Jalan-Jalan di One Utama

26 April 2009: Enroute to Bangi from Lumut-Teluk Intan-Rawang - K.l.

Rasanya dah lama jugalah aku tak ke One Utama ni. Mahunya setahun lebih. Kali ini sempatlah juga 'windows shopping' di sini. Secara jujurnya, One Utama ini bukan standard aku kot, kerana memang aku tak suka shopping di tempat yang mempunyai 'high end customers' ni. Ha ha. Takde lah, tapi sememangnya aku tak suka shopping di sini.

Apa yang menarik? Malam tadi semasa di One Utama ni, aku sempat menyaksikan Stay Tune to Fashion. Dapat lah tengok model-model buat Catwalk kat pentas peragaaan di tengah-tengah Concourse Area kat One Utama ini.
Dapat lah juga cuci mata yang penat sepanjang hujung minggu yang penuh dengan aktiviti ini.
Hu hu.

****************