11 - 12 Ogos 2009
Perjalanan dari KUL ke DXB menaiki Emirates. Tiba di DXB jam 10 malam. Penerbangan ke LHR adalah pada 12 Ogos. Bermakna, aku dn CH terpaksa transit hampir 14 jam di Dubai.
Tidur dan membuang masa di Airport.
Awal-awal pagi lagi, kami memulakan sesi explorasi Dubai (sementara menunggu penerbangan sambungan). Wow Dubai sungguh panas. Dengan menaiki bas 18 dirham untuk 10 perjalanan, kami meninggalkan DXB utk ke City Centre.
Destinasi pertama adalah melihat kawasan pencakar langit yg bercambah di Dubai. Cuaca amat panas dn berjerebu debu pasir. Jam 8 pagi dah macam 12 tengah hari. Sempat pusing2 dan menikmati permandangan bangunan tertinggi di dunia, Burj Dubai tu.
Dari situ, kami bergegas (dengan berjalan kaki, sabor jelah, berpeluh sakan) ke Burj Al-Arab, hotel 6 bintang yang masyhur di luar pinggir laut Dubai tu. Memang rekabentuk nya sungguh unik dan penuh keajaiban kejuruteraan. Dari situ, kami menunggu bas utk membawa kami semula ke City Centre.
Ingatkan nk pusing2 lagi, melawat Souq, dan kawasan-kawasan menarik lain di Dubai, tapi kekangan masa, Maka, kamu bergegas ke Airport untuk penerbangan ke London. Hu hu. Nampaknya lain kali boleh lah dtang lagi ke Dubai ini (ketika sejuk lah kot). Namun, sempat gak beli baju kt Dubai coz takde baju nk dipakai ke London (semuanya dalam luggage), dn baju sedia ada habis lencun dengan peluh. Ha ha.
Itu je citer mengenai Dubai. Sambung xpdc di episod London.