Lumut : Bandar Tentera Laut, Pelancongan Dan Maritim

Lumut:

Telah lama tidak ke Lumut. Lumut sekarang sudah banyak berubah, keadaan nya lebih tersesun, kemas dan semakin cantik. Lumut ini terkenal dengan hentian untuk ke Pulau Pangkor.


Pada 24 April 2009, aku bersama 4 kawan baik berkesempatan mengunjungi Lumut ini. Lumut kini dikenali sebagai Bandar Tentera Laut, Pelancongan dan Maritim. Sesuai dengan Bandar ini yang memang terkenal dari dulu lagi sebagai Pangkalan TLDM tu sesuai dengan fungsi yang dimainkan oleh pekan kecil ini. Untuk pengetahuan semua, Pengkalan Tentera Laut Lumut, merupakan pusat operasi terbesar negara dan bolehlah dianggap base TLDM. (Ceritan mengenai Pengkalan TLDM ini akan dimasukkan dalam entry berikutnya).


Lumut kini boleh berbangga dengan Waterfront dan Terminal Jeti yang lebih baik dan bersih. Bandar ini tidaklah besar dan memang sesuai untuk dikunjungi bagi menghilangkan kesibukan dari kota. Secara umumnya, aku suka dengan bentuk geografi Bandar Lumut ini, ada bukit, muara sungai, laut dan persekitaran yang mendamaikan. Mungkin masa aku berada di sini pada hari ini, cuaca nya memanglah amat panas. Tapi memang menarik dapat menyaksikan matahari terbenam dari Lumut ini.


Oh yaa hampir aku terlupa dalam waktu yang sama juga TLDM akan meraikan Jubli Intan (sambutan 75 tahun) penubuhannya. Sebenarnya antara kedatangan utama aku ke Lumut kali ini adalah untuk menyaksikan aktiviti2 menarik sempena Hari Armada TLDM yang diadakan di Pangkalan TLDM tu. Secara tarikan, acara itu diserikan dengan JomHeboh, - namun aku lebih tertarik untuk menjelajah KD (Kapal Diraja) yang tersergam di Jeti TLDM tu.

Sambung di entry berikutnya.