Rome, Italy

20 - 21 Ogos 2009

Bertolak dari Prague Ruzney airport jam 650 pagi. Bermakna dalam jam 4 pagi dh berada di airport. hu hu. Menaiki pesawat Smartwings ke Rome Fumicino.

Tiba di FCO jam 850 pagi. Terus ke hostel dengan menaiki airport transfer, 40 euro. kira oklah harga utk 4 org.

Lepas je letak barang sementara menunggu check-in, kami meneruskan ekplorasi di bumi Rome.

Cuaca di Rome amatlah panas. hu hu. Suhu melebihi 34 darjah. Jenuh juga menahan panas.

Penginapan di hostel Cristina Rome (yg terletak di kawasan Termini) ini juga memuaskan.

Pengangkutan di sekitar Rome juga boleh dianggap efisien, dengan 4 euro utk perjalanan bagi Metro, bus, dan tram hingga 24 hrs, juga berpatutan. Lebih baik lagi kalau berjalan kaki di Rome. Senang. Tapi pastikan membawa air minuman secukupnya. Tempat menarik pun tak jauh. Boleh dicapai dengan berjalan kaki.

Tema perjalanan di Rome adalah berdasarkan lokasi2 di dalam Angels and Demons (he he)

Hari Pertama:

Destinasi pertama ditujui adalah Vatican City. Sempatlah masuk dlm bawah St. peter tu. Tgk pameran mengenai pope, kristian dn sebagainya.

Puas bergambar di Vatican City, kami meneruskan langkah ke Castel Sant' Angelo. Pusing2 di situ, dan bergamabar.

Seterusnya, kembali semula ke hostel. Berehat.

Sesi petang dimulakan dengan melawat Colleseum dan kawasan Forum dan Paletine.

Seterusnya melawat Trevi Fountain, Hard Rock Cafe dan Spanish Steps dan Piazza di Spagna

Dari satu tempat ke satu tempat yang lain, memang banyak kedai/butik2 yang menarik, cuma perlu disediakan Euro nya sahaja.

Hari Kedua:

Kami melawat Pantheon, Piazza Navona, Piazza del Popola, Republica. Dekat Rome ni macam jenis church ada. Pelbagai bentuk dan rekabentuk yg dari zaman terdahulu.

Sambil-sambil menghabiskan masa, sempatlah berkunjung ke gerai2 cenderamata serta melihat jalanan2 di Rome yg unik di bawah bahang mentari. he he.

Petang, kami mula meninggalkan Rome dn menamatkan sebahagian Amazing Race kali ini. Ini lah kali pertama aku menempuh perjalanan paling panjang ke Malaysia (dicampur transit sana sini). Rome Fumicino - Milan Malpensa - London Heathrow - Dubai - KLIA. hu hu. Campur2 lebih 40 jam. hu hu.


Selamat tiba di Malaysa pada 23 Ogos 2009.