Hari Air Sedunia 2009



Hari ini, (11 April 2009), aku berada di Miri, berkesempatan menghadiri majlis sambutan Hari Air Sedunia 2009 bertempat di Imperial Hotel, Miri. Seingat aku, kali terakhir aku sampai ke sini adalah pada tahun 2005, wah, nampaknya bandaraya Miri masih seperti dulu, tenang, no jam dan sebagainya.

Nampaknya sepanjang sehari bersama golongan profesional dan golongan biasa yang terlibat dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan Air ni kiranya dapatlah aku menambah ilmu dan di samping beramah mesra dengan orang-orang lain.

Nampaknya hari ini aku tak sempat xplore mana-mana lagi di Bandaraya Miri ni, lantaran kerana sibuk dengan aktiviti di Imperial ini. Mungkin esok sebelum aku pulang ke KUL, boleh lah aku Zoom seketika di Miri ini.