Hari ini, awal-awal pagi lagi aku dah keluar dari rumah menuju ke PWTC. Saje keluar awal pagi kerana tak mahu bersesak-sesak dengan ramai orang yang akan menuju ke MATTA Fair 2009 tu.
Seperti biasa, kegemaran utama aku di MATTA Fair ini adalah meninjau pakej-pakej murah, harga tiket, mengumpul goodies bag, katalog pelancongan, singgah dari satu gerai ke gerai yang lain. Ha ha. Aku sebenarnya jarang membeli sesuatu pakej/tiket semasa MATTA ni. Selalunya aku akan dapatkan maklumat berkaitan dari agen-agen yang berlambak tu. Ini adalah kerana aku ni jenis yang susah nk merancang sesuatu percutian betul-betul dari awal melainkan aku dah benar-benar pasti dengan cuti aku. haha.
Kali ini, gerai-gerai utama termasuklah Tourism Australia, Korea, Turkey, Hong Kong, China dan semestinya Zoom Malaysia. Wah, dalam kelembapan ekonomi sekarang, rakyat Malaysia masih lagi mampu bercuti dan melancong, tak kiralah dalam atau luar negara kan. Memang meriah hari ni, ingatkan datang kol 10 pagi tak ramai lagi orang, wow, sudah ramai orang masa tu.
Persembahan yang dibawakan untuk MATTA Fair kali ini juga tidak kurang menariknya. Antaranya persembahan artis dari Filipina, tarian Thailand dan SpongeBob yang dibawakan oleh Tourism Australia.
Selepas puas aku berkeliaran di sekitar MATTA Fair tu, aku cepat-cepat pulang semula ke rumah. Taknak tersangkut dalam hujan dan kesesakan sana sini.
mmm, malam ni Man U lawan Liverpool.