Pulau Kapas, Terengganu

Hujung minggu datang lagi.

Kali ini, aku berkesempatan ke Pulau Kapas bersama kawan di Terengganu, sementara aku pulang ke Terengganu. Rasanya sudah lama aku tidak pulang ke Terengganu, menikmati nasi dagang, makan keropok lekor dan sebagainya. Nampaknya kali ini walaupun masa singkat aku berjaya merealisasikan hasrat aku untuk makan2 makanan kegemaran aku itu.

Pulau Kapas.


Sebetulnya, ini kali kedua aku ke pulau di Terengganu. Sebelum ini, pada tahun lepas aku pernah ke Pulau Perhentian. Kiranya, sesuai dengan hobi aku berenang2 di pantai, maka, kesempatan masa yang ada tidak dilepaskan untuk ke Pulau Kapas. Pulau Kapas adalah dekat je dari kuala terengganu, dan aku membuat keputusan untuk 'day tripper' ke sana. Menaiki bot laju selama 20 minit, maka sampailah aku ke pulau kapas setelah bertolak dari jeti Marang.

wah, Pulau kapas mungkin tidak semeriah atau sehebat pulau perhentian, namun, pulau kapas mempunyai tarikan nya tersendiri. Semasa aku sampai di pulau kapas, kiranya tak ramai orang pada hari ini. Setelah mendaftar masuk di Makcik Gemuk Resort (harga untuk harian amatlah berpatutan), aku mula menjelajah laut dan pantai sekitar pulau.


Bersama-sama dengan satu kumpulan pelajar, aku dan member join kumpulan tu pergi 'snorkeling'. Wah, coral kat pulau kapas ni boleh lah tahan, walaupun ianya tidak secantik di perhentian. Hampir berjam-jam 'snorkerling' aku meneruskan aktiviti mandi manda dan bercanda di pantai hingga terbakar seluruh kulit. ha ha.

Setelah puas di Pulau Kapas, aku kembali semua ke tanah besar untuk menjelajah kuala terengganu (setelah lama aku tak xplore). Memang sudah banyak perubahan. Terengganu Negeri Cantik Budaya Menarik.