Terima Kasih Buat Teman-Teman

Saje buat entri ini sebagai menghargai kerjasama yang telah diberikan oleh teman-teman seperjalanan yang menjayakan misi Europe on Shoestring 2009, Big Trips On Small Budgets .

Sejak 4 tahun lalu, memang setiap tahun sekurang-kurangnya sekali aku ke Europe dan rasanya tahun ini merupakan antara yang paling best pernah aku lalui.

Memang selepas 2007, tahun ini merupakan antara paling lama aku berkelana. Tahun ini juga merupakan paling jauh (in KM telah dibuat).

Terima kasih sekali lagi kepada teman-teman yang sudi menjayakan misi ini. Memang tak sangka juga, perancangan yg agak saat-saat akhir berjaya dilaksanaka. Mungkin, di masa akan datang, misi-misi berikutnya dapat dilaksanakan.

Berikut adalah sedikit imbasan/intipati daripada perjalanan kali ini:

* tinggal di hostel yg beberapa meter dr malaysia hall kt london. tapi kitaorang tak gi makan or gi borak2 kt malaysia hall pun. cuma aku terserempak dengan org ofis (msd) kt depan malaysia hall tu, so, terpaksalah hulurkan salam.

* kami nyaris ketinggalan bas ke paris. lalu berlari umpama amazing race kt victoria coach station.sambil dikejar oleh orang iran yg sudi membantu mencari bus yg kononnya dah nk bertolak. org iran tu cuma nk kad travel je.mula2 cuak gak ingatkan dia nk apa kan. akhirnya tiba n setelkan semua urusan b4 naik bus 22.29. bus dijadualkan bertolak jam 22.30. tapi bertolak jam 11 lebih. selamat.

*percutian kali ini meliputi beberapa mode of transport, iaitu bus, feri, keretapi dan kapal terbang. termasuklah aku menjadi paparazi kepada seorang budak dalam feri dover - calais masa nk ke paris. haha, kelakar budak tu ala2 comel buat tarian padang pasir, sambil beberapa kali melintasi depan lensa kamera aku.

*bershopping di paris semestinya tidak mahal. hehe. teringat masa shopping Zara kt la defense kt paris tu. begitu juga kat primark kt manchester dsbnya.

*beberapa kota memang seperti dijangka iaitu seperti mana dalam gambar dan tidak juga seperti dalam gambar.

*beberapa hostel yg didiami kali ini memang beyond expectations, bfast siap hantar ke bilik.

*kali juga, aku mengalami pengalaman penerbangan + transit paling panjang (which is more interesting because of i am not alone). rome - milan - london - dubai - klia. giler lepas hampir 48 jam baru sampai kt klia. he he.

* memang beberapa destinasi tak sempat nk explore semua coz of RM n masa. i.e Disneyland Paris. tak per janji banyak yg ada dalam peta telah dilawati semua.

*rasa bangga coz jumpa org yg boleh n fasih berbahasa melayu kt suatu gerai di rome. begitu juga kt prague, ada satu kedai tu orgnya banyak tahu mengenai Malaysia.


Di samping itu, berikut adalah susunan kota mengikut kaca mata aku di mana kedudukan teratas adalah yg paling aku suka dan namun, setiap kota ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

(1) London - apa2 pun aku masih letakkan london di senarai atas list aku. tak tahu kenapa dah beberapa kota dilawati, aku masih suka london, dn harus dijadikan hab bila ke europe. mungkin sama ngan trademark baru kt london di iklan kan iaitu " Visit London, See The World". tapi rasanya kali ni memang aku letakkan london di atas beberapa kota lain. Cuaca di london kali ini memang best ala2 nyaman n tak panas sangat. mengenai makan dan pengangkutan di london ni , memang tak perlu diulas coz memang best. (Teringat masa beli makanan kt Tesco extra yg amatlah murah.

