Amsterdam

Bertolak dari Paris Galieni malam td (17/8/09). Tiba di Stesen Amsterdam Amstel lebih kurang jam 6.00 pagi. Sejuk Gila.

Lepas selesai bersiap dan membersihkan diri, kami bergegas ke Amsterdam Centraal untuk menyimpan barang-barang dsbnya.

Wow, kali ke-3 aku ke Amsterdam, suasana dan kehidupan di sini masih meriah. Dari Amsterdam Centraal, melintasi canal dan terus ke jalan Damrak yang meriah tu. Ambil pakej Marken-Volendam + Windmills, ok lah harga dia utk 5 jam, 33 euro.

Sementara menunggu waktu berlepas, sempatlah merayau2 sekitar Damrak tu.

Bertolak ke Windmills, tu. Apa lagi bergambar sakanlah dengan kincir-kincir tu. Tgk demonstrasi buat keju, sambil sempat merasa.

Dari situ bertolak pula ke Volendam. Wow, dapatlah tgk permandangan negara Belanda yang terkenal dengan pertanian ini, dan jelas di bawah aras laut. Volendam ini bandar kecil tepi laut. Meriah bandarnya.

Sesudah itu, kami menaiki feri Marken Express utk ke Marken. Marken ini kampung nelayan pada masa dulu. sekarang dah jadi cam kampung utk perlancongan. Cantik. Rumah-rumah kat sini pun comel. Wow. Banyak pokok epal dan pokok pear di sekitar rumah-rumah kat sini. Geram aku tgk. Di marken, kami melihat demonstrasi buat kasut kayu yg menjadi ikon negara Belanda ini.

Seterusnya, bas kembali semula ke Amsterdam. Lepas tu, kami menghabiskan masa dengan berjalan kaki dan sempat menaiki tram, tanpa bayar tambang (not good eh) berjalan-jalan ke Volderpark, Rijkmuseum dan jalan2 daerah membeli belah di Amsterdam. Tidak lupa juga ke HRC di tepi Holland Casino tu.

Dari situ, kami juga patah balik ke area Damrak untuk ke Sex Museum dan Red Light District.

Puas merayau. Kembali ke Amsterdam Centraal untuk lagi satu perjalanan yang jauh iaitu menaiki keretapi City Night Line ke Prague.

# sambung di entri Prague pula....