TLDM ini. Antara kapal Diraja (KD) yang sempat dijelajah adalah:
(i) KD Jerai (Mine-Counter Vessels);
(ii) KD Perdana (Fast Attack Craft);
(iii) KD Penyu;
(iv) KLD Tunas Samudera (Training Yacht);
(v) KD Lekir (Corvette);
(vi) KD Kinabalu (Mine-Counter Vessels);
(vii) KD Inderasakti (combat support ships) - yang berjaya menghalang serangan lanun di Teluk Aden tu);
(viii) KD Tun Abdul Jamil (Corvette);
(ix) KD Ledang (Mine-Counter Vessels;
(x) Fajar Samudera (Training Yacht) - takleh masuk pun hari tu, kerana dikhaskan utk krew JomHeboh
(ada lagi kot kapal nya, kerana rasanya seharian di dek-dek pelabuhan ni)
Maklumat lanjut mengenai kapal-kapal ini dan RMN boleh didapati di
http://en.wikipedia.org/wiki/Royal_Malaysian_Navy
http://www.navy.mil.my
Kiranya jenuh juga lah menapak dari satu kapal ke satu kapal yang lain, panjat tangga, turun tangga, bergambar sana, bergambar sini, tanya sana dan tanya sini, masuk kabin sana, masuk kabin sini. Mungkin di masa akan datang, umum dapat melihat dengan sendiri aset terbaru TLDM iaitu kapal selam jenis Scorpene, KD Tunku Abduk Rahman dan KD Tun Abdul Razak, mungkin di LIMA 2009 akan dipamerkan kepada umum kapal selama ini. Memang meriah suasana kat dek jeti TLDM hari ni. Selain daripada kapal-kapal ini, sempat lah juga tgk demonstrasi seperti mana tertera di perenggan sebelum ini. Memang wow, suatu acara yang sesuai untuk dikunjungi oleh semua orang.
Secara keseluruhannya, aktiviti sebegini adalah sesuatu yang bermanfaat di mana umum dapat mengenali dengan lebih dekat apa itu TLDM.
Rasanya semua yang aku nak tulis mengenai Hari Armada ini telah aku tulis.
Selebihnya, selain daripada menyaksikan KD-KD, pameran dan konsert yang ada, semestinya berjalan di pinggir pantai berdekatan adalah agenda sisi yang berkaitan.
Beberapa gambar kenangan yang dirakam sekitar Hari Armada TLDM 2009 seperti berikut.