Prague

Prague, 19 -20 Ogos 2009

Wow, what a journey! After almost 14 hours in train (with so many stops i.e. Berlin, Dresden, etc) we finally arrived in Prague.

Sungguh cantik Prague. Sama seperti dalam gambar. Dari Praha Nadrazi (train station), kami bergegas mencari hostel, berdasarkan peta dan bantuan seorang penduduk tempatan, tidak sukar mencari hostel Old Prague Hostel yang terletak di Old Town Prague ini.

Lepas bersiap dan mengemas barang2 di hostel tu, kami memulakan langkah ke Old Town Square. Menikmati permandangan di situ, melihat keunikan bangunan di kota ini. kat sini ada Astronomical Clock yang famous tu, Old Town Hall, Municipal House, dsbnya. semua bangunan2 ini sungguh cantik. Dari situ, kami terus melintasi lorong2 yang penuh dengan gerai2 cenderamata dbsnya. Singgah seketika di HRC.

Seterusnya adalah ke pinggir sungai Vltava, menikmati angin dingin yang bertiup sambil mata menghayati permandangan indah Prague Castle di seberang sungai. Dari situ, kami merayau di sekitar Charles Bridge, dan pusing-pusing sekitar Mala Strana.

Sesi petang diteruskan dengan menikmati keindahan kota prague di kawasan Wancelas Square yang penuh dengan deretan kedai, butik di kiri dan kanan square. kelihatan bangunan mUzeum Prague yang tersergam di permulaan Wancelas Square ini. Kelihatan juga Lucerna Palace yang menrarik. Muncha Museum dan Museum of Communism juga menarik rekabentuknya. Lupa nk tambah, kt Prague ni banyak orang Jewish , siap ada Jewish Quarter dsbnya.

Dr situ, kami kembali ke Charles Bridge untuk melintasi jambatan itu ke Prague Castle untuk menikmati permandangan yang sungguh menarik pada waktu malam. Puas bersiar-siar, sedar tak sedar hari sudah larut malam.

Masa kembali semula ke hostel dan bersiap utk penerbangan ke destinasi terakhir misi ini iaitu Rome.

#sambung semula di episod Rome.