(2) Prague - aku letakkan prague di disenarai kedua. wow. memang rasanya dalam muzium tersendiri bila berada di prague. suasana yg memang central europe yg mendamaikan. kelihatan istana prague yg sungguh cantik di pinggir sungai. memang kelihatan mana2 adalah seperti dalam gambar dan sungguh foto friendly bila berada di prague. rasanya semua tempat di sini nk digambari. cuaca lak takde lah panas sangat bila di prague ni. cuma kalau ada banyak CZK boleh lah shopping sesakan-sakan nya terutamanya swaroski yg bersepah2.

(3) Amsterdam - kota yg bebas dan tersendiri ni aku letakkan di tangga ke 3. tak tahu apasal. walau pun dh 3 kali ke sini aku masih suka. begitu juga trip ke marken dan volendam , masih best walaupun dh pergi sebelum ni (minus part yg naik feri tu, coz bosan). sampai di marken, teringin je nk petik apple dan par yg bersepah di pokok2 yg renek di sini. hu hu. Amsterdam memang kota yg kecil dan mempunyai attitude yg tersendiri. hu hu. Lain kali, boleh buat trip memetik apple ke, anggur ke.

(4) Paris - aku letakkan di ranking ke-4. walaupun kota ni busuk (bau hancing di metro dsbnya). terlalu banyak vandals di metro (namun kelihatan cantik). kota ini begitu tersendiri dan memang tarikan pelancong ke sini. kalau ada banyak Euro memang boleh shopping sesakan sakannya di sini. banyak tempat shopping best. kota ini lebih indah pada waktu malam dengan Eiffel Tower bersinar umpama wow. Apa lagi nk citer pasal paris? Sememang nya kota ini terlalu unik dengan ciri-ciri perancisnya. cuma banyak sangat peminta sedekah yg akan menghampiri lalu "do you speak english" terutamanya kt area eiffel tower tu.

(5) Manchester - aku letakkan kota ini di tangga ke -5 (sepatutnya boleh letak di mana2 gak kot).kota ini memang tersendiri dan tidak sibuk. cuma sibuk kat area shopping. he he. ye lah kota yg penuh dengan peminat bola MUFC dan MCFC. hu hu. bangunan bata yg merah tersendiri di sekitar Manchester ini meletakkan ianya begitu menarik di depan mata ku.

(6) Rome ( + Vatican City). - rome diletakkan di ranking ini. Memang rome kota sejarah yg penuh dengan bangunan2 dari zaman berzaman. namun aura nya tidak cukup untuk aku meletakkan di ranking atas. namun rome ada karektor yg takde di kota lain. kota rome ni senang nk jalan kaki (ntah berapa km dh kitaorang jalan kaki kt rome hari tu). panas cuaca juga memainkan peranan. tapi sistem metro di rome ni memang senang. Oh ya, perjalanan di rome dan vatican city ni ala2 lebih mirip kpd mencari tempat dalam citer Angels and Demons tu. Vatican City lak, Panas gile. org dhla ramai.yg lain, memang banyak bangunan eksotik di rome ni.

(7) Dubai - lupa lak yg aku ke Dubai en route ke europe ni. bandar ni panas gile. ntah berapa km aku n ch berjalan di Dubai ni hinggakan peluh lencun dan terpaksa beli baju baru (boleh gitu). he he. tapi memang panas di dubai. berjerebu pasir. banyak bangunan ultra moden, tapi cam takde orang. bangunan tertinggi di dunia tu umpama jarum yg runcing je. tapi dubai memang ada karektor kota yg kaya raya.

Apa-apa pun, di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung. Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri, baik lagi Negeri sendiri. Sememangnya negeri sendiri lebih baik.
MALAYSIA, bumi bertuah. Semua nya ada di sini, jadi Zoom lah Malaysia, (dan kadang-kadang tu, kena kuar jalan2 dari Malaysia, see the world, expand your horizon).

#panjanglah pulak entri ini.